07 April 2014

Tips Perbanyakkan Susu Ibu


Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab penyusuan ibu atau kaunselor penyusuan. Saya adalah seorang ibu muda yang sentiasa ingin mencedok segala ilmu penyusuan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga perkongsian daripada rakan-rakan ibu yang lain. 

Saat lahirnya bayi ke dunia, selepas di azan atau iqamatkan, perkara utama ialah memberi susu atau menyusukan bayi. Alhamdulillah pengalaman pertama penyusuan bayi saya dikira agak berjaya. Walaupun pada masa tersebut susu yang keluar hanya sedikit dan saya berusaha untuk memberikan yang terbaik buat bayi sulung saya. Saya bersalin di pusat bersalin swasta dan memberikan sedikit bonus kepada saya untuk lebih privasi. 

Selepas dibenarkan pulang ke rumah, perkara yang paling penting ialah dapatkan rehat yang secukupnya dan mengurut payudara agar susu lebih meriah dan tidak mengganggu proses penyusuan bayi. Terdapat satu perkara yang saya alami semasa dalam pantang iaitu susu tidak keluar dan tersumbat. Dan saya merasakan susu saya tidak ada. Hal ini mungkin merimaskan dan membimbangkan para ibu di luar sana dan saya rasa mereka mengalami nasib yang sama seperti mereka. Di sini saya akan kongsikan tips dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Tips Perbanyakkan Susu Ibu.
  • Ransang kelenjar susu dengan beberapa kaedah yang mudah seperti melakukan urutan . Urutan boleh dilakukan bermula dengan mencari urat kelenjar susu iaitu pada bahagian belakang badan, lengan dan kawasan berhampiran payudara. Selain itu, lakukan urutan juga pada bahagian puting agar perjalanan susu menjadi lancar dan tidak tersumbat. Anda juga boleh menggunakan khidmat bidan untuk mengurut bahagian ini . 

  • Payudara tersumbat merupakan senario biasa. Jika berasa payudara penuh dan susu tidak keluar , anda jangan panik. Sebelum menyusukan , tuam air suam pada bahagian payudara dan urut perlahan-lahan pada bahagian puting dan kemudia susukan bayi sambil mengurut
  • Konsep Demand & Supply. Konsep ini amat mudah dilakukan dengan banyak melakukan ransangan seperti kerap menyusukan bayi sehingga bayi pandai menghisap. Anda juga boleh memerah susu dengan menggunakan jari atau menggunakan pam yang banyak dijual dipasaran. Dengan cara ransangan seperti ini susu akan mudah keluar. 
  • Kerapkan pam susu dan simpan susu yang dipam. Apabila payudara kosong, susu akan cepat dan banyak dihasilkan.


  • Mengamalkan pemakanan tambahan seperti vitamin perbanyakkan susu ibu. Vitamin yang saya amalkan ialah Enegizing Soy Protein 850gram RM150.00 dan juga Alfalfa Complex 330 biji RM53.75 . Kedua-dua jenis vitamin ini amat membantu penghasilan susu yang banyak dan pekat. 
  • Elakkan stress. Jika anda stess , penghasilan susu akan menurun kerana emosi terganggu juga boleh menjadi faktor susu merudum. Anda dinasihati supaya lebih ceria dan lebih positif .

06 April 2014

Jaundis Bayi dan Cara Rawatan Terbaik

Saat kelahiran orang baru sangat ditunggu-tunggu oleh  ibu bapa terutamanya buat yang baru sahaja petama kali bergelar ayah dan ibu. Namun begitu, apa yang membimbangkan para ibu bapa ialah penyakit kuning atau jaundis yang dibawa bersama bayi semasa keluar dari alam rahim. 

Saya juga mengalami masalah yang sama pada tahun lepas apabila bayi pertama saya, disahkan jaundis dengan bacaan 223umol/L semasa berusia 2 hari. Saya diarahkan untuk membawa bayi ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutkan. Bacaan 223 umol/L adalah bacaan yang paling tinggi buat bayi berusia 2 hari. Bayi saya diberikan rawatan phototherapy untuk menurunkan paras jaundisnya. Selepas 1 hari ditahan di hospital, bayi saya dibenarkan pulang dan bacaan jaundisnya ialah 171umol/L. Saya dinasihati agar kerap menyusukan bayi dan tidak makan jamu atau sebarang ubat. Selepas 8 hari berulang alik ke makmal perubatan untuk pemeriksaan jaundis, bacaan jaundis bayi saya mulai menurun dan kembali normal.


Jaundis atau kuning biasanya boleh dikesan 3 hari selepas kelahiran. Bagaimana untuk mengetahui bayi anda terkena jaundis?. Jaundis terjadi apabila sel darah merah terurai  dan menghasilkan partikel yang dipanggil biribulin. Sifat Biribulin adalah tidak larut dalam air. Biribulin akan dihantar ke bahagian hati untuk di ubah menjadi larut dalam air. Kebanyakan bayi mengalami jaundis kerana sel darah merah bayi berbeza dengan sel darah merah orang dewasa dan mudah terurai  serta jangka masanya pendek. Selain itu, hati bayi belum cukup matang untuk proses penukaran biribulin kepada larut air .

Selain faktor Biribulin, terdapat penyebab lain bayi mengalami jaundis. Antaranya ialah :
  • Jangkitan kuman dalam darah
  • Jangkitan virus seperti Rubella dan Toxoplasma'
  • Masalah hati dan hempedu
  • Tidak serasi dengan darah ibu
  • Kelahiran melalui kaedah forceps atau vacum 
  • Masalah enzim darah merah


Bagaimanakah Cara Untuk Merawat Jaundis ?

Cara yang terbaik untuk merawat jaundis bagi bayi ialah melalui kaedah Terapi Lampu (phototherapy) . Kaedah ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan jaundis kerana biribulin yang merbahaya akan ditukarkan kepada biribulin yang larut air. Kebiasaanya rawatan ini dilakukan di hospital dan klinik-klinik yang mempunyai mesin phototherapy. Melalui cara ini, biribulin akan berjaya dinyahkan daripada badan dan bacaan kuning akan menurun serta kembali normal. Bacaan jaundis normal bagi bayi ialah 80 umol/L ke bawah.

Selain itu, rawatan yang terbaik ialah menyusu bayi anda secara kerap. Apabila bayi menyusu secara kerap, bayi akan mudah untuk membuang air besar atau kecil. Berdasarkan pengalaman saya, dan juga jururawat yang banyak memberi panduan semasa bayi saya jaundis ialah, kekerapan membuang air besar sebanyak 5-8 kali sehari dapat menurunkan biribulin dalam darah bayi. Semakin kerap membuang, semakin menurun bacaan jaundis bayi.Untuk bebas daripada jaundis, biasanya mengambil masa selama 2 minggu atau sebulan.

Ibu amat digalakkan untuk tidak mencuba kaedah atau petua yang dikira boleh memberi ancaman kepada bayi iaitu memberikan susu kambing, memberi bayi anda air anggur hitam dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, perut bayi tidak sesuai dan tidak dapat menerima makanan seperti ini. Apa yang terbaik untuk bayi ialah hanyalah minum susu ibu. Kerana susu ibu mengandungi zat dan mampu menyahkan biribulin dalam darah. Kolostrum dalam susu ibu mampu merawat jaundis bayi dengan hanya menyusukan bayi sekerap mungkin.

Cadangan Pengambilan Supplemen

Ibu amat digalakkan mengambil pemakanan tambahan semasa menyusukan bayi. Supplement yang sesuai ialah yang mengandungi sumber kolustrum yang tinggi seperti Energizing Soy Protein dan juga Ostematrix . Kedua-dua ini merupakan sumber tenusu dan mengandungi kolustrum.

24 March 2014

Kekurangan Kalsium Penyebab Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Tulang merupakan salah satu komponen yang terpenting dalam tubuh badan. Fungsi tulang adalah untuk menyokong komponen lain tubuh badan seperti otot, jantung, dan lain-lain.Tahukah anda bahawa terdapat seorang daripada 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko untuk mendapat osteoporosis. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia Osteoporosis menyerang wanita 3 kali ganda berbanding lekaki . Sebanyak 50 peratus daripada kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun disebabkan osteoporosis. Osteoporosis ialah salah satu keadaan yang mana tulang manusia menjadi rapuh, mudah patah dan tidak berfungsi dengan baik.



Tulang yang kuat dapat membolehkan dan membantu anda menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan tanpa gangguan. Dewasa ini kita sering mendengar kes-kes tentang tulang rapuh dan mudah patah. Faktor utama kerapuhan tulang ialah kekurangan kalsium. Jika kesihatan tulang anda kurang baik, maka segala aktiviti harian anda akan terbantut. Selain itu, menjelang umur 40-an ke atas, kita akan berasa mudah letih, kejang dan sakit-sakit badan. Wanita hamil dan kanak-kanak amat digalakkan untuk mengambil kalsium secukupnya kerana amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan juga tumbesaran kanak-kanak. Kekurangan kalsium menyebabkan tumbesaran terbantut.




Oleh itu, semasa muda atau sebelum mencecah usia emas, kita disarankan menjaga tulang dengan mengamalkan pemakanan yang membantu menguatkan tulang seperti susu, yogurt, keju , sumber kacang soya, badam dan sayuran. Selain itu anda juga boleh mencegah kerapuhan tulang dengan mengambil kalsium yang mudah seperti vitamin untuk tulang yang mengandungi, Kalsium, magnesium, zinc, copper , manganese, fosforus, Vitamin D dan boron. 

                              

Salah satu vitamin tulang pilihan saya ialah Ostematrix (120 caplets) RM61.00 keluaran Shaklee. Sangat bagus untuk kerapuhan tulang dan membantu menguatkan dan memulihkan masalah kerapuhan tulang. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai penenang kerana mampu memberikan kelegaan kepada setiap kesakitan seperti sakit kepala, lenguh-lenguh badan dan juga demam. 

Kelebihan Ostematrix:
  • Meringankan stress 
  • Memulihkan masalah gastrik dan masalah pada perut 
  • Memperbaiki masalah semasa haid - mengurangkan kesakitan seperti segugut. 
  • Menguatkan tulang 
  • Mengalkali tubuh 
  • Mengurangkan masalah kekejangan dan kebas-kebas 


                                

Manakala setiap fungsi bahan yang terkandung dalam Ostematrix ialah :
  • Vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk meninggikan ketepatan tulang, & menguatkan kerangka 
  • Magnesium - Menggalakkan pembentukan tulang dan rawan. mengaktifkan enzim tubuh badan untuk menghasilkan tenaga , pengecutan saraf dan otot serta menstabilkan denyutan tidak sekata 
  • Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot serta menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang , rawan dan menghalang artritis. 



Fakta yang perlu anda tahu :

1 biji ostematrix shaklee bersamaan segelas susu berkalsium tinggi dan juga 80 biji badam.

Hargailah dan sayangi tulang anda. Amalkan pemakanan yang baik untuk tulang anda. Jika anda malas atau tidak gemarkan susu yang merupakan sumber utama kalsium , anda boleh mengambil alternatif lain seperti tablet kalsium sebagai pemudah cara. Tulang yang sihat akan menjadikan hidup anda lebih bermakna.

17 March 2014

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (KTM)

Dua minggu yang lepas, anak saya Muhammad Yusuff demam. Badannya sekejap panas, sekejap normal. Saya bawa berjumpa dengan doktor di sebuah klinik berhampiran. Menurut doktor, suhu badan Yusuff biasa sahaja , dan tidak menunjukkan tanda demam. Doktor hanya bekalkan ubat demam dan selsema sahaja kerana sebelum ini, Yusuff hanya selsema dan baru sahaja sembuh daripada lelah. Pada hemat saya, mungkin demamYusuff hanyalah disebabkan tongsil.  Sebelum ini juga, Yusuff pernah mengalami tongsil.Saya sedikit lega apabila doktor sendiri telah mengesahkannya.

Namun begitu, keesokan harinya, Yusuff tidak mahu menyusu dan tidak mahu makan. Saya mulai risau dan sekali lagi saya membawa Yusuff ke klinik yang lain pula. Doktor mengesahkan bahawa Yusuff mengalami penyakit Kaki Tangan dan Mulut. Menurut doktor, penyakit ini adalah jangkitan virus, bukannya penyakit berjangkit. Saya begitu terkejut kerana tidak menyangka penyakit tersebut akan terjadi kepada anak saya. Bila doktor ingin memeriksa bahagian dalam mulut, Yusuff hanya menangis. Patutlah dia tidak mahu menyusu, kerana ada luka-luka seperti ulser di dalamnya. Doktor hanya bekalkan Vitamin C untuk pemulihan ulser dan menasihatkan supaya kerap memberi Yusuff air kosong. 

Selama tiga hari Yusuff tidak mahu menyusu, dan saya terpaksa mencari alternatif lain dengan hanya menyusukannya dengan mengguna picagari dan juga sudu. Memandangkan saya menyusu badan sepenuhnya, saya terpaksa pam dahulu susu. Dalam masa yang sama juga, saya berubat dengan perubatan Islam iaitu berjumpa dengan ustaz . Menurut ustaz tersebut, penyakit kaki, tangan dan mulut ini biasa menyerang kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan akan bermula pada bulan 3 dan tamat pada bulan 6. Alhamdulillah, setelah ustaz membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan membekalkan air penawar, Yusuff mahu menyusu semula. 

Di sini saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut untuk tatapan para ibu semua. Semoga ianya bermanfaat untuk masa akan datang.

                                                

Apa itu Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut?

Merupakan sejenis penyakit jangkitan Virus iaitu Virus Coxsackie dan beberapa jenis virus lain. Jika tidak dirawat atau memandang remeh tentang penyakit ini, ianya boleh membawa kepada kematian. Merupakan penyakit berjangkit sederhana dan merebak melalui sentuhan secara langsung. 

Beberapa tanda anak anda mengalami Penyakit Kaki Tangan & Mulut :
1. Demam 
2. Hilang selera makan -anak anda tidak mahu menyusu dan makan
3. Menangis dan menunjukkan reaksi tidak sedap badan
4. Ulser pada tekak dan mulut serta gusi
5. Ruam pada kaki dan tangan 

Cara merawatnya hanya berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat doktor. Jangan memandai-mandai .
Jika tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan sawan dan kematian.

Langkah Pencegahan :

  • Elakkan membawa anak anda ke tempat awam, seperti pasar malam, pasaraya dan lain-lain
  • Jangan berkongsi barang-barang kepunyaan anak anda dengan orang lain seperti tuala, sabun mandi, dan lain-lain
  • Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
  • Pastikan peralatan yang digunakan untuk anak anda dibasuh dengan bersih sebelum menggunakannya.

Alhamdulillah, saya dapat menarik nafas lega apabila Yusuff semakin sihat dan bebas daripada penyakit KTM. Makan semakin berselera dan semakin aktif. Selain itu, saya memberikan Yusuff Vitamin keluaran Shaklee iaitu Nutriferon, dan saya makan vitamin c dan menyusu Yusuff dengan kerap.

16 March 2014

Rahsia Kulit Cantik dan Cerah

Sering juga saya mendengar keluhan rakan-rakan tentang tona kulit tidak sekata, kusam, gelap, berjerawat dan jeragat. Bermacam jenis losyen dan krim pemutih digunakan untuk memperolehi kulit putih melepak bak bidadari.  Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ada juga yang memberi kesan negatif kepada kulit seperti kulit menjadi kemerah-merahan, keluar jerawat dan jeragat yang tidak diingini. Lambakan pelbagai jenis produk untuk memutihkan kulit kini semakin hangat diperkatakan . 

Kita harus berhati-hati dalam pemilihan sebarang produk kecantikan kerana sekarang telah timbul pelbagai masalah dan isu tentang kosmetik yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri.Contohnya penggunaan selama 3 hari mampu cerahkan kulit wajah dan ini menjadi rebutan buat gadis dan wanita yang obses untuk cantik dan putih berseri. Awas, produk yang cepat kesannya mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya. Anda haruslah memilih produk kecantikan yang sesuai dengan masalah wajah anda. Jangan anda jadi mangsa untuk obses cantik ya.

Beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk membeli produk kecantikan yang dijual di pasaran sekarang.

1. Periksa Kelulusan KKM 
2. Pilih produk yang berasaskan bahan semulajadi 
3. Semak bahan-bahan atau kandungan produk
4. Pilih Kosmetik yang sesuai dengan usia dan masalah yang dialami

Pilihan saya cuma satu, hanya makan pemakanan tambahan iaitu vitamin untuk kulit mampu mengatasi masalah ini. Sekadar perkongsian, saya sekarang lebih gemar mengamalkan vitamin c, vitamin e, susu untuk kulit, kolagen berasaskan sisik ikan dan vitamin B complex. Produk pilihan saya ialah rangkaian kesihatan Shaklee.


  
Sustained Release Vitamin C 900mg
Sustained Release Vitamin C 900mg 
Bagi saya sangat bagus jika diamalkan seharian kerana, kandungan vitamin c yang mencukupi untuk tubuh badan kita. Bukan sekadar untuk kecantikan kulit malahan untuk kecantikan dalaman serta sistem imun. Vitamin c juga mampu memulih luka dengan cepat dan bertindak sebagai peransang kolagen. Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Manfaat kecantikan vitamin c untuk memudarkan jeragat, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan jerawat serta menegangkan kulit wajah.



Vitamin E Complex 400IU
Bertindak melembapkan kulit wajah , mengurangkan parut jerawat, dan anti oksidan. Manfaat lain adalah untuk otot dan melindungi jantung. 

                              
Collagen Powder 4000mg

Collagen Powder
Diperbuat daripada sisik ikan merah . Kolagen Shaklee adalah kolagen terbaik dan mengandungi 4000mg kolagen. Kelebihan kolagen shaklee ialah melembapkan kulit wajah, melicinkan kulit wajah, dan mengatasi masalah jerawat dan jeragat, Selain bermanfaat untuk kecantikan, kolagen shaklee juga boleh merawat masalah sendi, masalah keguguran rambut, menganjalkan payudara dan juga meningkatkan hubungan intim.

                        

Energizing Soy Protein 
Merupakan susu berasaskan soya dan baik untuk merawat masalah keseluruhan kulit. Diperbuat daripada soya asli non-gmo dan mengandungi pelbagai jenis vitamin termasuklah, kalsium, b complex, dan lain-lain. Pengunaan yang berterusan dapat melembapkan kulit wajah, mecerahkan kulit, memudarkan parut dan merawat masalah jerawat.

13 March 2014

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)



Apa itu ESP? 

ESP(Energizing Soy Protein) adalah makanan tambahan iaitu protein soya yang merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang. Tubuh kita terdiri daripada protein, iaitu tulang, kulit, rambut, otot-otot,organ-organ, plasma. Selain itu, antibodi, enzim, hormon terbentuk daripada protein. Homoglobin yang mengangkut oksigen ke sel-sel yang mana sel-sel dalam jumlahnya lebih kuran 60 trilion untuk membentuk tubuh manusia. Semuanya bergantung kepada protein. 
 
Tujuan utama protein ini adalah untuk :
1) Membina sel-sel baru
2) Menggantikan tisu-tisu tua
3) Menggantikan tisu-tisu rosak


 
Oleh sebab itu, kita memerlukan protein dalam kehidupan kita seharian. Namun begitu, kita juga boleh dapat protein ini daripada 2 kumpulan protein. Yang pertama, kita boleh dapat protein ini daripada makanan yang berasal daripada haiwan seperti daging, ikan, susu, telur. Yang mana dalam kehidupan seharian kita telah ambil tanpa kita sedari. Protein ini lengkap tetapi kandungan proteinnya terhad kerana terdapat kandungan lemak & kolestrol didalamnya. Dalam tumbuh-tumbuhan juga kita boleh dapat protein seperti kekacang dan biji-bijian yang mana dianggap protein yang tidak lengkap.

 
Apa akibatnya kalau dalam dalam badan kita kekurangan protein? Antara penyakitnya ialah anemia, buah pinggang, tekanan darah rendah, kolestrol tinggi dan banyak lagi. Memang benar protien boleh di apati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan. Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.

 
Kenapa ESP penting?

 
ESP penting kerana terdapat 9 amino asid penting yang tidak dapat dibuat oleh badan. ESP juga merupakan bahan soya yang terbaik berbanding protein yang diperoleh daripada daging. Selain itu, esp juga bebas kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat minimum. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengambilan ESP adalah ESP ini mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan dapat menyerap terus ke dalam darah. Dan juga ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. ESP juga dapat membantu meyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Rawatan Ekzema Untuk Kanak-kanak

Apa itu Ekzema? 
Ekzema merupakan satu keadaan yang mana, kulit menjadi kering dan juga gatal-gatal. Sesetengah orang, menklasifikasikannya sebagai penyakit kulit. Ada ekzema yang teruk dan yang biasa. Yang teruk kadangkala sukar untuk mencari penawarnya. Kebiasaannya , kulit akan jadi gatal, merah, bernanah dan kering.

Rawatan Untuk Ekzema

Rawatan yang sesuai untuk ekzema ialah dengan mencuba krim yang banyak dijual difarmasi . Selain itu, mandian juga ada dijual untuk merawat ekzema. Bagi saya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kebiasaanya, untuk masalah ekzema, doktor akan bekalkan anak anda dengan krim , mandian dan antibiotik untuk memberi kesembuhan yang segera untuk anak anda. 

Salah satu krim untuk ekzema yang boleh didapati di Farmasi dan Klinik
Selain itu, anda juga boleh mencuba pemakanan tambahan untuk anak anda. Banyak produk kesihatan yang berada di pasaran yang boleh merawat pelbagai masalah penyakit , seperti produk makanan sunnah, dan lain-lain. Anda juga boleh mencuba produk kesihatan Shaklee yang mempunyai banyak vitamin untuk anak anda. 

Cerita Tentang Ekzema
Sebulan yang lepas, saya menerima wassap dari seorang teman lama. Beliau mengadu  bahawa anak keduanya menghidap ekzema yang serius dan mendapatkan rawatan dengan doktor yang pakar dalam masalah ini.  Doktor membekalkannya krim, mandian dan juga antibiotik . Namun, tiada perubahan yang berlaku dan ekzema anaknya tetap sama.

 

Beliau meminta nasihat dan pandangan saya tentang masalah yang dialami anaknya.  Lantas saya sarankan beliau mencuba produk shaklee. Antara yang saya sarankan ialah BasicH , Omega Guard, Melashakes dan Chewable Vitamin C. Kebetulan , stok kesemua vitamin tersebut kehabisan. Saya menawarkan BasicH dan Herbal Blend kepunyaan Yusuff untuk beliau cuba dahulu dan untuk merawat bahagian luaran sahaja.



Seminggu kemudian, beliau wassap saya dan menyatakan bahawa, ekzema anaknya sudah semakin pulih. Beliau juga melampirkan gambar sebagai bukti. Alhamdulillah. Syukur. Berbeza dengan gambar yang sebelumnya, dipenuhi nanah dan kini, kering tanpa nanah. Cuma parut kebiruan sahaja yanh ada. Beiau amat berpuas hati dengan Shaklee dan telah membeli BasicH dan Omega Guard untuk kegunaan seterusnya.



Untuk merawat Ekzema bagi kanak-kanak, anda boleh mencuba Set Ekzema untuk kanak-kanak iaitu, Mealshakes, Chewable Vitamin C 100mg, dan Omega Guard untuk rawatan dalaman. Untuk rawatan luaran pula, anda boleh mencuba Basic H dan Herbal Blend.

Mealshakes 544 gram- Mengandungi Asid Amino dan nutrisinya mudah diserap oleh badan. Kaya dengan protin untuk membina tsel-sel yang  baru dan menggantikan tisu-tisu yang rosak.

Chewable Vitamin C 100mg -Mempercepatkan pemulihan luka dan memudarkan parut

Omega Guard - Merawat kegatalan kulit dan masalah radang kulit. Selain untuk kulit, Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik dunia mampu membantu tumbesaran dan perkembagan memori kanak-kanak.

Basic H - dijadikan sebagai mandian untuk mencuci kawasan ekzema kerana bebas toksik, PH yang seimbang dan selamat untuk kulit. Sebagai anti septik untuk ekzema. 

Herbal Blend - diperbuat daripada herba semulajadi dan boleh merawat masalah kegatalan kulit



Segala penyakit datang daripadaNya, kita sebagai hambaNya , mampu berikhtiar. InshaAllah.


10 February 2014

VITAMIN UNTUK KECERDASAN OTAK

Kata orang, badan sihat otak cergas. Ramai yang setuju dengan pernyataan ini. Jika badan sakit atau tidak sihat, otak tidak mampu menjalankan tugasnya dengan baik. Bukan? Otak merupakan aset terpenting dalam tubuh badan kita. Tahukah anda, otak juga memerlukan makanan. Eh, bukan ye ke. Bukan otak yang makan, tetapi makanan yang kita makan untuk meransang otak menjadi lebih cerdas dan dapat menyediakan minda dan akal yang tajam. Pendek kata, pintar dan cerdik.

Secara umumnya, terdapat pelbagai jenis makanan untuk meransang minda yang cergas , dan pintar. Antara makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan pada otak ialah :




  1. Sayur-sayuran berdaun  -Sayuran berdaun hijau dipercaya dapat meningkatkan daya ingat dalam jangka panjang. Bayam, selada, brokoli, kembang kol dan kubis adalah beberapa jenis sayuran hijau yang mengandung banyak vitamin dan mineral yang dapat membantu menjaga kesehatan keseluruhan sistem tubuh.
  2. Makanan sunnah seperti, madu, kurma, dan kismis dapat meransang sel-sel otak berkembang
  3. Produk tenusu - hasil tenusu seperti susu lembu, susu kambing, keju dan lain-lain dapat membantu meransang otak yang cergas kerana mengandungi kalsium dan asid amino yang diperlukan oleh otak
  4. Kekacang - Mengandungi lemak yang baik untuk tubuh badan dan mengandungi sumber Vitamin E yang bagus selain utk otak ianya bagus untuk jantung yang sihat. Salah satu kekacang yang mengandungi sumber Vitamin E ialah soya
  5. Teh hijau- Polifenol dalam teh hijau merupakan antioksidan kuat yang dapat mencegah kerosakan sel-sel otak. Teh hijau dapat meningkatkan memori dan menajamkan fikiran. 
  6. Minyak Ikan -  Ikan merupakan sumber asam lemak omega-3, yang bukan  hanya baik untuk jantung, tetapi juga membantu meningkatkan daya ingatan. Asid lemak omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi sel otak. Biasanya asid lemak omega-3 selalu kita temui dalam makanan berikut: herring, salmon, tuna, mackerel, halibut, teri, dan sardIn.

Shaklee Omega Guard RM136 (90 CAPSULES)  merupakan minyak ikan yang terbaik di dunia. Diekstrak daripada ikan laut air sejuk diperairan negara Jepun. Minyak ikan ini bukan diperbuat daripada hati ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat daripada ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk lain, Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan paling tulen dunia yang mengandungi rangkaian spektrum pebuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA , ALA dll. Satu kapsul membekalkan 905mg asid lemak , omega  3 EPA dan HDA. Shaklee Omega Guard sangat istimewa kerana melalui proses penyulingan  poprietari 3 molekul.

Kenapa Ikan Laut Air Dalam?
Penyelidikan lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ikan dari air laut sejuk mengandungi asid lemak tepu yang sangat tinggi  iaitu EPA dan DHA yang boleh merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan patlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus , merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Omega 3 mempunyai fungsi penting dalam:
-Mengurangkan risiko sakit jantung
-Anti radang -menyokong fungsi sendi
-Mengurangkan simpton alahan
-Membaiki kulit kering dan garis halus
-Memelihara kesihatan otak

Kelebihan Minyak Ikan Shaklee :
  • Asid Lemak 
  • Mencegah penyakit saluran darah dan strok       
  • Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan membantu memori  
  • Meningkatkan Sistem Imun dan menyihatkan paru-paru
  • Menentang Kanser
  • Memelihara fungsi-fungsi sendi
  • Mencegah imsonia dan membantu mengurangkan tekanan.


Kelebihan Vitamin E


Vitamin E umumnya sangat popular dalam bidang kecantikan. Dikatakan bahawa Vitamin E mampu memudarkan parut wajah, dan memberikan kesan glowing dan moist pada wajah. Namun begitu , ramai pengamal kecantikan yang tidak tahu fingsi sebenar  Vitamin E selain hanya untuk kecantikan kulit sahaja.

Vitamin E Shaklee RM146 (120 Capsules) diperbuat daripada minyak soya organik dan minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E, diekstrak daripada minyak sayuran  d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol, yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (Alpha, beta m gamma). Vitamin E Shaklee merupakan Vitamin E yang lengkap di pasaran.

Vitamin E Shaklee mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Sebagai penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti oksidan dan melindungi retina.


 Manfaat Utama Vitamin E Shaklee :

1. Melindungi Jantung 
   - Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat, melindungi sel darah merah       untuk mengelakkan pengasidan lipid
    - Meningkatkan kolestrol HDL
    - Mengurangkan tekanan darah = menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri
    - Menghalang anemia hemolitik

2. Mempertingkatkan Sistem Reproduktif
  - Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 1924, vitamin e mampu memulihkan kemampuan reproduktif .
  - Dengan pengambilan 600IU-800IU vitamin E sehari, mampu meningkatkan jumlah sperma lelaki
  - Dapat menghasilkan sperma yang bermutu

3. Anti Penuaan
  - 400IU sehari mampu melambatkan penuaan , mengurangkan kedutan dan garis halus, parut, jerawat dan  bintik penuaan.
  - Mampu memulihkan tekstur kulit  dan tona muka , dada dan otot peha.


1 kapsul Vitamin E Shaklee 667.60mg  mengandungi :
-Vitamin E 322.89mg
-Grape Seed Extract 39.40 mg
-Selenium 65mg

CARA UNTUK TINGKATKAN HB SEMASA HAMIL


Assalamualaikum. 
Kehamilan amat mengujakan!! Alhamdulillah.Apa yang sering dibimbangkan oleh ibu hamil ialah HB rendah. Ini adalah situasi atau perkara biasa yang kita dengar. Justeru , ibu hamil perlu berusaha untuk mengelakkan masalah ini terjadi. Bagi ibu hamil yang tidak mengalami masalah ini, tahniah diucapkan kerana anda telah mengamalkan diet yang seimbang untuk anda.

Hb rendah kerana kekurangan zat besi pada tubuh badan ibu hamil. Zat besi amat penting dalam membantu proses penghasilan sel-sel darah merah terutamanya mencegah penyakit anemia.Umumnya, ibu hamil memerlukan 27 hingga 30mg zat besi sehari kerana ia diperlukan untuk membuat hemoglobin iaitu komponen pembawa oksigen dari sel darah merah. Tanpa zat besi yang cukup, tubuh tidak dapat membuat sel-sep darah merah dan jaringan tubuh serta organ juga tidak akan mendapatkan oksigen yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Jadi ibu hamil perlu mendapatkan zat besi yang cukup setiap hari.

Terdapat pelbagai cara untuk meningkatkan HB semasa hamil. Salah satunya ialah makan makanan yang boleh tambah darah. Seperti :
  • Sayur-sayuran seperti bayam, lobak merah, brokoli dan pelbagai jenis sayur-sayuran hijau
  • Daging merah dan hati ayam/lembu
  • Buah-buahan seperti  jambu batu,
  • Sumber makanan laut seperti ikan bilis, kerang , ikan salmon dan lain-lain
  • Buah-buahab kering seperti Kurma, buah tin, buah aprikot , dan kismis
  • Kekacang seperti kacang hijau dan kacang almond
  • Bijirin seperti gandum dll

Selain daripada makanan, anda juga boleh mencuba makanan tambahan seperti vitamin tambah darah dan lain-lain. Saya syorkan anda mencuba Vita Lea iaitu sejenis multivitamin keluaran Shaklee. Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Vita Lea sangat membantu menambah darah terutamanya bagi ibu hamil. Vita lea merupakan supplement yang lengkap untuk ibu hamil kerana sebiji Vita Lea mengandungi pelbagai jenis Vitamin.





Khasiat Vita Lea Shakee:

1. Memberi penambahan tenaga segera , meningkatkan kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori  fokus dalam aspek pembelajaran serta kerja seharian
2. Sebagai pelengkap nutrisi kerana kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang  terutamanya bagi mereka yang mengamalkan (  sayuran )vegetarian dan anemia
3. Meningkatkan keupayaan sistem produktif terutamanya bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
4. Amat penting untuk tubuh badan kerana menyediakan asas nutrisi , memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, ,membantu proses tumbesaran , pertumbuhan rambut, otot, kuku, kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid
5. Melindungi organ iaitu melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

    03 January 2014

    Khasiat Alfalfa Yang Anda Tidak Tahu

    Apa itu Alfalfa ?
    Alfalfa  atau dalam bahasa saintifiknya , Medicago Sativa merupakan tanaman organik di California yang bebas daripada pestisid, , herbasid dan menggunakan baja kompos . Dikenali juga sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Tumbuhan ini mengambil masa 2 tahun untuk membesar, dan akarnya boleh mencapai 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi . 

    Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya diasaskan oleh Dr. Shaklee sekitar tahun 1950 an. Alfalfa merupakan tumbuhan yang kaya sengan nutrisi dan telah digunakan oleh manusia sejak lebih 2500 tahun. Dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Alfalfa kaya dengan protin, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim, dan fitokimia. 10 biji alfalfa menyamai segelas susu.


    Khasiat Alfalfa Complex Shaklee :

    1. Mencuci hati, darah dan usus- Mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin daripada badan, membersihkan     hati, usus , darah serta mencantikkan kulit dan memelihara kesihatan otot.
    2. Melawan Alahan- Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif , kulat, bau badan dan kulat air dengan berkesan
    3. Sangat bagus untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, ulser , gastrik, hepatitis dan sembelit
    4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal membuktikan bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfafa akan menghapuskan lemak , mengurangkan kolestrol , mencegah penyakit jantung, strok , dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol
    5. Melawan tumor - Makan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan , dengan memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor
    6. Melegakan keletihan - melegakan keletihan dan salah satu rawatan kebanyakan penyakit
    7. Mencegah atau merawat atritis serta kesakitan.
    8. Pencetus susu ibu- memperbanyakkan penghasilaan susu ibu.
    9. Sebagai perapat dan dikenali sebagai kacip fatimah moden.

    Siapa Yang Memerlukan Alfafa?
    -Ibu menyusu
    -Penghidap Kanser
    -Wanita & lelaki
    -Orang yang ingin kurus
    -Penghidap resdung
    -Dan lain-lain.
     
    Cadangan Pengambilan:
    2-10 biji sehari untuk kesihatan yang berpanjangan.