04 February 2011

KaWaNku KawEN lagi...

Assalamualaikum..

Today, Entry sal Kawen-kawen. Mane taknye, My Frenz Cik Aisyah , now dh bertukar title menjadi Puan Aisyah, isteri kpd en.Hakim. Adoi, jeles dalam gembira. Mengharapkan bila tiba giliran hamba pula. Hikhik ^___^. Lepas ni Cik Aisyah yang sorang lagi plak kawen. Rakan-rakan sekolah ramai dah kawen dan yg dh beranak pon ade. Haiz, ni xleh jadik!!. Tapi, kalo nak kawen skrg, hamba mampu ke?? Hehe. Tak terfikir plak kn?.

Dis is Pengantin Baru, Puan Aisyah..hikhik...Happy jek..Tahniah Sayang..


Kalau nak dikira, kawan2 skolah yang dah kawen, ramai. Contohnya, Rose, Khairil Bariah (Skrg anak 2, Wow!!)..Sal (sorang anak), Umi (bakal ibu)..Wah.....Bestnye deorang. Semalam, Aisyah, Kwn Universiti. Kahwin. Perkataan yang syok didengari, tapi kena fikir semasak2nya. Coz, alam rumahtangga tak seperti alam bujang. hakhakhak. Naik ngeri bila fikir sal kawen. Tapi, smpai masa kena fikir jgk.

Paling ngeri, fikir sal beranak. Bila dengar akak-akak yang dah punya pengalaman bersalin, naik pusing kepala. hamba takut darah weiii...Tapi, yang best bila dah ada baby. Seronok kan?. Hehe..Berat sungguh tanggujawab selepas kawen kn. Dats why kena bersedia btol2...hehe...Kursus Pra Perkahwinan pon tak amek lg. Sebab, tak bersedia lagik..hihi..ramai kwn2 yg dh amek. Kata mereka, PERSEDIAAN..haha..sedia la korang..kawen cpt2 nooo...

01 February 2011

Kini, Ku Kenal Erti Hidup.....^__^

Hari ini memang penat. Bukan hari ini je, tapi hari-hari kecuali weekend. Hanya Ya Rabb je yang tau. Selepas 3 tahun berhempas pulas, menggunakan segala keringat otak yang satu, serta akal yang sedikit pintar anugerah Allah yang Esa, mencari secedok ilmu. Kini, selepas dinobatkan sebagai graduan UM, baru ku kenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan ini juga pernah dilalui oleh kedua ibu dan bapaku. Bekerja untuk mencari nafkah, meneruskan hidup demi sesuap nasi, untuk anak-anak yang tersayang. Terima kasih Ayahanda dan Bonda.

Selepas bulan 5 2010, hati kian runsing memikirkan masa depan. Sesampainya di kampung halaman, tidak senang duduk. Risau. Tentang kerjaya masa depan. Kerjaya Impian. Entah bila boleh memegang status CEO, atau Guru atau Pegawai Tinggi.Aduh, Besarnya impianku. Otak sentiasa ligat berfikir. Walaupun tika itu, baru je habis belajar. Lalu idea datang. Bekerja di opis lama. Alhamdulillah, Boss masih menerima aku dengan hati terbuka. He is a kindman. Tabik Spring!!

Sekarang, masih terkial-kial. Mencari arah tuju. Siang malam bekerja. Namun, rezeki hanyalah itu sahaja. Betul, rezeki datang dari Allah. Akan tetapi, manusia harus berusaha. Kini, itulah yang kurasakan. Mencari sesuap nasi bukannya seperti memetik jari sahaja. Kehidupan ku kini tidak seperti dahulu yang tiap harinya ke kuliah dan juga menghadapi peperiksaan. Siang di Pusat Urusan Zakat, dan malamnya di Tadika Tahfiz dan jika ada tempahan online, alhamdulillah, rezeki masuk. Namun, apa yang ku perolehi tidak mencukupi, kerna aku tak dapat membanggakan MEREKA yakni kedua orang tua ku.

Cuma di sini, ku cuma berdoa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan sebuah kehidupan yang mat bermakna. Segala impian masih belum tercapai sepenuhnya. Yakin Boleh Cik Wan!!

:: Welcome February ..::

Alamak!! Blog dah bersawang..nge...Lama tak upDate nih.Busy Lorh. Busy dgn keje yg melambak2.Maklumlah, as a pembantu penyiasat a.k.a penyebok, haha,,kena bt bnyk keje. January dh melabuhkn tirainye..Feb plak datang bertandang.Cepatnya masa berlalu kan?. Hurmm..Masa xkan tunggu kita kn? Kita yg ptot kejar masa tuh. Dats why la org ckp " MAsa itu Emas"..or in Omputihnye " Time is Gold".

Masa oh masa. Usia makin meningkat, dari bulan ke bulan. Tahun ke tahun. Perubahan pada diri cik wan, xde ag ni. Cuma PLan je penuh dlm hotak. Tapi, Plan ni mesti diLAKSANAKAN!! WAJIB! camne ek. Cik Wan nk jgk laksanakan plan tu.MAhu..Mahu..Mahu!!

Mode: Semangat Giler skrg...Sebab nak bekerja dgn usaha dan titik peluh sendiri..Chaiyok2 Cik Wann..!!