12 June 2009

::Cerita Semalam::

Minggu lepas...
Minggu lepas, Wann di tugaskan untuk keluar menyiasat. Siasatan pertama, dan pergi sorang2 sambil di temani driver PUZDAM, Abg Yus. Sebelum tu, Wann & Geng Boss, pegi Soru(makan) dulu. Isi perot. After that baru la pegi siasat. Mula-mula Wann pegi umah Mak Cik Romah. Malangnya, mak cik tu tak de kat umah. Dia kerja. Cuma mak dia yang ada. So, Wann temuramah mak dia dulu. Lepas settle semunya kat situ, Wan ke Kg. Gong Rusila lak. Wann pegi siasat umah, Mak Cik Munah, umah Pak Rosidi, umah Che' De Sidah and umah Mak Cik Yah. Hari tu, 5 buah umah je yang dapat Wann g siasat. After that, Wann tak larat dah. hehe. Wann terus balik Ofis semula. Penat jugak buat siasatan nie. Bak kata Upin & IPin "penat,penat,penat"...hehehe..

Semalam...
Semalam yang sudah, Wann tak de mood keje.Ntah la.Mood hilang entah ke mana. Time lunch, Wann & Eny pegi kenduri umah Syazni. Kak Rah kahwen. Naseb baik hari Khamis balik awal. Yehoo!!..Memang tak dak mood sangat2. Macam2 la Wann nie, Wann x ckp byk. Layan TV jek. Lagipon keje xdak sangat. Boss pn cm moody gak. Entah. Kadang2 rasa cam Wann bersalah. Wann tengok cite UPIK ABU & LAURA..Layan je la cite to. Tak tau nk buat pew. Wann..Wann..Ape la nak jadi.

Malam Tadi...
Malam tadi..Aqilah & Udin datang umah. Wann ajak deorang pegi umah Umi. Nak tengok Umaira'. Udin siap bawak hadiah lagi. Ewah2. Malam tadi..Umaira' dah celik mata. Very cute maa..hehe..Anak mata kaler coklat. Mirip family belah Wann. Comel sangat2. Wann riba dia. Rase cam x puas dukung dia...kiss dye..hehe,.MMuahhhkxx..

08 June 2009

::Selamat Datang Aisyah Umaira'::

Semalam, tanggal 7 Jun 2009, jam 9.15 pagi, Familyku menerima seorang lagi ahli baru iaitu Baby Girl yang Umi & Abie namakan Aisyah Umaira'. Wann turut berkongsi kegembiraan ini. Selama 5 tahun kakak menunggu cahaya mata perempuan. Allah Maha Pengasih, lantas selepas keguuran, akak disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah..rezeki Allah Maha Luas. Bukan Umi dan Abie sahaja yang gembira, malah Ahmad & ALong turut sama gembira. Terutamanya Ahmad yang benar-benar inginkan adik perempuan. Aisyah merupakan anak buah perempuan kedua selepas Aqilah. Tahniah My Sis. Tercapai jugak hasrat kO yek. As ur Sis, I tumpang happy.Semoga Kak & Abg didik Aisyah dengan limpahan kasih sayang & jadi anak yang solehah.


Aisyah Umaira' : Permata Hati Abie & Ummi


Comelnya : Cam Abang Long masa kecik


Auntie Yang Penyanyang..Ewah2.."Perasan lak Auntie
Aisyah nie" Kata Aisyah dalam hatisa.

06 June 2009

KEM JATI DIRI MUSLIM DAN MOTIVASI (JIM ’09)

Kem Jati Diri Muslim dan Motivasi JIM 09 telah berlangsung dengan jayanya tanggal 31 Mei hingga 2 Jun 2009. Kem ini bertempat di SMKA Nurul Intifaq dan di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Program ini melibatkan 50 orang pelajar STPM SMKANI. Program ini dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKANI, Puan Hajah Wan Sabariah Wan Bakar. Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya selepas 3 bulan membuat persediaan. Walaupun perit, tetapi dengan berkat kerjasama sesama ahli PERMATA, program ini berjaya menggapai misinya. Program ini merupakan aktiviti sulung bagi barisan pimpinan PERMATA sesi 2009/2010.



Kenangan Bersama Warga SMKANI



Berbagai-bagai rintangan yang dilalui semasa membuat persediaan untuk program ini. Antaranya, ahli-ahli terpaksa mengorbankan sedikit masa yang sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran ekoran pada waktu tersebut merupakan musim peperiksaan. Selain itu, terdapat juga beberapa orang fasilitator telah menarik diri di saat-saat akhir. Namun begitu, semangat team JIM ’09 tidak pernah pudar. Mereka sanggup mencari rakan lain untuk menjadi fasilitator ganti.Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih buat barisan ajk dan fasilitator JIM ’09 atas pengorbanan anda semua.

05 June 2009

Balik Kampung

Jumaat yang lepas, wan ikut mak ayah balik kampung nenek. Rindu rasanya. Hari tu, nenek adakan Majlis Bacaan Yaasin. Apa lagi, Wan ikut sama la. Tak mau ketinggalan perkara yang baik camto. Perjalanan ke rumah nenek mengambil masa selama setengah jam sahaja. Wan sorang je yang ikut mak ayah. Adik-adik lain malas. Ish.ish..sebelum ke rumah nenek, Wan pi kenduri dulu kat umah anak sepupu.Alohai..da kawen anak sepupu Wan tu. Nak buat camne da jodoh dia. Tahniah la buat Si Leha tu. After kenduri, bertolak ke rumah nenek. Fuh, dalam kete aku asyik menjamu mata dengan permandangan sawah padi dan ladang kelapa sawit tanpa menghiraukan ape yang mak ayah bualkan. Hehe..malas nak dengar. Entah siapa yang hadir majlis tu agaknya. Maybe cousin yang lain (yang besau2 cm Wan nie )xde kot. Ape taknye, minah UPM tu (dh ex stdnt UPM daa..) xde kt umah. Keje kt Rawang. Si Sanah lak on da way balik Trg. Sampainye kt umah nenek, semua orang da berkumpul untuk bacaan Yaasin. Apa laie, Wan pon bergegas la. Ambik surah Yaasin, then duk skali ngan mak cik kt citu. Pas to, acara makan2. Wan & Cousin nan seorang tu, Si Fizah tolong nenek kt dapoq, sediakan makanan & minuman. Sikit je jumlah mak cik yang dating. Orang kawasan kampung tu jek. Anak-anak nenek lak, x ramai yang pulang. Cuma mak, pak su, pak uda & anak2 mereka. Anak-anak Pak Su dan Pak Uda still kecik lg.hehe.Cousin Wan belah mak sememangnya kecik2. Cuma family mak, Pak Ngah,& Pak Cik je yang besau2. Tapi, cucu yang da kawen, Family Wan la. Rindu lak kt Arwah Atuk. Dulu lepas seminggu atuk meninggal, Wan dengar orang mengaji kat bilik atuk. Sedangkan pada masa tu, tiada seorang pun tinggal di bilik tu. Entah…Perasaan Wan je kot. Bila Wan cite kat mak, mak x caye. Xpe la. Wan seorang je yang caye. Wan kerap mimpikan atuk & nenek yang telah meninggal dunia. Coz, Wan memang rapat ngan deorang. Terutamanya atuk belah ayah. Lepas majlis, lepas kemas2,



Rambutan yang bakal masak..x sbr menunggu..



Tgk tu..mane je org nk tgkp gmbr..dye pon de gak..



Yang Baju putih tu selalu je nyebokk...




Ni la Cousin2 Wann..Kecik2 lg..




Wan & Si Fizah turun ke bawah. Tengok2 suasana halaman umah nenek, sambil merakamkan kenangan(bergambar) bersama cousin yang len. Cousin cilik. Hehehe. Macam2 kerenah deorang nie. Budak-budak…Rambutan dah mula berbuah. Salak pon gtu jgk. Seronoknye. Tak lama lagi musim buah. Entah senpat ke idak Wan makan buah kt kampung. Bulan 7 dh pi kampus. Adoiya……….