16 March 2014

Rahsia Kulit Cantik dan Cerah

Sering juga saya mendengar keluhan rakan-rakan tentang tona kulit tidak sekata, kusam, gelap, berjerawat dan jeragat. Bermacam jenis losyen dan krim pemutih digunakan untuk memperolehi kulit putih melepak bak bidadari.  Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ada juga yang memberi kesan negatif kepada kulit seperti kulit menjadi kemerah-merahan, keluar jerawat dan jeragat yang tidak diingini. Lambakan pelbagai jenis produk untuk memutihkan kulit kini semakin hangat diperkatakan . 

Kita harus berhati-hati dalam pemilihan sebarang produk kecantikan kerana sekarang telah timbul pelbagai masalah dan isu tentang kosmetik yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri.Contohnya penggunaan selama 3 hari mampu cerahkan kulit wajah dan ini menjadi rebutan buat gadis dan wanita yang obses untuk cantik dan putih berseri. Awas, produk yang cepat kesannya mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya. Anda haruslah memilih produk kecantikan yang sesuai dengan masalah wajah anda. Jangan anda jadi mangsa untuk obses cantik ya.

Beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk membeli produk kecantikan yang dijual di pasaran sekarang.

1. Periksa Kelulusan KKM 
2. Pilih produk yang berasaskan bahan semulajadi 
3. Semak bahan-bahan atau kandungan produk
4. Pilih Kosmetik yang sesuai dengan usia dan masalah yang dialami

Pilihan saya cuma satu, hanya makan pemakanan tambahan iaitu vitamin untuk kulit mampu mengatasi masalah ini. Sekadar perkongsian, saya sekarang lebih gemar mengamalkan vitamin c, vitamin e, susu untuk kulit, kolagen berasaskan sisik ikan dan vitamin B complex. Produk pilihan saya ialah rangkaian kesihatan Shaklee.


  
Sustained Release Vitamin C 900mg
Sustained Release Vitamin C 900mg 
Bagi saya sangat bagus jika diamalkan seharian kerana, kandungan vitamin c yang mencukupi untuk tubuh badan kita. Bukan sekadar untuk kecantikan kulit malahan untuk kecantikan dalaman serta sistem imun. Vitamin c juga mampu memulih luka dengan cepat dan bertindak sebagai peransang kolagen. Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Manfaat kecantikan vitamin c untuk memudarkan jeragat, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan jerawat serta menegangkan kulit wajah.



Vitamin E Complex 400IU
Bertindak melembapkan kulit wajah , mengurangkan parut jerawat, dan anti oksidan. Manfaat lain adalah untuk otot dan melindungi jantung. 

                              
Collagen Powder 4000mg

Collagen Powder
Diperbuat daripada sisik ikan merah . Kolagen Shaklee adalah kolagen terbaik dan mengandungi 4000mg kolagen. Kelebihan kolagen shaklee ialah melembapkan kulit wajah, melicinkan kulit wajah, dan mengatasi masalah jerawat dan jeragat, Selain bermanfaat untuk kecantikan, kolagen shaklee juga boleh merawat masalah sendi, masalah keguguran rambut, menganjalkan payudara dan juga meningkatkan hubungan intim.

                        

Energizing Soy Protein 
Merupakan susu berasaskan soya dan baik untuk merawat masalah keseluruhan kulit. Diperbuat daripada soya asli non-gmo dan mengandungi pelbagai jenis vitamin termasuklah, kalsium, b complex, dan lain-lain. Pengunaan yang berterusan dapat melembapkan kulit wajah, mecerahkan kulit, memudarkan parut dan merawat masalah jerawat.

No comments:

Post a Comment