22 November 2017

Tips & Petua Tingkatkan Haemoglobin (HB) Ibu Hamil

Sejak akhir-akhir ini, kedengaran banyak kes haemoglobin rendah atau anemia dalam kalangan ibu hamil. Saya perhatikan, di laman sosial facebook Group Ibu Hamil, soalan yang agak popular yang diajukan ialah cara untuk naikkan haemoglobin.

Hb rendah bagi ibu hamil sangat bahaya. Kesannya boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin, bayi lahir pra matang dan juga boleh menyebabkan keguguran serta kematian bayi dalam kandungan. Haemoglobin berfungsi untuk mengangkut oksigen.

Tips & Petua Untuk Atasi Masalah HB Rendah

Disini saya ingin kongsikan kepada ibu-ibu semua pengalaman saya sendiri. Semasa saya mengandung anak kedua, sebulan saya tinggalkan vitamin zat besi. Kesannya bacaan hb jadi rendah.Saya cepat stress dan letih. 

Antara tips & petua yang saya amalkan ialah:

1. Perbanyakkan makan sayur & buah-buahan. Sayur yang saya amalkan ialah sayur -sayuran bewarna hijau seperti kangkung, bayam, kacang botol dan sawi. Buah pula, saya makan buah jambu batu sebiji sehari & buah betik.

Makan dalam kuantiti yang banyak dan mengikut saranan KKM, suku-suku separuh. Saya makan sayur & buah separuh pinggan, selebihnya protin dan karbohidrat. Elakkan makan organ binatang seperti hati ayam & saya makan sambal bilis setiap hari. 

2. Hb low juga berpunca daripada stress dan tidur yang tidak mencukupi. Jadi saya tidur secukupnya, kawal emosi dan sentiasa positif.

3. Saya amalkan makanan tambahan iaitu Vita Lea yang mengandungi 28 jenis vitamin & mineral serta mengandungi zat besi.


Fungsi lain Vita Lea :
  • Meningkatkan tenaga dan mengandungi asid folik yang cukup untuk ibu hamil dan fungsinya mengelakkan kecacatan tiub neural pada bayi.
  • Mengatasi masalah anemia, darah rendah, dan sebagainya.
  • Membantu tambah nutrisi badan untuk mereka yang kurang nutrisi & terlalu memilih dalam bab makan. 

Selepas 2 minggu ubah cara makan, dan makan makanan tambahan Vita Lea, bacaan hb yang sebelum ini rendah kembali ke paras normal. Syukur Alhamdulillah.  

Testimoni HB Rendah Yang Berjaya Di Atasi