20 January 2010

::Bicaraku...Tentang PERMATA::

Hari ini baru ku tahu ada duri dalam daging...
Sebelum ini kurasakan semuanya elok...molek pada pandangan mata..
Rupanya tidak....aku tidak menginginkan jawatan dalam persatuan ini...
Tidak sama sekali teman2 seperjuanganku....
Pertama kalinya..aku menerima tanggungjawab ini..dengan hati yang berat
sama beratnya dengan batu...
Ku takut aku tidak mampu untuk memberikan sepenuh komitmen
untuk PERMATA...
Terlalu berat tugasnya untuk menjadi pemimpin...
Aku tidak mahu dicop sebagai insan yang gilakan pangkat..darjat...
Walaupun berat..aku dalam keterpaksaan menerimanya...
Aku ingat saat itu.....
Selepas AGM....aku bersama teman seperjuangan..YDP dan MT yang telah dilantik..
berusaha untuk membentuk PERMATA...
mencari bakat2 baru untuk bersama-sama mentadbir PERMATA...
Dalam pencarian kami...tidak ramai yang menerima..malahn ada yang menolak...
aku merisik teman2 baikku untuk bersama berjuang denganku..
untuk PERMATA...Alhamdulillah..mereka menerima..
Bagi yang lain2.mereka menerima..ada yang ikhlas..ada yang terpaksa...
Pelbagai onak dan duri telah ditempuhi sepanjang 1 sem bersama PERMATA...
Kini...aku tidak menyangka...
ada insan yang berhati busuk..memeperlekehkan kepimpinan PERMATA..
Walaupun kami sedaya upaya untuk membangunkan PERMATA
yang telah lama hilang sinarnya....
Aku teramat kesal dengan insan yang mengutuk..mengeji,.menfitnah YDP PERMATA...
Kami barisan MT dan EXCO..sepenuh tenaga...spenuh jiwa memberikan yang terbaik buat PERMATA...
Apa salah kami..????
Sukar untuk aku terima...di laman sembang Blog PERMATA
ada insan yang bermulut seperti bisa seekor ular menabur fitnah munafikin...
benar kata kakak..fitnah munafikin tak kenal sesiapa...
Aku harapkan insan yang menabur fitnah itu sedar akan kesilapannya...
tidak kira siapa pun dia..
semoga Allah..memberi petunjuk dan hidayah buatnya.....
Bagi aku..insan sepertinya adalah seorang yang pengecut..!!
Ku harap...selepas perletakan jawatan kami..
Semoga PERMATA ini terus berkilauan...
dan MT & EXCO baru lebih tabah menghadapi cabaran yang mendatang..


19 January 2010

::BiCArAku..Ikut RenTAK HAti..Ku Namakan..Warkah Rindu..::


Aku bukanlah insan yang sempurna disisi manusia... Namun, aku bersyukur punyai Ibu, Ayah, Adik Beradik, Teman-teman.... Sedar tak sedar sudah 3 tahun aku berada di bumi Metropolitan ini... Sudah 3 tahun juga aku menempuh segala onak.ranjau..duri..sembilu.... Telah ku hadapi semua rintangan..namun banyak lagi rintangan yang masih bersisa... Menggamit rindu,,bila berjauhan..begitulah diriku,... Rindu pada kedua orang tuaku tidak pernah padam... pada abang kakak dan adikku juga begitu.. pada anak-anak buahku... Apabila pulang ke desa bila cuti semester, seakan2 sudah bertahun2 tidak pulang... Aku ke sini kerana satu matlamat..untuk belajar dan menjadi insan yang berjaya di mata keluarga, masyarakat, agama, bangsa, negara dan dunia.... Alhamdulillah..berada di kota Metropolitan ini..aku ditemukan dengan kawan-kawan yang baik hati..baik budi...Aku bersyukur punyai teman2 seperti Siti Mariam, Rosni, SYahnaz, Ismaliza, Kak Eja, dan Rosmawani... Terlalu banyak kenangan sewaktu bersama mereka.... Walaupun terpisah kediaman, namun kami tetap bersama... Merekalah rakan kampusku... Selain mereka, di sini jua aku temui rakan2 PERMATA yang sentiasa bersama susah dan senang dalam memajukan persatuan...terutamanya MT & EXCO PERMATA dan juga adik2 Ahli pERMATA.. Selain itu,,,buat teman2 yang ku kenal di koleh kediaman Tun Ahmad Zaidi jua tidak ku lupa.. Kak sue...Tikah..Riezlah..Yus..Sue...Geng budak Kelantan..Adik2 Junior...dan semua yang ku kenali.... Ku titipkan juga Al-Fatihah buat temanku yang telah dijemput Allah... buat Arwah Zafirah binti Hussin..dan Nurul Syuhada.... Begitu cepat kamu menyahut seruan ilahi... apakan daya..itu semua kuasa Yang Maha Mencipta.. Aku begitu senang dengan mereka.... Banyak yang kami kongsikan..gelak tawa..tangis hiba...semuanya sentiasa terpahat dalam memori ini.... Disini jua Memori tercipta.. Kenangan bersama kawan di kampus ini tidak pernah ku lupa.... Di KKTAz,...Di APM..di PERMATA... dan sebagainya..membuatkan aku akan merindui segala-galanya disini... mungkin selepas ini..semuanya menjalani kehidupan di alam pekerjaan dan lain2... Namun,,.... Jangan kamu lupakan diriku yang serba kekurangan ini.... Syukur aku kepada Mu , Ya Allah,,Tuhan YAng Maha Mengasihi hambanya yang hina ini... Kerna kau telah kurniakan insan2 yang belum pernah ku kenal sebelum ini... Kerna kau telah memberikan aku peluang untuk memahami dan mengenali sebuah kehidupan... Semoga selepas ini kehidupanku diceriakan dengan warna -warni.. dan semoga apa yang ku impikan tercapai..... InsyaAllah...

18 January 2010

::Mood Menulis::

Sudah sekian lama, jari jemari tidak menari-nari di atas keyboard.,,,,
Hari ini di rakan jari jemariku galak untuk menari2..mengikut irama...pop rock & balada...

Sejak 3 minggu yang lalu..Wann begitu sibuk..untuk melayan blog yang sudah lama tidak terusik...
Perkembangan blog teman2 pun wann x ikuti....
Semester ini, Wann ambik 5 subjek dan sem ni jugak merupakan semester terakhir...dan selepas ni UM dalam kenangan...
InsyaAllah,,jika ada rezeki...ingin menyambu
ng dalam M.A...InsyaAllah...
Untuk PERMATA pula, terlalu banyak aktiviti..dan semua aktiviti ini agak besar..terutama SUPER 01..Selain itu, Wann juga membantu Awe untuk Majlis Konkesyen dan MAlam Anugerah PER
MATA...Harapnya berjalan dengan lancar la...
Permulaan semester kedua, bagi Wann agak malap..kerana diselubungi penyakit MALAS...Permulaan kelas terpak
sa menaiki bas kerana Aset penting, NOUVO belum sampai di UM..masih dalam proses baik pulih di rumah ALONG..sehingga sekarang..Ibarat kehilangan Kekasih hati..mood untuk ke mana-mana tiada...semester lepas Wann tidak pernah berenggang dengan motor..Sekarang, telah ada pengganti sementara, HONDA WAVE kepunyaan ALANG..Wann pinjam sekejap..untuk berulang alik ke kelas dan ke aktiviti PERMATA..
Alhamdulillah...Semoga NOUVO cepat siap...hara
pan Wann..



rindukan Green Nouvo...


Hujung minggu wann juga sedikit terisi..setakat ini belum lagi merasa kebosanan di hujung minggu,..Coz...penuh dengan aktiviti..Kalau tidak ke SKEM..Wann ke MEETING PERMATA,..semester ini Wann mesti siapkan lesen kereta dan motor yang sekian lama tertangguh..Alhamdulillah,,wann dah berjaya menghabiskan 4 jam motor dan latihan kereta akan bermula 19 januari..TEST JPJ untuk motor dan kereta juga dan ditempah...TEST MOTOR 27 Januari dan KERETA 3 Februari..semoga LULUS !InsyaAllah..Thanks jgk kt cikgu Sham SKEM yang tulung arrange jadual belajar kereta...Kalo wann arrange sendiri, mungkin kelam kabut sedikit...Tidak sabar untuk menamatkan perjalanan ke SKEM setiap kali latihan...PENAT..hehehe...
Pembukaan awal semester..dirasmikan dengan kejadian yang buruk menimpa kawan-kawan wann iaitu kejadian pecah masuk rumah sewa kak eja, syahnaz, ct, nora & wanie..kerugian dianggarkan RM20000..kesian deorang...awal2 semester sudah ditimpa musibah...
Sedih..tetapi sekarang mereka sudah dapat menerima kenyataan..mungkin ada hikmah disebalik kejadian tersebut...
banyakkan bersabar atas ujianNya...
Dari aspek tugasan pula,,,,pensyarah awal2 lagi telah membuka soalan2 tugasan untuk disiapkan...dan rakan tugasan wann ialah nora..harapnya kita dapat menyiapkan tugasan seperti yang diamanahkan..bahan-bahan tugasan masih dalam proses pencarian...insyaAllah..bermulanya minggu ini..Wann akan menjalankan gerak kerja untuk menyiapkannya...