07 June 2012

Akhirnya , Kami Bersatu..

Assalamualaikum buat semua teman2 sekalian. Diri ini teramat sibuk sekali untuk menulis di blog tercinta ini. Maklumlah, proses pembinaan sebuah masjid bukannya mengambil masa yang singkat. Sedar tidak sedar, sudah 7 hari saya bertukar status dari cik menjadi puan, dari gadis menjadi seorang isteri. Apa yang saya harapkan daripada proses ini adalah sebuah perhubungan yang kekal hingga ke syurga serta di sulami dengan bunga-bunga cinta dan haruman kasih sayang. InsyaAllah. 

Sejak daripada mengenalinya, impian saya hanya satu, ingin menjadi yang terbaik untuknya, bermulalah dari ikatan pertunangan bukan hanya berakhir di jinjang pelamin, bahkan cita-cita saya untuk bersamanya sangat besar. Ingin menjadikan masjid yang telah terbina ini indah bercahaya dan boleh di ibaratkan dialah iman di dalam masjid kami yang serba indah ini. Saat lafaz sakinah. hati saya berbunga riang bercampur kelegaan yang saya tunggu sehingga saat itu.






Berwalikan bapa tercinta, Wan Muhammad dan juga kekanda menjadi saksi, segala impian termakbul dengan sekali lafaz , "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu". Alhamdulillah. Segala bahagia mungkin tidak berkahir di sini, masih banyak lagi lebuhraya yang perlu kami tempuhi. Bahtera rumahtangga bukannya mudah dan tidak juga payah. Hanya si isteri dan si suami sahaja yang perlu cerdik untuk mengemudinya. Indahnya sehingga sekarang tidak dapat saya gambarkan. Buat suami tercinta, Mohd Hafizullah bin Mansor  saya amat menyayangimu dan yang selebihnya biarlah hati ini yang tahu.