24 March 2014

Kekurangan Kalsium Penyebab Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Tulang merupakan salah satu komponen yang terpenting dalam tubuh badan. Fungsi tulang adalah untuk menyokong komponen lain tubuh badan seperti otot, jantung, dan lain-lain.Tahukah anda bahawa terdapat seorang daripada 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko untuk mendapat osteoporosis. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia Osteoporosis menyerang wanita 3 kali ganda berbanding lekaki . Sebanyak 50 peratus daripada kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun disebabkan osteoporosis. Osteoporosis ialah salah satu keadaan yang mana tulang manusia menjadi rapuh, mudah patah dan tidak berfungsi dengan baik.



Tulang yang kuat dapat membolehkan dan membantu anda menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan tanpa gangguan. Dewasa ini kita sering mendengar kes-kes tentang tulang rapuh dan mudah patah. Faktor utama kerapuhan tulang ialah kekurangan kalsium. Jika kesihatan tulang anda kurang baik, maka segala aktiviti harian anda akan terbantut. Selain itu, menjelang umur 40-an ke atas, kita akan berasa mudah letih, kejang dan sakit-sakit badan. Wanita hamil dan kanak-kanak amat digalakkan untuk mengambil kalsium secukupnya kerana amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan juga tumbesaran kanak-kanak. Kekurangan kalsium menyebabkan tumbesaran terbantut.




Oleh itu, semasa muda atau sebelum mencecah usia emas, kita disarankan menjaga tulang dengan mengamalkan pemakanan yang membantu menguatkan tulang seperti susu, yogurt, keju , sumber kacang soya, badam dan sayuran. Selain itu anda juga boleh mencegah kerapuhan tulang dengan mengambil kalsium yang mudah seperti vitamin untuk tulang yang mengandungi, Kalsium, magnesium, zinc, copper , manganese, fosforus, Vitamin D dan boron. 

                              

Salah satu vitamin tulang pilihan saya ialah Ostematrix (120 caplets) RM61.00 keluaran Shaklee. Sangat bagus untuk kerapuhan tulang dan membantu menguatkan dan memulihkan masalah kerapuhan tulang. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai penenang kerana mampu memberikan kelegaan kepada setiap kesakitan seperti sakit kepala, lenguh-lenguh badan dan juga demam. 

Kelebihan Ostematrix:
  • Meringankan stress 
  • Memulihkan masalah gastrik dan masalah pada perut 
  • Memperbaiki masalah semasa haid - mengurangkan kesakitan seperti segugut. 
  • Menguatkan tulang 
  • Mengalkali tubuh 
  • Mengurangkan masalah kekejangan dan kebas-kebas 


                                

Manakala setiap fungsi bahan yang terkandung dalam Ostematrix ialah :
  • Vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk meninggikan ketepatan tulang, & menguatkan kerangka 
  • Magnesium - Menggalakkan pembentukan tulang dan rawan. mengaktifkan enzim tubuh badan untuk menghasilkan tenaga , pengecutan saraf dan otot serta menstabilkan denyutan tidak sekata 
  • Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot serta menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang , rawan dan menghalang artritis. 



Fakta yang perlu anda tahu :

1 biji ostematrix shaklee bersamaan segelas susu berkalsium tinggi dan juga 80 biji badam.

Hargailah dan sayangi tulang anda. Amalkan pemakanan yang baik untuk tulang anda. Jika anda malas atau tidak gemarkan susu yang merupakan sumber utama kalsium , anda boleh mengambil alternatif lain seperti tablet kalsium sebagai pemudah cara. Tulang yang sihat akan menjadikan hidup anda lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment