14 December 2013

VITAMIN UNTUK PESAKIT JANTUNG

Jantung merupakan organ terpenting dalam tubuh badan manusia. Tahukah anda bahawa jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari. Aorta merupakan arteri terbesar di dalam tubuh dan diameternya hampir menyamai hos taman anda. Pernggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurankan Coq10 dalam badan anda. 

Secara umumnya, jantung anda mengepam hampir 2000 gelen darah ke seluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh badan dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10) yang berperanan membantu kesihatan salurah darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud dalam setiap sel.

Apa itu CoQ10?
* merupakan nutrien yang larut dalam lemak yang dihasilkan oleh tubuh badan dan wujud di dalam semua sel-sel. Konsentrasi yang tinggi nutrien ini ditemui di dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi  seperti jantung, hati , hati, buah pinggang dan pankreas.
*CoQ10 adalah penting bagi trillion sel2 di dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang daripada makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilan tenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat.



CoQHealth Plus Membantu Menjana Jantung Yang Sihat
CoQHealth Shaklee menampilkan campuran semulajadi proprietari 100mg CoQ10 dan resveraterol di dalam softgel yang bioavailable. CoQHealth terbukti berkesan membantu penghasilan tenaga dalam organ jantung.


Manfaat  CoQHealthPlus Shaklee
-Membantu meningkatkan penghasilan tenaga dalam otot jantung, menambah kekuatan mengepam
-Meningkatkan peredaran darah , mengurangkan serangan angina dan memngurangkan palpitasi jantung
-Menggalakkan dan melindungi arteri sihat daripada oksidasi LDL
-Mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan
-Antioksida yang kuat untuk menghalang oksidasi LDL Kolestrol "tidak baik" dan menghalangnya daripada melekat dan menyumbat salur darah
-Membantu menambah dan mengekalkan Coq10 dalam darah
- Meningkatkan tahap tenaga, menambahkan stamina & mengurangkan kelesuan
-Merancakkan sel-sel otak-meningkatkan kecerdasan mental , memori dan keupayaan kognitif
-Mengurangkan serangan migrain, pening , loya dan muntah
-Awet muda-meremajakan kulit iaitu dengan meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen & nutrisi untuk pemulihan , rejunevasi serta penghasilan kolagen.
-Meningkatkan kesuburan-meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma, dan mutu sperma dan meningkatkan mutu ovum
 




29 November 2013

Ubat Sembelit

Sembelit merupakan satu keadaan di mana seseorang itu sukar membuang najis iaitu berlakunya pengosongan usus yang menyebabkan najis menjadi keras. Jika dibiarkan ianya akan menjadi lebih serius dan usus akan tersumbat. Sembelit juga boleh menyebabkan buasir. Sembelit berpunca daripada amalan pemakanan ,kurang pengambilan air ,  kesan sampingan ubat dan perubahan struktur tubuh.

Gejala-gejala umum sembelit adalah meliputi (sekiranya anda mempunyai salah satu daripada gejala ini, maka memang sah anda sudah mengalami sembelit):
  1. Kekerapan untuk berak berkurangan berbanding biasa
  2. Perlu teran sampai muka menjadi merah ketat ketika berak
  3. Terasa sakit ketika berak
  4. Tahi kelihatannya sangat kering dan keras, dah rupa macam tahi arnab atau tahi kambing.
  5. Tidak berasa puas selepas berak – terasa macam ada lagi tahi yang tak keluar.
  6. Teran punya teran, alih-alih seketul tahi pun tak terkeluar. Keluar tandas dengan muka yang hampa.
  7. Kadang-kadang proses meneran itu boleh mengakibatkan pendarahan pada dubur (lubang punggung)
  8. Selain itu, mereka yang mengalami sembelit akan cepat berasa kenyang ketika makan.
Punca-punca umum sembelit meliputi:
  1. Kurang pengambilan air
  2. Kurang pengambilan serat 
  3. Kurang aktif
  4. Stres
  5. Malas nak ke tandas
  6. Pandang remeh apabila terasa pola untuk berak itu semakin mengurang
  7. Punca lain termasuklah pengambilan beberapa ubat (seperti ubat penghilang rasa sakit), beberapa keadaan perubatan dan perubahan persekitaran (pergi bercuti).
Cara mudah untuk mengatasi sembelit:
  1. Lakukan senaman secara kerap. Disamping mengurangkasn stres, bersenam juga mampu meningkatkan kadar metabolisma. Apabila metabolisma meningkat, proses peristalsis juga menjadi semakin pantas (cepat berak).
  2. Minum air secukupnya – ramai mengesyorkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari, tetapi bagi aku, bab minum-minum air ni hanya perlu dengar pada tubuh anda. Minum apabila mula terasa dahaga, dan perhatikan warna air kencing. Sekiranya mula berwarna kuning pekat, perbanyakkan minum air.
  3. Makan lebih banyak serat, termasuk bijirin, roti gandum penuh, nasi, dan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari.
  4. Jangan malas nak ke tandas!
  5. Ambil ubat untuk mengatasi sembelit terutamanya yang mengandungi bahan-bahan seperti Senna Leaves yang boleh membantu masalah ini. 
 

Salah satu makanan tambahan yang boleh mengatasi masalah sembelit ialah HERB LAX( Gambar Seperti yang tertera di atas)

Herb Lax Shaklee adalah kombinasi sains tradisi mengikut teknologi barat. Mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfalfa leaves, senna leaves, anise seed, blue malva flower, buckhorn buck, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culver's root. Sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannta scr klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita dalam masa yang panjang. 9 Jenis herba yang terkandung dalam Herb Lax merupakan formulasi yang dipaten oleh Shaklee. 

  • Senna Leaves - Meransang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan  proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak
  • Buckhorn Bark - Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan pada usus
  • Licorice Root - Membantu proses detoksifikasi
  • Fennel Seeds - Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan   alkohol      - Membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut/usus
  • Anise Seeds - Meransang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb Root - herba yang banyak digunakan dalam  perubatan cina , digunakan sebagai antibiotik
  • Blue Malva Flower - Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit
  • Culver's  root - Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa Leaves - Membersihkan usus, darah dan hati.

Fungsi HERB LAX :

# Membersihkan Najis yang tersekat
# Melawaskn pembuangan sekaligus membersihkan usus.
# Membantu mengurangkn sembelit
# Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnnya membantu masalah sembelit
# Mengurangkn bau badan
sesuai utk yg ingin mnurunkn berat badan
# Mengempiskan perut
# Mengurangkan jeragat
# Buang toksin dalam badan
# Membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.

Herb Lax sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

Cadangan Pengambilan HERB LAX:
  •  Untuk kesihatan seharian - 2 kali seminggu /4 biji setiap kali sebelum tidur
  • Untuk pembersihan usus/detox, melawan kanser, & mengawal berat badan - 2 kali sehari/ 3 biji setiap kali (selepas makan @ sebelum tidur)  

14 November 2013

CINCH ENERGY TEA MIX



Cinch Energy Tea Mix ialah teh yang baik untuk kesihatan anda.Ianya mampu membekalkan tenaga anda seharian dan mampu menyekat rasa lapar berlebihan.

Apa itu Cinch Energy Mix Tea??

Cinch Energy Mix Tea diperbuat daripada Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!
 

Diformulasikan daripada Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat. Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan rasa nyaman. Ditambah dengan taurina untuk meningkatkan tenaga dan ketahanan badan . Pilihan alternatif terbaik menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan anda.


Kenapa mesti memilih Cinch Energy Tea??
• Selamat, peningkatan tenaga semulajadi. Diminum secara panas atau sejuk.
• Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik.
• Peningkatan tenaga segera.
• Bungkusan mudah bagi setiap satu hidangan



Kandungan Cinch Energy Tea Mix :

Matcha Green Tea Powder
- Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat , mineral dan anti oksidan.  



Ekstrak Teh Merah (Red Tea Extract)
-Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol (pejuang kanser yang kuat). Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang kanser daripada merebak



Ekstrak Teh Putih (White Tea Extract)
-Dikenali juga sebagai teh hijau muda dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau



Ekstrak Teh Merah Rooibos (Rooibos Red Tea Extract)
- Tumbuhan unik yang berasal dari Afrika Selatan dan kaya dengan sebatian polifenol.

11 November 2013

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS 900mg

Assalamualaikum..

Khabar gembira buat penggemar Vitamin C Shaklee. Vitamin ini sudah berada di pasaran sekarang.
Alhamdulillah. Gembira benor bila dengar khabar berita ni. Sebulan menunggu. Ramai yang Inbox CW untuk order vitamin c, tapi malangnya out of stock.  Kini Vita C datang lagi. Harga memang berbaloi dan murah. Sebotol 180 biji, tahan 6 bulan.


Kenapa anda mesti memilih Vitamin C ini sebagai makanan tambahan harian anda? Hal ini kerana, tubuh badan kita akan kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian. Vitamin C plus merupakan sumber semulajadi yang disalurkan jam demi jam. Vitamin C ini membantu menyediakan vitamin c yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain itu, Vitamin C membantu dalam menyokong tulang, gigi, dan gusi serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Ianya juga bertindak sebagai anti bodi /sistem pertahanan untuk tubuh badan .

Kebaikan Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee RM92.50 (180 TABLETS) :
  • Sebagai anti oksidan-melambatkan proses penuaan
  • Meningkatkan sistem imun dengan membina sel darah merah yang sihat untuk mengukuhkan sistem imun dan singkatkan waktu pemulihan simpton selsema
  • Memulih luka-luka dalaman mahupun luaran
  • Mengecutkan jerawat 
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Membentuk kolagen-mampu mengurangkan kedutan pada wajah
  • Mengatasi masalah gusi berdarah , lebam, kulit kasar & kulit kering
  • Memerangi kanser dengan meningkatkan interferon dan meransang T cells untuk melawan sel kanser
  • Memperbaiki isomnia , stress dan masalah keresahan
Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi Cik Wan . TQ

06 November 2013

7 SUNNAH HEBAT NABI MUHAMMAD S.A.W


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Zikrullah pengubat jiwa yang lara. Amalkannya selalu inshaAllah.

04 November 2013

::: TAHUN BARU 1435 HIJRIAH : DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN :::

Assalamualaikum..Wbt..

Alhamdulillah, pejam celik. Pejam celik, hari ini berakhirnya tahun 1434 Hijrah. Syukur Ya Allah, Cw masih bernafas di bumi-Nya . Masih diberi peluang untuk merasai kemanisan hidup. Terima kasih Allah. Sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah ini, marilah sama-sama kita manfaatkan waktu petang Tahun terakhir dengan Doa Akhir Tahun .



01 November 2013

PENAWAR KENCING MANIS


Assalamualaikum wbt.

Salam 1 November 2013. Alhamdulillah, lagi satu bulan untuk melangkah ke tahun 2014. Selesai sudah closing untuk bulan Oktober. Ada anak-anak shaklee CW da dapat bonus pertama nanti. Sukanya!! Lagi suka, bila dengar promosi shaklee bulan ini ialah VIVIX. 


BELI 6 PERCUMA 1!!!

Wah!! CW memang suka sangat2 dengan berita ni. Mana tidaknya, ayah pengguna setia VIVIX, tambahan pula, Abg ipar juga mahu consume VIVIX. Niat di hati ini juga ingin hadiahkan VIVIX untuk Suami tersayang. Kenapa mesti VIVIX? sebab VIVIX adalah untuk mengatasi keseluruhan masalah badan kita, Dari kepala sehingga kaki. Auw..hehehe..Comel je kan nama VIVIX ni.

Mari kita berkenalan dengan Mr. VIVIX TONIK AJAIB. 

Apa itu VIVIX??

VIVIX adalah Revolusi Terbaru dari Shaklee. Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Polifenol merupakan anti oksidan jenis bioflavonois yang 100 kali lebih efektif daripada vit c dan 25 kali daripada vit E. Polifenol membantu menurunkan kadar kolestrol, menurunkan tekanan dan kadar gula dalam darah dan membantu melancarkan proses penghadaman/pencernaan. Selain tu, polifenol juga boleh melarutkan lemak dan mencegah kolestrol jahat.
   
KELEBIHAN VIVIX
♥ Anti penuaan-menggalakkan penuaan yang sihat
♥ Membantu mengelakkan kanser iaitu dengan merencatkan sel kanser
♥ Mengurangkan risiko penyakit jantung
♥ Mengurangkan komplikasi diabetis/kencing manis
♥ Meningkatkan dan menyokong kesihatan sendi serta melindungi saraf
♥ Membantu dalam proses penurunan berat badan
♥ Menyokong kesihatan mata
♥ Meningkatkan sistem imun badan

Siapa yang sesuai menggunakan VIVIX?

VIVIX sesuai digunakan oleh :
  • Pesakit Kencing Manis/Diabetis  > boleh menurunkan kadar gula dalam darah
  • Pesakit jantung
  • Pesakit Gout
  • Pesakit kanser
  • Pesakit SLE

dan lain-lain kegunaan untuk kesihatan tubuh badan.  








ANDA SIHAT, ANDA HEBAT

I'm Your Shaklee Independent Distributor
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Tel: 013-2321416
SHAKLEE ID :88940  
Email: puteribongsu33@gmail.com

31 October 2013

Demam Lagi

Assalamualaikum wbt...

Semalam tak sempat nak update . Bukak je, nak menulis pos takde mood. Hero kesayangan mama demam, selsema, dan batuk. Dah 2 hari, semalam baru ke klinik, tapi CW x ke klinik biasa, CWlebih suka ke klinik homeopathy. Sebab, ubat klinik biasa mungkin tak sesuai dengan bayi seusia Yusuff. Lagipun, cw x suka ubat berasaskan bahan kimia, semulajadi adalah pilihan CW.  Mujurlah ada emak semalam, emaklah yang menemani CW ke klinik, boleh la emak meriba Yusuff sementara CW memandu.

Klinik Homeopathy pilihan CW ialah Pusat homeopathy Wanita dan Kanak-kanak (Dr. Latipas) yang terletak di Losong Tangki Air Kuala Terengganu. Dr Latipas bagi CW adalah doc yang terbaik la bagi perubatan homeopathy ni. Alhamdulillah, ramai yang ke klinik beliau dah sihat dengan IzinNya. Hari ini, Yusuff da nampak perubahan skit selepas 2 hari makan ubat. Selsema da berkurangan, batuk pon sama. Cuma kahak masih lagi belum hilang. Kesian anak mama. Malam tadi tak cukup tido, asyik menangis sebab tak selesa.

Cian anak mama..Get Well soon anje mama..





3 jenis ubat yang diberikan oleh doc..
Semoga cepat sembuh anakku..Lepas ni, kita jalan-jalan dengan papa ye. Sabtu papa cuti sempena Deepavali, Selasa pon sama. Plan nak jalan-jalan, cepatlah sembuh anjeeeee mama...

Ya Allah, sembuhkanlah sakit yang ditanggung anakku...amin..

29 October 2013

Kelebihan Collagen Powder Shaklee


Assalamualaikum...
Ce teka ape nih?? 
hihi..Inilah menu sebelum sarapan pagi..

ESP , COLLAGEN, DAN VITAMIN C ..BE GOJES!
Hari ini, CW baru je start makan COLLAGEN POWDER Shaklee. Baunya macam ikan, hanyir. Nak cantik terpaksalah telan. CW bancuh Collagen dengan ESP dan minuman Nestle Bliss. Memang Sodap dan Enak!. Maklumlah, sekarang Collagen Powder tengah meletup-letup di pasaran. Collagen Shaklee memang kolagen asli kerana bersumberkan daripada ikan merah. Sebelum ini, CW pernah cuba kolagen lain , tapi hasilnya macam tu jugak.Jerawat pon xnak hilang. Bila telan je, alamak! x sedap. CW pernah cuba Kolagen yang 50000mg, fuyooo. Banyak kan. Hasil tak seberapa pon.

Sekarang Kolagen Shaklee tengah promosi, beli 6 kotak percuma 1 kotak. Ape lagi, awal2 bulan rembat 3 kotak. 1 untuk makan sendiri, dan 2 kotak lagi untuk customer setia. Alhamdulillah. Harga biasa mahal gilerr berbanding harga promosi . Memang jimat cermat lah. Jimat wnag ringgit, sebab x perlu makan 2 3 4 jenis produk, Hanya makan kolagen je. Berbaloi-baloi. Kesan paling awal untuk nampak perubahan selepas berkolagen ini hanya 8 minggu, bersamaan 2 bulan. 

Semalam sorang Pengedar shaklee, a.k.a nenek shaklee Cw berkongsi tentang pengalamannya berkolagen shaklee nih. Katanya, memang best. Licin je kulit2, yang best, suami xmo berenggang ngan dia. Siap suh pakai baju zaman2 bujang dulu. Uikss..tak salah kan berdandan untuk suami. Best je dengar testimoni dia. 

Ini adalah sedikit maklumat tentang kolagen keluaran Shaklee.





Ramai sebenarnya yang tak tahu tentang kelebihan kolagen. CW pon sama. Dulu CW ingat kolagen ni untuk cantikkan muka je, tapi tidak. Ianya untuk kesihatan sendi, rambut , kuku dan kulit badan. Wow!! Kalo gitu, hanya makan kolagen da dapat semua kelebihannya kan.

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.



Kelebihan Collagen Powder Shaklee :

1. Anti penuaan - Mengecilkan liang pori-pori , menghilangkan kedutan dan garis-garis halus
2. Mengembalikan keanjalan kulit- menjadikan kulit lebih anjal , lembut dan tegang
3. Meningkatkan pergerakan iaitu dengan menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang
4. Menyubur iaitu menjadikan rambut lebih sihat , tidak mudah gugur dan bercabang serta melebatkan rambut dan menjadikannya bersinar
5. Membantu menegang dan menganjalkan payudara
6. Mencerah dengan mengurangi pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata
7. Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa gatal dan kering pada muka



 

I'm Your Shaklee Independent Distributor
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
013-2321416
SHAKLEE ID :88940 







28 October 2013

Saya Pengedar Vitamin Organik Shaklee

Assalamualaikum..
Comel tak saya???

PERMATA HATI, MUHAMMAD YUSUFF
Lama x update blog ni. Da setahun. Alhamdulillah, saya kini bergelar seorang ibu buat hero bernama Muhammad Yusuff. Sekarang sedang berjinak-jinak dengan perniagaan MLM iaitu produk Shaklee. Alhamdulillah. CW mengenali Shaklee semasa berpantang dengan menggunakan Set Berpantang Shaklee. Memang satu pengalaman yang sangat indah, berpantang dan menjaga Muhammad Yusuff memang best!! I love u sayang.

Sedikit perkongsian tentang Set Berpantang Shaklee. CW rasa cam x berpantang pon time tu. Tak rasa stress, luka bersalin cepat je baik. Alhamdulillah. Sekarang, CW da jadi SID Shaklee. Sesiapa yang berminat boleh hubungi CW ye. Mula2 join memang best.! Boleh buat duit la dengan shaklee ni. 1st try da dapat ratus2. Skrg da beranak pinak.








I'm Your Shaklee Independent Distributor
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
013-2321416
SHAKLEE ID :88940