13 October 2009

:::Pengorbanan Seorang Abang::

Buzz.!!Aku me'buzz Alang di laman chatting Yahoo Mesengger. Alang, merupakan abangku yang keempat dan juga ex student UM, Kos Perakaunan. Amboi, seronok sangat dia dengan jualan di internetya, Ebay. Makin laris agaknya. Alang ialah penganggur yang berjaya. Walaupun menganggur, dia masih melalukan bisnes melalui internet. Alhamdulillah, bisnesnya amat bagus. Aku, adiknya sekadar berkongsi sedikit rezeki yang diperolehinya. Alang, telah banyak berkorban untukku. Terutamanya dari segi menampung perbelanjaanku di sini. Aku sangat2 bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat akan diriku, menjaga kebajikanku sepanjang di Universiti Malaya ini. Pinjaman PTPTN tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaanku disini. Yuran pengajian pula mencecah angka RM2000.Ini tidak termasuk makan dan minumku di sini. Kadangkala, keluarga di kampung juga memberi sedikit wang belanja.
Pada semester ini, berlaku sedikit kegawatan ekonomi terhadap diriku. Kekurangan wang untuk menampung kehidupan di sini. Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana, Alanglah yang banyak membantuku. Menyokong kewanganku dan tidak putus asa menyokong aku untuk terus belajar. Tanpa dia, aku takkan berada di UM. Dialah segalanya dari aspek pembelajaran, terutamanya masa aku di Tingkatan 6 (STPM), dialah sumber inspirasiku hinggalh aku memperolehi keputusan yang agak cemerlang yang menempatkan aku di sini (UM). Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mempunyai abang yang sangat penyayang n caring.


Buat Alangku,
WAN ABDUL HAFIDZ WAN MUHAMMAD
aku amat berbangga kerana dilahirkan menjadi adikmu.
InsyaAllah....InsyaAllah juga akan dikenang..
InsyaAllah..akan dibalas dengan setimpalnya..

12 October 2009

Selamat Pagi Babybie!!!

Huargh!!!..hmmmm...Jam locengku berbunyi..irama lagunya..Red Wine...lantas,aku bangkit bangun menunaikan solat subuh..Huargh..aku menguap lagi. Ku pusing kiri dan kanan.Mengeliat malas. Ku lihat patung beruang yang ku namai Babybie masih setia di sisiku. Kesian dia. Sebelum tido, aku memeluknya erat. Sebaik sahaja bangun, memang sah aku tidak akan memeluknya lagi. Kadang2 Babybie tercampak ke bawah.Kesian...
"Ish..dah lewat ni." hatiku berkata.
Memang lewat. Aku ke bilik air untuk mengambil wudhuk dan seterusnya menunaikan solat subuh.Hmm..lega rasanya kerana sudah menunaikan satu tanggungjawab di waktu pagi.Mataku masih lagi mengantuk. Sekarang, di benakku cuma satu. Menyambung kembali tidurku. Argh..Jangan!! Kata Mak, tidak elok tidur selepas subuh, rezeki tak masuk.
Apa patut aku buat??.Ha..Aku memandang kain-kain yang dibasuh semalam. Belum dilipat sepenuhnya.
"Baik aku lipat kain ini dahulu. After that, barulah sambung tido. Hihihi" semakin ligat aku berfikir. Hanya satu je word yang ku ingat "TIDO".
Tanganku melipat kain2 yang ada.Selesai sudah melipat kain, aku berbaring malas. Sambil tanganku membelek2 Babybie dan memeluk patung beruangku itu. Lama-kelamaan, mataku semakin berat, terasa seperti mengantuk. Aku terus tenggelam dalam alam mimpi.....Mimpi bersama Babybie kesayanganku...