17 March 2014

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (KTM)

Dua minggu yang lepas, anak saya Muhammad Yusuff demam. Badannya sekejap panas, sekejap normal. Saya bawa berjumpa dengan doktor di sebuah klinik berhampiran. Menurut doktor, suhu badan Yusuff biasa sahaja , dan tidak menunjukkan tanda demam. Doktor hanya bekalkan ubat demam dan selsema sahaja kerana sebelum ini, Yusuff hanya selsema dan baru sahaja sembuh daripada lelah. Pada hemat saya, mungkin demamYusuff hanyalah disebabkan tongsil.  Sebelum ini juga, Yusuff pernah mengalami tongsil.Saya sedikit lega apabila doktor sendiri telah mengesahkannya.

Namun begitu, keesokan harinya, Yusuff tidak mahu menyusu dan tidak mahu makan. Saya mulai risau dan sekali lagi saya membawa Yusuff ke klinik yang lain pula. Doktor mengesahkan bahawa Yusuff mengalami penyakit Kaki Tangan dan Mulut. Menurut doktor, penyakit ini adalah jangkitan virus, bukannya penyakit berjangkit. Saya begitu terkejut kerana tidak menyangka penyakit tersebut akan terjadi kepada anak saya. Bila doktor ingin memeriksa bahagian dalam mulut, Yusuff hanya menangis. Patutlah dia tidak mahu menyusu, kerana ada luka-luka seperti ulser di dalamnya. Doktor hanya bekalkan Vitamin C untuk pemulihan ulser dan menasihatkan supaya kerap memberi Yusuff air kosong. 

Selama tiga hari Yusuff tidak mahu menyusu, dan saya terpaksa mencari alternatif lain dengan hanya menyusukannya dengan mengguna picagari dan juga sudu. Memandangkan saya menyusu badan sepenuhnya, saya terpaksa pam dahulu susu. Dalam masa yang sama juga, saya berubat dengan perubatan Islam iaitu berjumpa dengan ustaz . Menurut ustaz tersebut, penyakit kaki, tangan dan mulut ini biasa menyerang kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan akan bermula pada bulan 3 dan tamat pada bulan 6. Alhamdulillah, setelah ustaz membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan membekalkan air penawar, Yusuff mahu menyusu semula. 

Di sini saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut untuk tatapan para ibu semua. Semoga ianya bermanfaat untuk masa akan datang.

                                                

Apa itu Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut?

Merupakan sejenis penyakit jangkitan Virus iaitu Virus Coxsackie dan beberapa jenis virus lain. Jika tidak dirawat atau memandang remeh tentang penyakit ini, ianya boleh membawa kepada kematian. Merupakan penyakit berjangkit sederhana dan merebak melalui sentuhan secara langsung. 

Beberapa tanda anak anda mengalami Penyakit Kaki Tangan & Mulut :
1. Demam 
2. Hilang selera makan -anak anda tidak mahu menyusu dan makan
3. Menangis dan menunjukkan reaksi tidak sedap badan
4. Ulser pada tekak dan mulut serta gusi
5. Ruam pada kaki dan tangan 

Cara merawatnya hanya berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat doktor. Jangan memandai-mandai .
Jika tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan sawan dan kematian.

Langkah Pencegahan :

  • Elakkan membawa anak anda ke tempat awam, seperti pasar malam, pasaraya dan lain-lain
  • Jangan berkongsi barang-barang kepunyaan anak anda dengan orang lain seperti tuala, sabun mandi, dan lain-lain
  • Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
  • Pastikan peralatan yang digunakan untuk anak anda dibasuh dengan bersih sebelum menggunakannya.

Alhamdulillah, saya dapat menarik nafas lega apabila Yusuff semakin sihat dan bebas daripada penyakit KTM. Makan semakin berselera dan semakin aktif. Selain itu, saya memberikan Yusuff Vitamin keluaran Shaklee iaitu Nutriferon, dan saya makan vitamin c dan menyusu Yusuff dengan kerap.

No comments:

Post a Comment