21 August 2009

"Pengalaman Yang Perlu Dikongsi"

Alhamdulillah.Wan amat bersyukur kerana sudah selesai menjalankan tugas di Pusat Zakat Daerah Marang. Penat, lelah, jerih, perit, dan sewaktu dengannya telah Wan lalui sepanjang proses pembahagian bantuan Zakat Hari Raya. Walaupun penat, namun Wan puas melakukan tugas sebegitu. Banyak pengalaman yang Wan timba semasa melakukan tugasan ini. Bukan senang untuk melaksanakannya. Kadangkala tugas ini menyebabkan Wan terpaksa kerja lebih masa iaitu bekerja di waktu malam. Apa nak buat, sudah menjadi tanggungjawab Wan dan staf2 Zakat yang lain. Wan, Kak Eyda, dan Bos yang bertungkus lumus menjayakan misi ini. Wan bertugas membahagikan duit zakat pada hari Selasa yang lepas di Masjid Bukit Payung, Marang. Memang ramai yang datang yang mana semuanya daripada golongan fakir dan miskin kawasan Dun Bukit Payung. Mereka tidak sabar2 untuk menerima bantuan tersebut. Semasa pengagihan wang tersebut, ramai mak cik dan pak cik terpaksa berebut2 untuk mendapatkan bahagian masing2. Wan terpaksa mententeramkan mereka. Bukan senang kerja ni. Sampaikan Wan ditolak. Aduh. Memang perit. Tetapi, sabar je la. Walaupun Wan dah bagi arahan, tetapi ada yang buat-buat tak tau jek. Nak marah, tak boleh. Sabar je la. Bukan senang kerja ni. Nak ke lokasi, bawa duit RM 4 ratus ribu. Polis ikut sama takut ada sesuatu yang diingini berlaku. Thanks abg2 polis. Kerja sebegini memang berisiko. Buat semua yang terlibat dalam Agihan Bantuan Zakat Hari Raya ni, terima kasih sangat2. Semoga pertolongan kamu dibalas oleh Allah s.w.t. InsyaAllah, jika tahun depan ada lagi tugas ni, Wan akan ikut serta.

20 August 2009

,,,Kembali Pulang...

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali
wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan
wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku

::Aisyah Terkini::

Alhamdulillah..pejam celik-pejam celik, anak saudara Wann Aisyah dan mencecah 3 bulan. Dah besar rupanya. Makin comel, makin montel. Dah pandai senyum, main2.Suka sangat tengok dia. Kadang2 kalau nangis, susah jugak nak pujuk. Ini gambar terbaru Aisyah.: