07 April 2014

Tips Perbanyakkan Susu Ibu


Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab penyusuan ibu atau kaunselor penyusuan. Saya adalah seorang ibu muda yang sentiasa ingin mencedok segala ilmu penyusuan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga perkongsian daripada rakan-rakan ibu yang lain. 

Saat lahirnya bayi ke dunia, selepas di azan atau iqamatkan, perkara utama ialah memberi susu atau menyusukan bayi. Alhamdulillah pengalaman pertama penyusuan bayi saya dikira agak berjaya. Walaupun pada masa tersebut susu yang keluar hanya sedikit dan saya berusaha untuk memberikan yang terbaik buat bayi sulung saya. Saya bersalin di pusat bersalin swasta dan memberikan sedikit bonus kepada saya untuk lebih privasi. 

Selepas dibenarkan pulang ke rumah, perkara yang paling penting ialah dapatkan rehat yang secukupnya dan mengurut payudara agar susu lebih meriah dan tidak mengganggu proses penyusuan bayi. Terdapat satu perkara yang saya alami semasa dalam pantang iaitu susu tidak keluar dan tersumbat. Dan saya merasakan susu saya tidak ada. Hal ini mungkin merimaskan dan membimbangkan para ibu di luar sana dan saya rasa mereka mengalami nasib yang sama seperti mereka. Di sini saya akan kongsikan tips dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Tips Perbanyakkan Susu Ibu.
  • Ransang kelenjar susu dengan beberapa kaedah yang mudah seperti melakukan urutan . Urutan boleh dilakukan bermula dengan mencari urat kelenjar susu iaitu pada bahagian belakang badan, lengan dan kawasan berhampiran payudara. Selain itu, lakukan urutan juga pada bahagian puting agar perjalanan susu menjadi lancar dan tidak tersumbat. Anda juga boleh menggunakan khidmat bidan untuk mengurut bahagian ini . 

  • Payudara tersumbat merupakan senario biasa. Jika berasa payudara penuh dan susu tidak keluar , anda jangan panik. Sebelum menyusukan , tuam air suam pada bahagian payudara dan urut perlahan-lahan pada bahagian puting dan kemudia susukan bayi sambil mengurut
  • Konsep Demand & Supply. Konsep ini amat mudah dilakukan dengan banyak melakukan ransangan seperti kerap menyusukan bayi sehingga bayi pandai menghisap. Anda juga boleh memerah susu dengan menggunakan jari atau menggunakan pam yang banyak dijual dipasaran. Dengan cara ransangan seperti ini susu akan mudah keluar. 
  • Kerapkan pam susu dan simpan susu yang dipam. Apabila payudara kosong, susu akan cepat dan banyak dihasilkan.


  • Mengamalkan pemakanan tambahan seperti vitamin perbanyakkan susu ibu. Vitamin yang saya amalkan ialah Enegizing Soy Protein 850gram RM150.00 dan juga Alfalfa Complex 330 biji RM53.75 . Kedua-dua jenis vitamin ini amat membantu penghasilan susu yang banyak dan pekat. 
  • Elakkan stress. Jika anda stess , penghasilan susu akan menurun kerana emosi terganggu juga boleh menjadi faktor susu merudum. Anda dinasihati supaya lebih ceria dan lebih positif .

06 April 2014

Jaundis Bayi dan Cara Rawatan Terbaik

Saat kelahiran orang baru sangat ditunggu-tunggu oleh  ibu bapa terutamanya buat yang baru sahaja petama kali bergelar ayah dan ibu. Namun begitu, apa yang membimbangkan para ibu bapa ialah penyakit kuning atau jaundis yang dibawa bersama bayi semasa keluar dari alam rahim. 

Saya juga mengalami masalah yang sama pada tahun lepas apabila bayi pertama saya, disahkan jaundis dengan bacaan 223umol/L semasa berusia 2 hari. Saya diarahkan untuk membawa bayi ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutkan. Bacaan 223 umol/L adalah bacaan yang paling tinggi buat bayi berusia 2 hari. Bayi saya diberikan rawatan phototherapy untuk menurunkan paras jaundisnya. Selepas 1 hari ditahan di hospital, bayi saya dibenarkan pulang dan bacaan jaundisnya ialah 171umol/L. Saya dinasihati agar kerap menyusukan bayi dan tidak makan jamu atau sebarang ubat. Selepas 8 hari berulang alik ke makmal perubatan untuk pemeriksaan jaundis, bacaan jaundis bayi saya mulai menurun dan kembali normal.


Jaundis atau kuning biasanya boleh dikesan 3 hari selepas kelahiran. Bagaimana untuk mengetahui bayi anda terkena jaundis?. Jaundis terjadi apabila sel darah merah terurai  dan menghasilkan partikel yang dipanggil biribulin. Sifat Biribulin adalah tidak larut dalam air. Biribulin akan dihantar ke bahagian hati untuk di ubah menjadi larut dalam air. Kebanyakan bayi mengalami jaundis kerana sel darah merah bayi berbeza dengan sel darah merah orang dewasa dan mudah terurai  serta jangka masanya pendek. Selain itu, hati bayi belum cukup matang untuk proses penukaran biribulin kepada larut air .

Selain faktor Biribulin, terdapat penyebab lain bayi mengalami jaundis. Antaranya ialah :
  • Jangkitan kuman dalam darah
  • Jangkitan virus seperti Rubella dan Toxoplasma'
  • Masalah hati dan hempedu
  • Tidak serasi dengan darah ibu
  • Kelahiran melalui kaedah forceps atau vacum 
  • Masalah enzim darah merah


Bagaimanakah Cara Untuk Merawat Jaundis ?

Cara yang terbaik untuk merawat jaundis bagi bayi ialah melalui kaedah Terapi Lampu (phototherapy) . Kaedah ini adalah kaedah terbaik untuk mengurangkan jaundis kerana biribulin yang merbahaya akan ditukarkan kepada biribulin yang larut air. Kebiasaanya rawatan ini dilakukan di hospital dan klinik-klinik yang mempunyai mesin phototherapy. Melalui cara ini, biribulin akan berjaya dinyahkan daripada badan dan bacaan kuning akan menurun serta kembali normal. Bacaan jaundis normal bagi bayi ialah 80 umol/L ke bawah.

Selain itu, rawatan yang terbaik ialah menyusu bayi anda secara kerap. Apabila bayi menyusu secara kerap, bayi akan mudah untuk membuang air besar atau kecil. Berdasarkan pengalaman saya, dan juga jururawat yang banyak memberi panduan semasa bayi saya jaundis ialah, kekerapan membuang air besar sebanyak 5-8 kali sehari dapat menurunkan biribulin dalam darah bayi. Semakin kerap membuang, semakin menurun bacaan jaundis bayi.Untuk bebas daripada jaundis, biasanya mengambil masa selama 2 minggu atau sebulan.

Ibu amat digalakkan untuk tidak mencuba kaedah atau petua yang dikira boleh memberi ancaman kepada bayi iaitu memberikan susu kambing, memberi bayi anda air anggur hitam dan sebagainya. Hal ini demikian kerana, perut bayi tidak sesuai dan tidak dapat menerima makanan seperti ini. Apa yang terbaik untuk bayi ialah hanyalah minum susu ibu. Kerana susu ibu mengandungi zat dan mampu menyahkan biribulin dalam darah. Kolostrum dalam susu ibu mampu merawat jaundis bayi dengan hanya menyusukan bayi sekerap mungkin.

Cadangan Pengambilan Supplemen

Ibu amat digalakkan mengambil pemakanan tambahan semasa menyusukan bayi. Supplement yang sesuai ialah yang mengandungi sumber kolustrum yang tinggi seperti Energizing Soy Protein dan juga Ostematrix . Kedua-dua ini merupakan sumber tenusu dan mengandungi kolustrum.