17 April 2012

Cik Wan Kemalangan

Selasa 17 April 2012, Hadapan Shell Sungai Ramal...


Alhamdulillah, bersyukur CW ke hadrat ilahi kerana masih di berikan peluang keemasan untuk hidup di bumi ciptaanNya. Hari ini, Cik Wan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Masuk kali ini dah kali kedua. Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Entaj bagaiman CW motor yang dinaiki CW terbalik. Ini semata-mata untuk mengelak kereta belakang yang terlalu rapat dengan motor CW. Motor CW terkena bahagian belakang teksi dan CW hilang kawalan lalu terjatuh. Lantas Pemandu teksi tersebut, cepat-cepat menolong dan mengangkat motor CW. CW dihempap motor sendiri. Pada waktu itu hanya Allah yang tahu dan CW hanya menyebut Ya Allah, Ya Allah.

Selepas motor CW dialihkan ke bahu jalan, pakcik teksi tersebut menawarkan untuk menghantar CW ke klinik. CW menolak kerana beliau telah membantu CW. Lagipun beliau juga perlu meneruskan perjalanan untuk mencari rezeki. Pada awalnya, CW ingat tiada kecederaan berlaku ke atas CW. Tiba-tiba terasa pedih pada bahagian kaki. Rupa-rupanya stokin CW koyak dan terdapat luka sebesar syling 50 sen pada bahagian tumit. Lantas, CW menelefon teman serumah CW, Umi untuk meminta bantuan. Bersyukur kerana, pada saat-saat tersebut Umi dan Amy datang membantu. Umi menghantar CW ke Pusat Rawatan Az-Zahrah untuk mendapatkan rawatan.

Sampainya di pusat rawatan tersebut, CW terpaksa menerima injection kerana dikhuatiri akan sawan jika tidak di inject. CW hanya akur walaupun diri CW sangat lemah untuk menerimanya. Akhirnya CW pengsan selepas menerima injection. Memang tidak dapat dinafikan, itulah CW. Sedikit alergik pada injection. Selepas luka di cuci dan di sapu flavin, CW dibenarkan pulang dan mendapat cuti sakit selama satu hari.

Cik Wan hanya mampu menangis. Allah masih panjangkan umur CW. Kali kedua terlibat dengan kemalangan jalan raya, hanya mendapat luka-luka ringan sahaja. Syukur Ya Allah. 

10 April 2012

I'm Back !

Assalamualaikum..Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.. Semoga kamu semua sentiasa di lindungi Allah s.w.t selalu..Sekian lama, lembaran coretan alam maya Cik Wan menyepi. Baru hari ini jari jemari bernafas kembali dan menyusun rentak untuk menulis. Atas segala kesibukan dan mengejar hal-hal dunia menjadi alas an untuk Cik Wan tidak menulis. Mungkinkah berbulan-bulan?. Mungkin. Sejak bekerja sepenuh masa di sini, jarang sekali Cik Wan membenarkan diri Cik Wan melakukan urusan-urusan tidak rasmi seperti dahulu. Online Business sudah lama menyepi. Jika ada permintaan, Cik Wan mohon kakak untuk menguruskannya. Banyak perkara terjadi sepanjang kemalasan Cik Wan untuk mengemaskini Blog ini. Ingin sahaja Cik Wan ceritakan semuanya. Namun, kekangan masa, tenaga, dan sebagainya menjadi alas an yang tidak di terima dek akal. Jadi, Cik Wan telah membuat keputusan untuk menyenaraikan segala perkara yang berlaku sepanjang Cik Wan “berpuasa” dari menulis Blog. Berikut adalah “Berita pahit, manis, masam, panas, sejuk dsb” untuk tatapan kalian semua.

Berita Manis:

1. Cik Wan telah menerima anak saudara lelaki yang diberi nama Wan Muhammad Fawwaz (2.4.2012)

2. Cik Wan berjaya mendapatkan sebuah kereta Saga FLX yang CW namakan Mr. Brown 28.3.2012 dan 2 hari bercuti di kampung CW keluar dating dengan beliau dan juga Mr. H. Kami bertiga telah ke Bandar k.Trg untuk membeli barang-barang kelengkapan perkahwinan. Senyum melebar Mr. Brown.

3. 23.3.12 Malam BKSS Arabian Nite. CW dan teman-teman pada malam itu persis muslimah sejati berjubah dan bertudung ala-ala arab dengan percikan mekap hasil tangan yang tidak berseni ini.

4. Tanggal 1 Mac 2012 , En. Tunang mula bekerja di tempat baru iaitu di Kenyir Lake. Pengkalan Gawi, Kuala Berang. Semakin lama , semakin jauh perjalanan untuk ke tempat kerja. Apa pun, Tahniah buat Kesayangan saya, En. Mohd Hafizullah.

Berita Pahit:

1. 8.4.12 CW telah meninggalkan dan ditinggalkan Bas semasa sedang menunggu bas untuk pulang ke Kajang dan berlakunya adegan kejar mengejar bas pada malam tersebut

2. Laptop CW mengalami sakit kronik yang boleh di ubati dan sekarang telah bernafas seperti biasa serta semakin cun melecun

Berita Coming Soon:

1. InsyaAllah, tanggal 1 Jun 2012, CW akan melangsungkan pernikahan dengan insan tersayang iaitu Mr.H..untuk pertama kalinya. CW mohon doa dari kalian semua untuk mendoakan yang terbaik dan semoga majlis tersebut berjalan dengan lancar.

Dan banyak lagi berita-berita lain yang CW tidak sempat untuk senaraikan. Kesemua di atas adalah yang sempat CW sampaikan.