07 April 2014

Tips Perbanyakkan Susu Ibu


Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bab-bab penyusuan ibu atau kaunselor penyusuan. Saya adalah seorang ibu muda yang sentiasa ingin mencedok segala ilmu penyusuan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian saya. Apa yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan juga perkongsian daripada rakan-rakan ibu yang lain. 

Saat lahirnya bayi ke dunia, selepas di azan atau iqamatkan, perkara utama ialah memberi susu atau menyusukan bayi. Alhamdulillah pengalaman pertama penyusuan bayi saya dikira agak berjaya. Walaupun pada masa tersebut susu yang keluar hanya sedikit dan saya berusaha untuk memberikan yang terbaik buat bayi sulung saya. Saya bersalin di pusat bersalin swasta dan memberikan sedikit bonus kepada saya untuk lebih privasi. 

Selepas dibenarkan pulang ke rumah, perkara yang paling penting ialah dapatkan rehat yang secukupnya dan mengurut payudara agar susu lebih meriah dan tidak mengganggu proses penyusuan bayi. Terdapat satu perkara yang saya alami semasa dalam pantang iaitu susu tidak keluar dan tersumbat. Dan saya merasakan susu saya tidak ada. Hal ini mungkin merimaskan dan membimbangkan para ibu di luar sana dan saya rasa mereka mengalami nasib yang sama seperti mereka. Di sini saya akan kongsikan tips dan bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

Tips Perbanyakkan Susu Ibu.
  • Ransang kelenjar susu dengan beberapa kaedah yang mudah seperti melakukan urutan . Urutan boleh dilakukan bermula dengan mencari urat kelenjar susu iaitu pada bahagian belakang badan, lengan dan kawasan berhampiran payudara. Selain itu, lakukan urutan juga pada bahagian puting agar perjalanan susu menjadi lancar dan tidak tersumbat. Anda juga boleh menggunakan khidmat bidan untuk mengurut bahagian ini . 

  • Payudara tersumbat merupakan senario biasa. Jika berasa payudara penuh dan susu tidak keluar , anda jangan panik. Sebelum menyusukan , tuam air suam pada bahagian payudara dan urut perlahan-lahan pada bahagian puting dan kemudia susukan bayi sambil mengurut
  • Konsep Demand & Supply. Konsep ini amat mudah dilakukan dengan banyak melakukan ransangan seperti kerap menyusukan bayi sehingga bayi pandai menghisap. Anda juga boleh memerah susu dengan menggunakan jari atau menggunakan pam yang banyak dijual dipasaran. Dengan cara ransangan seperti ini susu akan mudah keluar. 
  • Kerapkan pam susu dan simpan susu yang dipam. Apabila payudara kosong, susu akan cepat dan banyak dihasilkan.


  • Mengamalkan pemakanan tambahan seperti vitamin perbanyakkan susu ibu. Vitamin yang saya amalkan ialah Enegizing Soy Protein 850gram RM150.00 dan juga Alfalfa Complex 330 biji RM53.75 . Kedua-dua jenis vitamin ini amat membantu penghasilan susu yang banyak dan pekat. 
  • Elakkan stress. Jika anda stess , penghasilan susu akan menurun kerana emosi terganggu juga boleh menjadi faktor susu merudum. Anda dinasihati supaya lebih ceria dan lebih positif .

No comments:

Post a Comment