24 March 2014

Kekurangan Kalsium Penyebab Tulang Rapuh (Osteoporosis)

Tulang merupakan salah satu komponen yang terpenting dalam tubuh badan. Fungsi tulang adalah untuk menyokong komponen lain tubuh badan seperti otot, jantung, dan lain-lain.Tahukah anda bahawa terdapat seorang daripada 3 rakyat Malaysia terutamanya wanita berisiko untuk mendapat osteoporosis. Ini adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia Osteoporosis menyerang wanita 3 kali ganda berbanding lekaki . Sebanyak 50 peratus daripada kejadian patah tulang selepas umur 50 tahun disebabkan osteoporosis. Osteoporosis ialah salah satu keadaan yang mana tulang manusia menjadi rapuh, mudah patah dan tidak berfungsi dengan baik.



Tulang yang kuat dapat membolehkan dan membantu anda menjalani kehidupan seharian dengan teratur dan tanpa gangguan. Dewasa ini kita sering mendengar kes-kes tentang tulang rapuh dan mudah patah. Faktor utama kerapuhan tulang ialah kekurangan kalsium. Jika kesihatan tulang anda kurang baik, maka segala aktiviti harian anda akan terbantut. Selain itu, menjelang umur 40-an ke atas, kita akan berasa mudah letih, kejang dan sakit-sakit badan. Wanita hamil dan kanak-kanak amat digalakkan untuk mengambil kalsium secukupnya kerana amat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan dan juga tumbesaran kanak-kanak. Kekurangan kalsium menyebabkan tumbesaran terbantut.




Oleh itu, semasa muda atau sebelum mencecah usia emas, kita disarankan menjaga tulang dengan mengamalkan pemakanan yang membantu menguatkan tulang seperti susu, yogurt, keju , sumber kacang soya, badam dan sayuran. Selain itu anda juga boleh mencegah kerapuhan tulang dengan mengambil kalsium yang mudah seperti vitamin untuk tulang yang mengandungi, Kalsium, magnesium, zinc, copper , manganese, fosforus, Vitamin D dan boron. 

                              

Salah satu vitamin tulang pilihan saya ialah Ostematrix (120 caplets) RM61.00 keluaran Shaklee. Sangat bagus untuk kerapuhan tulang dan membantu menguatkan dan memulihkan masalah kerapuhan tulang. Selain itu, ostematrix juga bertindak sebagai penenang kerana mampu memberikan kelegaan kepada setiap kesakitan seperti sakit kepala, lenguh-lenguh badan dan juga demam. 

Kelebihan Ostematrix:
  • Meringankan stress 
  • Memulihkan masalah gastrik dan masalah pada perut 
  • Memperbaiki masalah semasa haid - mengurangkan kesakitan seperti segugut. 
  • Menguatkan tulang 
  • Mengalkali tubuh 
  • Mengurangkan masalah kekejangan dan kebas-kebas 


                                

Manakala setiap fungsi bahan yang terkandung dalam Ostematrix ialah :
  • Vitamin D - Meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus utk meninggikan ketepatan tulang, & menguatkan kerangka 
  • Magnesium - Menggalakkan pembentukan tulang dan rawan. mengaktifkan enzim tubuh badan untuk menghasilkan tenaga , pengecutan saraf dan otot serta menstabilkan denyutan tidak sekata 
  • Zinc, Boron, Manganes dan Kuprum - Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot serta menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang , rawan dan menghalang artritis. 



Fakta yang perlu anda tahu :

1 biji ostematrix shaklee bersamaan segelas susu berkalsium tinggi dan juga 80 biji badam.

Hargailah dan sayangi tulang anda. Amalkan pemakanan yang baik untuk tulang anda. Jika anda malas atau tidak gemarkan susu yang merupakan sumber utama kalsium , anda boleh mengambil alternatif lain seperti tablet kalsium sebagai pemudah cara. Tulang yang sihat akan menjadikan hidup anda lebih bermakna.

17 March 2014

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT (KTM)

Dua minggu yang lepas, anak saya Muhammad Yusuff demam. Badannya sekejap panas, sekejap normal. Saya bawa berjumpa dengan doktor di sebuah klinik berhampiran. Menurut doktor, suhu badan Yusuff biasa sahaja , dan tidak menunjukkan tanda demam. Doktor hanya bekalkan ubat demam dan selsema sahaja kerana sebelum ini, Yusuff hanya selsema dan baru sahaja sembuh daripada lelah. Pada hemat saya, mungkin demamYusuff hanyalah disebabkan tongsil.  Sebelum ini juga, Yusuff pernah mengalami tongsil.Saya sedikit lega apabila doktor sendiri telah mengesahkannya.

Namun begitu, keesokan harinya, Yusuff tidak mahu menyusu dan tidak mahu makan. Saya mulai risau dan sekali lagi saya membawa Yusuff ke klinik yang lain pula. Doktor mengesahkan bahawa Yusuff mengalami penyakit Kaki Tangan dan Mulut. Menurut doktor, penyakit ini adalah jangkitan virus, bukannya penyakit berjangkit. Saya begitu terkejut kerana tidak menyangka penyakit tersebut akan terjadi kepada anak saya. Bila doktor ingin memeriksa bahagian dalam mulut, Yusuff hanya menangis. Patutlah dia tidak mahu menyusu, kerana ada luka-luka seperti ulser di dalamnya. Doktor hanya bekalkan Vitamin C untuk pemulihan ulser dan menasihatkan supaya kerap memberi Yusuff air kosong. 

Selama tiga hari Yusuff tidak mahu menyusu, dan saya terpaksa mencari alternatif lain dengan hanya menyusukannya dengan mengguna picagari dan juga sudu. Memandangkan saya menyusu badan sepenuhnya, saya terpaksa pam dahulu susu. Dalam masa yang sama juga, saya berubat dengan perubatan Islam iaitu berjumpa dengan ustaz . Menurut ustaz tersebut, penyakit kaki, tangan dan mulut ini biasa menyerang kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah dan akan bermula pada bulan 3 dan tamat pada bulan 6. Alhamdulillah, setelah ustaz membacakan ayat-ayat suci Al-Quran dan membekalkan air penawar, Yusuff mahu menyusu semula. 

Di sini saya ingin kongsikan sedikit maklumat tentang Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut untuk tatapan para ibu semua. Semoga ianya bermanfaat untuk masa akan datang.

                                                

Apa itu Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut?

Merupakan sejenis penyakit jangkitan Virus iaitu Virus Coxsackie dan beberapa jenis virus lain. Jika tidak dirawat atau memandang remeh tentang penyakit ini, ianya boleh membawa kepada kematian. Merupakan penyakit berjangkit sederhana dan merebak melalui sentuhan secara langsung. 

Beberapa tanda anak anda mengalami Penyakit Kaki Tangan & Mulut :
1. Demam 
2. Hilang selera makan -anak anda tidak mahu menyusu dan makan
3. Menangis dan menunjukkan reaksi tidak sedap badan
4. Ulser pada tekak dan mulut serta gusi
5. Ruam pada kaki dan tangan 

Cara merawatnya hanya berjumpa dengan doktor dan dapatkan nasihat doktor. Jangan memandai-mandai .
Jika tidak mendapatkan rawatan yang sepatutnya boleh menyebabkan sawan dan kematian.

Langkah Pencegahan :

  • Elakkan membawa anak anda ke tempat awam, seperti pasar malam, pasaraya dan lain-lain
  • Jangan berkongsi barang-barang kepunyaan anak anda dengan orang lain seperti tuala, sabun mandi, dan lain-lain
  • Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin
  • Pastikan peralatan yang digunakan untuk anak anda dibasuh dengan bersih sebelum menggunakannya.

Alhamdulillah, saya dapat menarik nafas lega apabila Yusuff semakin sihat dan bebas daripada penyakit KTM. Makan semakin berselera dan semakin aktif. Selain itu, saya memberikan Yusuff Vitamin keluaran Shaklee iaitu Nutriferon, dan saya makan vitamin c dan menyusu Yusuff dengan kerap.

16 March 2014

Rahsia Kulit Cantik dan Cerah

Sering juga saya mendengar keluhan rakan-rakan tentang tona kulit tidak sekata, kusam, gelap, berjerawat dan jeragat. Bermacam jenis losyen dan krim pemutih digunakan untuk memperolehi kulit putih melepak bak bidadari.  Namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Ada juga yang memberi kesan negatif kepada kulit seperti kulit menjadi kemerah-merahan, keluar jerawat dan jeragat yang tidak diingini. Lambakan pelbagai jenis produk untuk memutihkan kulit kini semakin hangat diperkatakan . 

Kita harus berhati-hati dalam pemilihan sebarang produk kecantikan kerana sekarang telah timbul pelbagai masalah dan isu tentang kosmetik yang mengandungi bahan kimia merbahaya seperti merkuri.Contohnya penggunaan selama 3 hari mampu cerahkan kulit wajah dan ini menjadi rebutan buat gadis dan wanita yang obses untuk cantik dan putih berseri. Awas, produk yang cepat kesannya mungkin mengandungi bahan kimia berbahaya. Anda haruslah memilih produk kecantikan yang sesuai dengan masalah wajah anda. Jangan anda jadi mangsa untuk obses cantik ya.

Beberapa tips yang ingin saya kongsikan untuk membeli produk kecantikan yang dijual di pasaran sekarang.

1. Periksa Kelulusan KKM 
2. Pilih produk yang berasaskan bahan semulajadi 
3. Semak bahan-bahan atau kandungan produk
4. Pilih Kosmetik yang sesuai dengan usia dan masalah yang dialami

Pilihan saya cuma satu, hanya makan pemakanan tambahan iaitu vitamin untuk kulit mampu mengatasi masalah ini. Sekadar perkongsian, saya sekarang lebih gemar mengamalkan vitamin c, vitamin e, susu untuk kulit, kolagen berasaskan sisik ikan dan vitamin B complex. Produk pilihan saya ialah rangkaian kesihatan Shaklee.


  
Sustained Release Vitamin C 900mg
Sustained Release Vitamin C 900mg 
Bagi saya sangat bagus jika diamalkan seharian kerana, kandungan vitamin c yang mencukupi untuk tubuh badan kita. Bukan sekadar untuk kecantikan kulit malahan untuk kecantikan dalaman serta sistem imun. Vitamin c juga mampu memulih luka dengan cepat dan bertindak sebagai peransang kolagen. Sebiji Vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 1/2 biji oren. Manfaat kecantikan vitamin c untuk memudarkan jeragat, mencerahkan kulit wajah, mengecutkan jerawat serta menegangkan kulit wajah.



Vitamin E Complex 400IU
Bertindak melembapkan kulit wajah , mengurangkan parut jerawat, dan anti oksidan. Manfaat lain adalah untuk otot dan melindungi jantung. 

                              
Collagen Powder 4000mg

Collagen Powder
Diperbuat daripada sisik ikan merah . Kolagen Shaklee adalah kolagen terbaik dan mengandungi 4000mg kolagen. Kelebihan kolagen shaklee ialah melembapkan kulit wajah, melicinkan kulit wajah, dan mengatasi masalah jerawat dan jeragat, Selain bermanfaat untuk kecantikan, kolagen shaklee juga boleh merawat masalah sendi, masalah keguguran rambut, menganjalkan payudara dan juga meningkatkan hubungan intim.

                        

Energizing Soy Protein 
Merupakan susu berasaskan soya dan baik untuk merawat masalah keseluruhan kulit. Diperbuat daripada soya asli non-gmo dan mengandungi pelbagai jenis vitamin termasuklah, kalsium, b complex, dan lain-lain. Pengunaan yang berterusan dapat melembapkan kulit wajah, mecerahkan kulit, memudarkan parut dan merawat masalah jerawat.

13 March 2014

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)



Apa itu ESP? 

ESP(Energizing Soy Protein) adalah makanan tambahan iaitu protein soya yang merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang. Tubuh kita terdiri daripada protein, iaitu tulang, kulit, rambut, otot-otot,organ-organ, plasma. Selain itu, antibodi, enzim, hormon terbentuk daripada protein. Homoglobin yang mengangkut oksigen ke sel-sel yang mana sel-sel dalam jumlahnya lebih kuran 60 trilion untuk membentuk tubuh manusia. Semuanya bergantung kepada protein. 
 
Tujuan utama protein ini adalah untuk :
1) Membina sel-sel baru
2) Menggantikan tisu-tisu tua
3) Menggantikan tisu-tisu rosak


 
Oleh sebab itu, kita memerlukan protein dalam kehidupan kita seharian. Namun begitu, kita juga boleh dapat protein ini daripada 2 kumpulan protein. Yang pertama, kita boleh dapat protein ini daripada makanan yang berasal daripada haiwan seperti daging, ikan, susu, telur. Yang mana dalam kehidupan seharian kita telah ambil tanpa kita sedari. Protein ini lengkap tetapi kandungan proteinnya terhad kerana terdapat kandungan lemak & kolestrol didalamnya. Dalam tumbuh-tumbuhan juga kita boleh dapat protein seperti kekacang dan biji-bijian yang mana dianggap protein yang tidak lengkap.

 
Apa akibatnya kalau dalam dalam badan kita kekurangan protein? Antara penyakitnya ialah anemia, buah pinggang, tekanan darah rendah, kolestrol tinggi dan banyak lagi. Memang benar protien boleh di apati dari ayam, daging, telur dan sumber kekacang namun sangat sukar kita nak pastikan kita boleh mendapat 9 essential asid amino yang sangat penting tetapi tidak boleh dibuat oleh badan. Selain itu pengambilan sumber protien yang berlebihan dari makanan harian turut mendedahkan kita dengan risiko lemak/ kolestrol.

 
Kenapa ESP penting?

 
ESP penting kerana terdapat 9 amino asid penting yang tidak dapat dibuat oleh badan. ESP juga merupakan bahan soya yang terbaik berbanding protein yang diperoleh daripada daging. Selain itu, esp juga bebas kolestrol dan mengandungi lemak yang sangat minimum. Perkara yang perlu dititikberatkan dalam pengambilan ESP adalah ESP ini mempunyai kadar penghadaman yang tinggi dan dapat menyerap terus ke dalam darah. Dan juga ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. ESP juga dapat membantu meyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Rawatan Ekzema Untuk Kanak-kanak

Apa itu Ekzema? 
Ekzema merupakan satu keadaan yang mana, kulit menjadi kering dan juga gatal-gatal. Sesetengah orang, menklasifikasikannya sebagai penyakit kulit. Ada ekzema yang teruk dan yang biasa. Yang teruk kadangkala sukar untuk mencari penawarnya. Kebiasaannya , kulit akan jadi gatal, merah, bernanah dan kering.

Rawatan Untuk Ekzema

Rawatan yang sesuai untuk ekzema ialah dengan mencuba krim yang banyak dijual difarmasi . Selain itu, mandian juga ada dijual untuk merawat ekzema. Bagi saya, anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kebiasaanya, untuk masalah ekzema, doktor akan bekalkan anak anda dengan krim , mandian dan antibiotik untuk memberi kesembuhan yang segera untuk anak anda. 

Salah satu krim untuk ekzema yang boleh didapati di Farmasi dan Klinik
Selain itu, anda juga boleh mencuba pemakanan tambahan untuk anak anda. Banyak produk kesihatan yang berada di pasaran yang boleh merawat pelbagai masalah penyakit , seperti produk makanan sunnah, dan lain-lain. Anda juga boleh mencuba produk kesihatan Shaklee yang mempunyai banyak vitamin untuk anak anda. 

Cerita Tentang Ekzema
Sebulan yang lepas, saya menerima wassap dari seorang teman lama. Beliau mengadu  bahawa anak keduanya menghidap ekzema yang serius dan mendapatkan rawatan dengan doktor yang pakar dalam masalah ini.  Doktor membekalkannya krim, mandian dan juga antibiotik . Namun, tiada perubahan yang berlaku dan ekzema anaknya tetap sama.

 

Beliau meminta nasihat dan pandangan saya tentang masalah yang dialami anaknya.  Lantas saya sarankan beliau mencuba produk shaklee. Antara yang saya sarankan ialah BasicH , Omega Guard, Melashakes dan Chewable Vitamin C. Kebetulan , stok kesemua vitamin tersebut kehabisan. Saya menawarkan BasicH dan Herbal Blend kepunyaan Yusuff untuk beliau cuba dahulu dan untuk merawat bahagian luaran sahaja.



Seminggu kemudian, beliau wassap saya dan menyatakan bahawa, ekzema anaknya sudah semakin pulih. Beliau juga melampirkan gambar sebagai bukti. Alhamdulillah. Syukur. Berbeza dengan gambar yang sebelumnya, dipenuhi nanah dan kini, kering tanpa nanah. Cuma parut kebiruan sahaja yanh ada. Beiau amat berpuas hati dengan Shaklee dan telah membeli BasicH dan Omega Guard untuk kegunaan seterusnya.



Untuk merawat Ekzema bagi kanak-kanak, anda boleh mencuba Set Ekzema untuk kanak-kanak iaitu, Mealshakes, Chewable Vitamin C 100mg, dan Omega Guard untuk rawatan dalaman. Untuk rawatan luaran pula, anda boleh mencuba Basic H dan Herbal Blend.

Mealshakes 544 gram- Mengandungi Asid Amino dan nutrisinya mudah diserap oleh badan. Kaya dengan protin untuk membina tsel-sel yang  baru dan menggantikan tisu-tisu yang rosak.

Chewable Vitamin C 100mg -Mempercepatkan pemulihan luka dan memudarkan parut

Omega Guard - Merawat kegatalan kulit dan masalah radang kulit. Selain untuk kulit, Omega Guard merupakan minyak ikan terbaik dunia mampu membantu tumbesaran dan perkembagan memori kanak-kanak.

Basic H - dijadikan sebagai mandian untuk mencuci kawasan ekzema kerana bebas toksik, PH yang seimbang dan selamat untuk kulit. Sebagai anti septik untuk ekzema. 

Herbal Blend - diperbuat daripada herba semulajadi dan boleh merawat masalah kegatalan kulit



Segala penyakit datang daripadaNya, kita sebagai hambaNya , mampu berikhtiar. InshaAllah.