18 May 2011

Rezeki Ilahi

Hidup kita, tak seindah mimpi kan? Betul.Setuju. Semua orang mengimpikan hidup bagai seorang Hartawan, harta menggunung tinggi, melimpah ruah, berkereta mewah. Semua datangnya dari usaha kita. Rezeki datangnya dari Pencipta kita, Allah s.w.t. Kita, sebagai manusia, sebagai makhluk ciptaanya, perlu berusaha untuk mencapai apa yang dihajati. Untuk merealisasikan impian bukan mudah. Hanya dengan memetik jari, impian akan terlaksana. Begitu?. Tidak sama sekali. Impian, satu perkataan yang sangat mudah untuk disebut, tapi untuk melaksanakannya? . Hanya kita sahaja yang tahu dan juga Allah Maha Esa.

Beberapa detik yang lalu, saya sering mendengar luahan teman-teman yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Universiti. Antara dialog yang sering dituturkan , “ Susahnya nak cari kerja sekarang. Semunya nak guna Kabel. Buat ape belajar tinggi-tinggi, Menyesal tak sudah”. Mengeluh dengan nasib sendiri. Simpati dengan perihal teman-teman. Bukan keluhan, malah tangisan juga mengiringi.

Buat teman-teman sekalian, rezeki kita bukan datang dari manusia. Semuanya datang dari Allah s.w.t. Kabel, salah satu jalan untuk memudahkan kita mendapat sesuatu pekerjaan, khasnya dalam sektor kerajaan. Al-maklumlah, sebut sahaja kerajaan, terbayang sudah masa depan kita kan?. Boleh memohon untuk pinjaman, dan banyak kemudahan lain termasuklah elaun, bonus dan sebagainya. Ya teman-teman. Sangat beruntung bukan bagi sesiapa yang berjaya menduduki tempat di sektor kerajaan. Bagi teman-teman yang gagal, anda sebenarnya bukan gagal, tapi mungkin bukan rezeki.

Seorang teman saya pernah mengadu akan masalah yang dihadapinya. Pekerjaan. Memang susah untuk beliau menghadapinya. Sebagai anak lelaki dalam keluarga, beliau merasakan satu tekanan yang sangat berat buat dirinya. Kadang-kadang, malu terhadap adik-beradik yang lain. Kadangkala, keadaan dirinya menjadi bualan orang-orang kampung. Tertekan bukan?.

Saranan saya, bersabarlah wahai teman-teman sekalian. Rezeki untuk kita tetap ada, Cuma lambat atau cepat, semuanya urusan Allah s.w.t. Setinggi mana usaha kita pun, jika tiada rezeki, bersabar dan terus bersabar. Allah itu Maha Penyayang. Maha Adil dan Maha Pemurah. InsyaAllah, ini adalah ujian kecil sahaja buat kita. Apa yang penting, selepas berusaha, perlulah kita berdoa agar rezeki berpihak untuk kita.

Walaupun sibuk dengan urusan dunia, jangan sesekali urusan kita dengan Allah s.w.t. Doa adalah segala-galanya. PadaNya tempat kita mengadu. Dan juga solat sunat. Itu yang penting. Contohnya, solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Mohonlah segalanya dengan DIA. InsyaAllah.



Darwiena Muhammad