10 March 2009

Kem Motivasi Felda Bukit Sagu Bersama Siswa Siswi UM


Bergambar kenangan bersama peserta kem





Pada 7-8 Mac 2009, aku join satu kem, iaitu kem motivasi utk bdk2 spm Felda Bukit Sagu kt Kuantan.Best jgk la. aku jadi Faci untuk kem nie.mencabar jgk jd faci utk bdk2 felda ni. ye la kn bdk felda..boleh tahan..nampak cm samseng ckit..bagi la sepuluh kali motivasi ttp cmtu jgk...tp bdk2 felda yang dtg ni..alhamdulillah ada jgk yang mendengar ckp..bagus sgt..untuk bdk2 laki felda..aku ucapkan tahniah la coz dpt dtg join progrm nie..coz..jarang2 ade bdk laki yg berminat join kem nie..tanpa disuruh dsb..Kump aku namenye burung..antara ahlinya..An..Lihin..Su..Sha..Aini..Nabula..Umairah..budak2 nie dgr gak la ckp aku.hehehe..ape pon korang mmg sporting la..berani..hehehe..kak wan syg korang..
Sbnrnye..1st time aku masuk felda..hehehe..aku dpt family agkt...walaupun tu family agkt kak mayah n kak safiyah..aku anak angkt yg ke3..hehehe..dlm family tu ade Ma..Abah (Che Wan)..Tikah..Uya..Wani..Zirah..and yang paling omel tu..Alya..hehehe..omel cgt2..tp sedih lak..mase hari pertama aku kt sana..mase mlm persembahan..Zirah eksiden..betul2 depan dewan kami wt progrm...cian Zirah..yang paling kesian Ma..Ma meraung2 mase Zirah eksiden..sape x sygkan anak..hmm..nasib baik Zirah x ade pape..Alhamdulillah..Zirah selamat..tp terima 10 jahitan kt kepala..malam tu ade persembahan.engt nk kansel..tp kena teruskan jgk..cian bdk2 tu..dh prepare.x jd lak..so teruskan jgk..mlm tu jgk aku jd MC utk persembahan..olo..olo..hehe..mula2 Zuhail tnye leh x teruskan jd MC coz..muka aku nampak letih je..ape x nye..aku lari pecut mase eksiden tu..huhu..so..aku teruskan jgk jd MC..duet ng Zuhail..Buat je la..lantak pe jd..
Ma baik..pg2 Ma bgn sediakn sarapan utk kami. aku je muka x malu..hehe..
malam last kt sana aku n geng2 main badminton..best jgk..sampai skrg tangan aku masih sakit..
mula-mula aku lawan ngn cik malik..pastu ngn kak safiah....pastu ngn anak2 cik malik lak..best..mlm tu cik pah bwkkn kek..best sgt makn kek..
last day kt umah Ma..sedih sgt.kami dh nk balik..Ma n Abah..n Alya..anta kami ke stesen bus..Seronok sgt..kami dpt hadiah dr family Ma..dpt kain psg.hehehe..sdgkn aku x dpt nk bagi pape lg kt family Ma..insyaAllah nanti ade mase aku akan lawat deorang n adik2 kt bukit sagu tu..Rindu korang semua..

09 March 2009

Kehilangan Seorang Sahabat..


Inilah kenangan yang tinggal buat aku

kenangan Bersama Arwah Zafirah...

9 Mac 2009 jam 10.30 pagi...
waktu itu..aku dalam perjalanan dr Kuantan ke KL..
tiba-tiba..aku menerima sms drpd seorang kwn..
dlm msg tu menyatakan bahawa..seorang sahabatku telah menghembuskan nafas terakhir pd 8 Mac 2009 jam 10.30 mlm..
Innalillah..aku sungguh x percaya..yang arwah telah pergi meninggalkan kami semua..
lagipun arwah merupkan ex roomate aku dulu..dah setahun lebih kami kenal..Dia pergi dulu..
aku terkilan..tergamam..sedih..aku x dpt terima kenyataan ini..
Arwah merupakan insan yang baik semasa hidupnya..
Arwah seorang yang rajin..dan pentingkan pelajaran..
namun..dia tidak sempat untuk menggenggam segulung ijazah..
seperkara lagi buat aku sedih..bulan lepas..ayah arwah meninggal..dan bulan ini..arwah pula mengikutinya..satu tamparan yang hebat buat keluarga arwah..mereka kehilangan dua orang tersayang dalam satu tahun..
huba hati ini..hanya Tuhan yang tahu..
ku pujuk hatiku bahawa Allah lebih sayangkan arwah..

Al-Fatihah buat Allahyarham Zafirah Mat Hussin @ Fifi..Amin..

06 March 2009

X-TrimT' 09 PERMATA UM







Pada 27 Feb hingga 1 Mac 2009, PERMATA UM telah mengadakan Ekspedisi Rimba Ilmu Mahasiswa Terengganu (X-TRIMT), yang bertempat di Kem Sri Raudah, Gombak Selangor Darul Ehsan. seramai 57 orang pelajar telah menyertai xpdc ini. pelbagai xtvt telah dilakukan dengan jayanya. namun begitu, terdapat beberapa xtvt yang terpaksa di batalkan atas sebab-sebab tertentu. Ikuti Diari sepanjang X-TRIMT 09 :

27 Feb 09 :

pada jam 9.30 pagi kami, ajk yang terlibat bertolak ke kem sri raudah untuk membuat persediaan awal. Terdapat lebih kurang 7 orang ajk iaitu saya sendiri, liza, nora, rusydi, sani, yusof & kak ja. Sesampainya kami di KSR, sungguh tertarik hati melihat persekitaran kem tersebut.

Pada jam 9.00 mlm, peserta & ajk yg lain sampai. para peserta diberikan masa selama 1 jam untuk rehat dan menikmati makan malam.

10.30- aktiviti pada malam tersebut ialah Night Walking. selepas mendengar taklimat drpd jurulatih kami, iaitu Abg Sam, kami memulakan pengembaraan. Terasa penat juga kerana kami mendaki bukit yang terlalu tinggi lebih kurang 90 darjah. peserta-peserta kepenatan dan ada juga yang mengeluh kerana baru je sampai, tapi dah mulakan xtvt. tetapi, bagi saya itu adalah satu cabaran. kami berehat di puncak bukit. kemudian, kami meneruskan pengembaraan dengan menuruni bukit yang agak curam. nasib saya pada malam itu agak malam. jam tangan yang saya pakai terputus talinya dan beg yang saya sandang juga rosak. Agak panik juga saya. dan saya juga hampir-hampir terjatuh. nasib saya agak baik kerana Allah masih sayangkan saya. saya sempat berpaut pada pokok untuk mengelakkan jatuh. selepas menuruni bukit yang agak curam, kami berehat di sebuah kawasan lapang sambil menikmati keindahan malam serta berzikir memuji Allah. Yusof mengetuai bacaan Zikir tersebut.
selepas itu, kami memulakan perjalanan untuk pulang ke kem. Alhamdulillah pengembaraan sepanjang malam selamat. tetapi yang melucukan ialah peserta wanita. Mereka digigit pacat. itulah satu kenangan manis buat mereka.

12.30 tgh mlm-minum malam dan tido.



28 Feb 09

8.00 pg- kami melakukan sedikit senaman ringkas yang diketuai oleh Ehsan. seterusnya, sewaktu menanti ketibaan abg Zafar iaitu jurulatih untuk Jungle Trekking dan Repelling, Abg sam dan Abg Hafiz mengajar kami beberapa jenis permainan dan senaman. antaranya ialah tepuk kasih sayang, senman gorilla dan sebagainya.

8.30 pg-kami memulakan perjalanan untuk xtvt Jungle Trekking dan Repelling.