12 June 2009

::Cerita Semalam::

Minggu lepas...
Minggu lepas, Wann di tugaskan untuk keluar menyiasat. Siasatan pertama, dan pergi sorang2 sambil di temani driver PUZDAM, Abg Yus. Sebelum tu, Wann & Geng Boss, pegi Soru(makan) dulu. Isi perot. After that baru la pegi siasat. Mula-mula Wann pegi umah Mak Cik Romah. Malangnya, mak cik tu tak de kat umah. Dia kerja. Cuma mak dia yang ada. So, Wann temuramah mak dia dulu. Lepas settle semunya kat situ, Wan ke Kg. Gong Rusila lak. Wann pegi siasat umah, Mak Cik Munah, umah Pak Rosidi, umah Che' De Sidah and umah Mak Cik Yah. Hari tu, 5 buah umah je yang dapat Wann g siasat. After that, Wann tak larat dah. hehe. Wann terus balik Ofis semula. Penat jugak buat siasatan nie. Bak kata Upin & IPin "penat,penat,penat"...hehehe..

Semalam...
Semalam yang sudah, Wann tak de mood keje.Ntah la.Mood hilang entah ke mana. Time lunch, Wann & Eny pegi kenduri umah Syazni. Kak Rah kahwen. Naseb baik hari Khamis balik awal. Yehoo!!..Memang tak dak mood sangat2. Macam2 la Wann nie, Wann x ckp byk. Layan TV jek. Lagipon keje xdak sangat. Boss pn cm moody gak. Entah. Kadang2 rasa cam Wann bersalah. Wann tengok cite UPIK ABU & LAURA..Layan je la cite to. Tak tau nk buat pew. Wann..Wann..Ape la nak jadi.

Malam Tadi...
Malam tadi..Aqilah & Udin datang umah. Wann ajak deorang pegi umah Umi. Nak tengok Umaira'. Udin siap bawak hadiah lagi. Ewah2. Malam tadi..Umaira' dah celik mata. Very cute maa..hehe..Anak mata kaler coklat. Mirip family belah Wann. Comel sangat2. Wann riba dia. Rase cam x puas dukung dia...kiss dye..hehe,.MMuahhhkxx..

08 June 2009

::Selamat Datang Aisyah Umaira'::

Semalam, tanggal 7 Jun 2009, jam 9.15 pagi, Familyku menerima seorang lagi ahli baru iaitu Baby Girl yang Umi & Abie namakan Aisyah Umaira'. Wann turut berkongsi kegembiraan ini. Selama 5 tahun kakak menunggu cahaya mata perempuan. Allah Maha Pengasih, lantas selepas keguuran, akak disahkan mengandung lagi. Alhamdulillah..rezeki Allah Maha Luas. Bukan Umi dan Abie sahaja yang gembira, malah Ahmad & ALong turut sama gembira. Terutamanya Ahmad yang benar-benar inginkan adik perempuan. Aisyah merupakan anak buah perempuan kedua selepas Aqilah. Tahniah My Sis. Tercapai jugak hasrat kO yek. As ur Sis, I tumpang happy.Semoga Kak & Abg didik Aisyah dengan limpahan kasih sayang & jadi anak yang solehah.


Aisyah Umaira' : Permata Hati Abie & Ummi


Comelnya : Cam Abang Long masa kecik


Auntie Yang Penyanyang..Ewah2.."Perasan lak Auntie
Aisyah nie" Kata Aisyah dalam hatisa.

06 June 2009

KEM JATI DIRI MUSLIM DAN MOTIVASI (JIM ’09)

Kem Jati Diri Muslim dan Motivasi JIM 09 telah berlangsung dengan jayanya tanggal 31 Mei hingga 2 Jun 2009. Kem ini bertempat di SMKA Nurul Intifaq dan di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Program ini melibatkan 50 orang pelajar STPM SMKANI. Program ini dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKANI, Puan Hajah Wan Sabariah Wan Bakar. Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya selepas 3 bulan membuat persediaan. Walaupun perit, tetapi dengan berkat kerjasama sesama ahli PERMATA, program ini berjaya menggapai misinya. Program ini merupakan aktiviti sulung bagi barisan pimpinan PERMATA sesi 2009/2010.



Kenangan Bersama Warga SMKANI



Berbagai-bagai rintangan yang dilalui semasa membuat persediaan untuk program ini. Antaranya, ahli-ahli terpaksa mengorbankan sedikit masa yang sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran ekoran pada waktu tersebut merupakan musim peperiksaan. Selain itu, terdapat juga beberapa orang fasilitator telah menarik diri di saat-saat akhir. Namun begitu, semangat team JIM ’09 tidak pernah pudar. Mereka sanggup mencari rakan lain untuk menjadi fasilitator ganti.Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih buat barisan ajk dan fasilitator JIM ’09 atas pengorbanan anda semua.

05 June 2009

Balik Kampung

Jumaat yang lepas, wan ikut mak ayah balik kampung nenek. Rindu rasanya. Hari tu, nenek adakan Majlis Bacaan Yaasin. Apa lagi, Wan ikut sama la. Tak mau ketinggalan perkara yang baik camto. Perjalanan ke rumah nenek mengambil masa selama setengah jam sahaja. Wan sorang je yang ikut mak ayah. Adik-adik lain malas. Ish.ish..sebelum ke rumah nenek, Wan pi kenduri dulu kat umah anak sepupu.Alohai..da kawen anak sepupu Wan tu. Nak buat camne da jodoh dia. Tahniah la buat Si Leha tu. After kenduri, bertolak ke rumah nenek. Fuh, dalam kete aku asyik menjamu mata dengan permandangan sawah padi dan ladang kelapa sawit tanpa menghiraukan ape yang mak ayah bualkan. Hehe..malas nak dengar. Entah siapa yang hadir majlis tu agaknya. Maybe cousin yang lain (yang besau2 cm Wan nie )xde kot. Ape taknye, minah UPM tu (dh ex stdnt UPM daa..) xde kt umah. Keje kt Rawang. Si Sanah lak on da way balik Trg. Sampainye kt umah nenek, semua orang da berkumpul untuk bacaan Yaasin. Apa laie, Wan pon bergegas la. Ambik surah Yaasin, then duk skali ngan mak cik kt citu. Pas to, acara makan2. Wan & Cousin nan seorang tu, Si Fizah tolong nenek kt dapoq, sediakan makanan & minuman. Sikit je jumlah mak cik yang dating. Orang kawasan kampung tu jek. Anak-anak nenek lak, x ramai yang pulang. Cuma mak, pak su, pak uda & anak2 mereka. Anak-anak Pak Su dan Pak Uda still kecik lg.hehe.Cousin Wan belah mak sememangnya kecik2. Cuma family mak, Pak Ngah,& Pak Cik je yang besau2. Tapi, cucu yang da kawen, Family Wan la. Rindu lak kt Arwah Atuk. Dulu lepas seminggu atuk meninggal, Wan dengar orang mengaji kat bilik atuk. Sedangkan pada masa tu, tiada seorang pun tinggal di bilik tu. Entah…Perasaan Wan je kot. Bila Wan cite kat mak, mak x caye. Xpe la. Wan seorang je yang caye. Wan kerap mimpikan atuk & nenek yang telah meninggal dunia. Coz, Wan memang rapat ngan deorang. Terutamanya atuk belah ayah. Lepas majlis, lepas kemas2,



Rambutan yang bakal masak..x sbr menunggu..



Tgk tu..mane je org nk tgkp gmbr..dye pon de gak..



Yang Baju putih tu selalu je nyebokk...




Ni la Cousin2 Wann..Kecik2 lg..




Wan & Si Fizah turun ke bawah. Tengok2 suasana halaman umah nenek, sambil merakamkan kenangan(bergambar) bersama cousin yang len. Cousin cilik. Hehehe. Macam2 kerenah deorang nie. Budak-budak…Rambutan dah mula berbuah. Salak pon gtu jgk. Seronoknye. Tak lama lagi musim buah. Entah senpat ke idak Wan makan buah kt kampung. Bulan 7 dh pi kampus. Adoiya……….

18 May 2009

::Lata Payung::

Kenangan PERMATA di Lata Payung~~









17 May 2009

Pengalamanku..

Masuk hari ini, dah 2 minggu aku menjalani latihan industri di Pusat Urusan Zakat Marang (PUZDAM). Seronok juga merasai pengalaman kerja ni. Aku berasa beruah kerana dapat menjalani LI disini. Staf2nya yang baik2 blake..cun2..hensem..hehehe..dan lastly..bosku yang still single..hahaha..jgn mrah ye bos..hehehe..walaupun ofisku kecik..tapi..seronok..di PUZDAM aku ditempatkan di bhgn siasatan.Tugasku menyiasat pemohon2 zakat yang telah memohon bantuan di daerah marang..hari kedua aku di PUZDAM, bos telah memberikan arahan untuk keluar melakukan siasatan. Aku, bos n abg muin, keluar menyiasat pada hari tersebut. seronok . Rumh pertama yang aku siasat ialah umah seorang nenek tua. dia masih lagi sihat, tetapi umurnya dah mencecah 85 thn..fuhh..masih sihat. Keadaan rumahnya nampak begitu x terurus. kesian nenek ini. Dia tinggal bersama anak lelakinya yang sudah uzur. Ku lihat wajah nenek itu..air matanya mengalir. sayu hatiku..daripada ceritanya...anaknya tinggal jauh. jarang2 menjenguk. kalo dtg menjenguk, hanya RM10 diberikan untuk nenek tersebut..untuk belanja satu bulan. alahai..kecian nenek..sedih mendengar cerita nenek tersebut. sewaktu aku mau berangkat pulang..aku bersalaman dgn nenek tersebut.lantas dia memelukku..mencium pipiku..aku tergamam..hatiku berkata " Mungkin nenek ini terlalu rindukan cucu-cucunya yang jauh dimata"...Ya Allah, Lindungilah nenek itu..buat teman2..berbut baiklah kepada ibu ayah kita..Sepanjang aku di PUZDAM, macam2 kerenah manusia aku kenali.Ada juga yang tidak jujur memohon bantuan zakat. Ada yang kerapkali datang mintak duit bantuan.sedangkan dh dapat bantuan kebajikan masyarakat. Manusia oh Manusia...

11 May 2009

Program Anak Angkat PERMATA 2009

Pasukan NetBall PERMATA.Maziah, Puan Pengurus
Ayu, Pembantu pengurus..& Players..me..zila..amy..alya
nana..Sakinah..Yati..

Memori di Langkap..anak2 berasama mummy n daddy
masing2..

Inilah Family angkatku..Puan Hapsah & En. Ramli
Adikku..Farahani..

My Mama wif me & Taufik(*peminat mamaku..hihi.)

Wif Atuk & nenek angkat..

26 April 2009

...Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga..

ANAK SULUNG
Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

Potensi kawanPenyokong?
Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.Pasangan sesuaiAnda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

ANAK TENGAH
Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.Potensi kawanAnda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

Pasangan sesuai
Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.


ANAK BONGSU
Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.Pasangan sesuaiSekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

ANAK TUNGGAL
Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

Potensi kawan
Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.Pasangan sesuaiSikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda

Posisi sebagai anak sulung, tengah, bungsu, atau anak tunggal, dan lain2 memungkinkan kita mempunyai karakter yang berlainan dan perwatakan yang berbeza..anak sulong kah anda?kedua..ketiga...seterusnya...?bongsu kah anda...?tunggalkah anda...?

Nukilan Khas Buat HAWA






Hawa
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu
Andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu
Andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan Ad-din Allah.

Hawa
Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati
Maka lahirnya senyuman maka tercetuslah salam dans ekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya
Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaanya, serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.
Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlak dan peribadinya.
Ketahuilah kaum Hawa..Seindah Hiasan Adalah Wanita Solehah..

08 April 2009

Rindu Atuk.....

Atuk..cucu rindukan atuk..entah tiba2 hati aku terasa sayu..teringat wajah arwah...aku tidak sempat untuk bertemunya saat ajalnya tiba..maafkan cucu, tuk...tetapi, aku bersyukur kerana sempat menggenggam tangan atuk.
masihku ingat peristiwa 2 tahun sudah..atuk..insan kesayanganku meninggal tanggal 21 Julai 2007..saat2 aku baru sahaja dua minggu di menara gading..impianku tercapai tuk..doamu untuk cucumu ini termakbul tuk..atuk..kini aku merinduimu..nasihatmu..teguranmu..aku rindukannya tuk..Atuk..mungkin aku tidak berjaya untuk memikul amanatmu..amanat yang kau berikan amat payah untuk ku laksanakan..insyaAllah..akan aku laksanakan jua..tetapi bukan bt waktu ini tuk..menjadi guru mengaji bukan senang tuk..buat masa ini cucu ingin menumpukan perhatian pada pembelajaran..mgkin selepas cucu tamat..akan cucu laksanakan amanat itu..tuk..semoga dirimu aman disana..

Al-Fatihah buatmu atuk...