06 June 2009

KEM JATI DIRI MUSLIM DAN MOTIVASI (JIM ’09)

Kem Jati Diri Muslim dan Motivasi JIM 09 telah berlangsung dengan jayanya tanggal 31 Mei hingga 2 Jun 2009. Kem ini bertempat di SMKA Nurul Intifaq dan di anjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Terengganu Universiti Malaya. Program ini melibatkan 50 orang pelajar STPM SMKANI. Program ini dirasmikan oleh Puan Pengetua SMKANI, Puan Hajah Wan Sabariah Wan Bakar. Alhamdulillah, program ini berlangsung dengan jayanya selepas 3 bulan membuat persediaan. Walaupun perit, tetapi dengan berkat kerjasama sesama ahli PERMATA, program ini berjaya menggapai misinya. Program ini merupakan aktiviti sulung bagi barisan pimpinan PERMATA sesi 2009/2010.



Kenangan Bersama Warga SMKANI



Berbagai-bagai rintangan yang dilalui semasa membuat persediaan untuk program ini. Antaranya, ahli-ahli terpaksa mengorbankan sedikit masa yang sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran ekoran pada waktu tersebut merupakan musim peperiksaan. Selain itu, terdapat juga beberapa orang fasilitator telah menarik diri di saat-saat akhir. Namun begitu, semangat team JIM ’09 tidak pernah pudar. Mereka sanggup mencari rakan lain untuk menjadi fasilitator ganti.Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Terima kasih buat barisan ajk dan fasilitator JIM ’09 atas pengorbanan anda semua.

No comments:

Post a Comment