17 May 2012

Busana Pengantin Pilihan

Setiap orang punya impian, punya citarasa tersendiri. Tidak kira dari segi apa sekalipun. CW mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen pakaian pengantin dan dahulu pernah memasang impian untuk menjadi pereka fesyen terkenal dan juga memiliki sebuah butik pengantin. Tetapi, itu hanya angan-angan sahaja. Untuk busana pengantin kali ini, CW lebih suka yang mempunyai ciri-ciri islamik yang mana menutup aurat, longgar dan tidak nipis . Selain itu, busana ala-ala Arab juga menjadi pilihan CW. 

Baru-baru ini, seorang senior CW semasa di kampus dulu, Kak Fatni telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 Mei 2012. Perkahwinan yang dilangsungkan di sebuah dewan di Putrajaya berlangsung dengan gilang gemilang dan tema perkahwinan Kak Fatni ialah pink. Memang cantik dan sepadan dengan orangnya. Kak Fatni merupakan seorang yang mementingkan fesyen, gaya dan yang penting, menutup aurat. Pernah juga CW chat dengan beliau tentang fesyen Muslimah. Bagi Kak Fatni, dia lebih mementingkan pakaian yang labuh dan tudung juga menutupi dada. CW sangat sukakan penampilan dan gaya berpakaian beliau kerana , fesyen yang digayakannya amat emnepati ciri-ciri muslimah sejati dan lain daripada yang lain.

 Mana tidaknya, Kak Fatni sendiri pernah memberitahu CW yang beliau tidak suka terikut-ikut dengan fesyen semasa dan mengambil ilham daripada barat. Apa sahaja yang digayakannya, sejuk mata memandang , diselitkan pula dengan sikap dan sifatnya yang lemah lembut sebagai wanita muslim. Fesyen yang digayakan Kak Fatni adalah ilhamnya sendiri, malah Kak Fatni merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru. Ditambah pula dengan kariernya sebagai Pensayarah di sebuah Kolej Matrikulasi, menyerlahkan lagi penampilan beliau dan sejuk mata student yang memandang serta yang mendengar syarahan beliau.Selain itu, Kak Fatni juga merupakan keturunan Acheh dan sangat cantik orangnya. 






This is Kak Fatni..Very Beautiful Person..Sweet In Pink..


Busana pengantin pink menjadi pilihan Kak Fatni sangat-sangat cantik. Sangat suka apabila kak Fatni masih kekal dengan imej muslimah, yang mana tudungnya masih litup dan menutupi dada.  Sangat manis. CW juga terpesona dengan solekan yang dikenakan yang masih mengekalkan wajah asli Kak Fatni.



3 comments:

  1. mmg cantik..dia kacukan aceh...melayu..hehe..comel kn

    ReplyDelete
  2. Madam Fatni.. hoho my lecturer tu... ONE GAME, ONE AIM,.. her motto..
    Love her and miss her so much.. Not teaching at Kedah Matriculation College anymore..

    ReplyDelete