03 May 2012

4 Hari 3 Malam ^__^

Jumaat yang lepas, CW pulang ke kampung halaman untuk menyelesaikan segala urusan tertunggak. Naik pening di buatnye. Siap ada "Master Plan " lagi. Dari hari pertama sehingga hari terahir. Mujurlah CW siap sedia tiket bas dengan lebih awal , tiket pergi dan balik. Jika tidak, kalut la jawapnya. Antara urusan seri paduka baginda yang perlu diselesaikan ialah, Submit Borang Nikah ke Pejabat Agama Daerah , dan juga urusan persediaan perkahwinan seperti ke butik Kay D'riaz, beli tudung baju pengantin dan juga siapkan gubahan hantaran Along dan CW sendiri. Hari pertama, CW berhajat untuk keluar bersama kawan-kawan untuk ke kenduri rakan sekolah iatu Umi Nur Adibah dan juga ke Giant Kuala Terengganu untuk membeli hadiah. Pada awalnya, CW merancang untuk drive sendiri, malangnya Mr, Brown kesayangan telah "diculik" oleh Abang ke Pahang. Adoi, sakit hati. Sangat merindui Mr. Brown tika itu. Terpaksa CW menyusahkan sahabat CW, Syazni untuk pick up CW di rumah. Si Aisyah pula merengek mahu ikut CW keluar, terpaksa mengajaknya keluar bersama.  Bila da pi kenduri, jumpa plak dengan kawan2 lama. Sembang bukan main, terutamanya si Linda, mak aih. Tak sangka. tarikh pernikahan kami sama. Sabar je la. Dua-dua tak dpt nak hadirkan diri. Senyum. Petangnya pula, dan berjanji dengan En Hafiz Liverpool, bakal suami CW a.k.a Tunang tersayang. Venue kami di Restoran Maidah terpaksa CW cancel oleh sebab2 tertentu dan beralih arah ke Restoran Lempeng. Malamnya pula , dipenuhi dengan aktiviti gubah menggubah sehingga pinggang dan seluruh badan sakit. Tema Along, Maroon plus Putih. Berhempas pulas adik perempuannya menyiapkan. Keseorangan, dan setiap 10 minit, supervisor akan memantau  (My mom). 


Keesokan harinya, Ahad pagi-pagi lagi CW keluar untuk menghantar borang Nikah ke Pejabat Agama Daerah Marang. Alhamdulillah semuanya selesai dan menunggu untuk 16 Mei ini . Urusan 16 Mei hanya serahkan kepasa Wali sahaja. CW tidak mampu untuk pulang kerana banyak urusan yang perlu dilaksanakan di sini dan juag untuk menimatkan kos pengangkutan. seterusnya, Mr Brown membawa CW ke Opis lama untuk berjumpa dengan ex Opis Mate dan juga Bos Maheran. Sempat juga meluangkan masa sarapan bersama Kak Huda tersayang, teman lama opis. Agenda seterusnya adalah ke Pusat Bandar k.Terengganu untuk membeli barang-barang gubahan dan juga ke pusat servis Proton untuk complaint tentang Mr .Brown. Malangnya Full Booking dan terpaksa hadir di situ keesokan harinya pula. Kecewa. Petangnya pula, CW membawa Mr. Brown dan anak-anak Udin & Aqilah ke umah nenek. Lama benar tidak menjenguk nenda tersayang, Di raut wajahnya, penuh dengan kesedihan kerana merindui anak-anak beliau. Manik-manik jernih mula bercucuran, Dalam hati hanya mampu berkata " kesian Cek". Where is her Son and daughter? CW dunno. They always busy. Itu je hanya mampu CW luahkan. Kemudian, CW ke rumah Mak Ngah dan Kak Ngah untuk berjumpa Muhaimin dan Wafi.  Malam pula diserikan dengan gubahan aktiviti gubahan dan kali ini, Kak Imah turut membantu. 


Hari ketiga, selepas ke Pusat Servis Proton, CW bersama-sama kakak untuk shopping kain langsir dan segala macam kain-kain. Aisyah meragam inginkan ais krim. Penat untuk melayan kerenah anak sedaraku. Bersabar. Petangnya, CW hanya berehat di rumah lantaran penat menguasai diri dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti tidur. Malamnya, masih lagi bersama gubahan. 


Hari terakhir, Dating. Hari ini hanya bersama Dia untuk selesaikan urusan di butik D'riaz. Serta membeli tudung untuk match bersama baju mempelai nanti. Sebelum itu, CW perlu berjumpa dengan kawan-kawan untuk sesi agihan kad kahwin. Sedikit gembira kerana dapat sarapan bersama en. tunang. InsyaAllah selepas ini selalu bersama sarapan.Kh..kih..Tidak sabar untuk menunggu hari bahagia. Malamnya, sangat sedih kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk ke Kajang. En Tunang setia di sisi berama menunggu bas sampai. Alhamdulillah CW sampai dengan selamat di sini.

No comments:

Post a Comment