31 December 2011

Kehidupan Tak Seindah Yang Disangka....

Hari ini hari minggu. Masih berada di Kajang. Tiada perancangan untuk ke mana-mana. Bangun lewat dan terus sarapan. Dan minum 1 sudu madu. Untuk kesihatan CW. Sebenarnya CW mengalami jerawat yang serius sekarang. Semua orang termasuk mak, ayah, abg hafiz, dan kawan-kawan mulai risau. Terima kasih kamu semua. CW akan ikhtiar untuk mengatasinya. Yang lain-lain terserahlah kepada Allah s.w.t. Sakit itu adalah ujian.Walaupun sedikit berat untuk memikulnya, redha adalah segala. Malu sentiasa wujud kerana wajah yang ada sekarang membuatkan diri CW tidak seselesa dulu. CW sentiasa ingatkan diri CW bahawa, semua yang CW hadapi sekarang adalah UjianNya. Tidak kisah akan semua itu, asal CW masih di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah dan masih berpeluang untuk menatap wajah-wajah kesayangan.

Entah kenapa, CW terasa ingin menulis entri tentang kehidupan. Selama dua bulan di sini, pelbagai ragam manusia CW jumpa. Manusia, ciptaan Allah s.w.t. Di ciptakan sesempurna mungkin untuk menjadi khalifah di muka bumi. Bukan untuk membangga diri, bukan untuk "enjoy" , dan segala macam bukan. Tapi, ingat satu tugas khalifah Allah, adalah taat dan patuh segala arahanNya, segala perintahNya. Ingat, dosa dan pahala yang kita tanggung nanti. Neraka atau Syurga adalah di tangan kita sendiri.

Awas, segala perbuatan, amalan dan pergerakan kita, Allah Maha Melihat.Malaikat kiri kanan mencatat segala amalan kita. Dua bulan di LLM, berbagai perkara CW pelajari. Diri ini masih ingat akan pesan Ayahanda dan Bonda. Terutamanya pesanan Ayahanda. Jaga diri dan ingat Allah selalu. Masih terngiang-ngiang di telinga ini. Ceramah Ayahanda 1 jam lebih awal sebelum berangkat ke Kajang benar-benar terkesan. Mohon dijauhkan segala anasir-anasir jahat yang mendekati. Lindungi CW Ya Allah. Bagi wanita yang belum berkahwin, ingatlah, segala dosa anda ayah anda yang tanggung selagi anda belum bersuami. Selepas berkahwin, Suami anda akan memikul amanah dan tanggungjawab. Dosa dan pahala anda ditanggung pula oleh suami. Berhati-hati wahai wanita. Sayangi Ayah dan Suami anda wahai wanita. Peringatan ini juga untuk CW.

Seorang Ustaz sentiasa berpesan kepada golongan seperti CW. Jangan mengumpat. Sesungguhnya dosa mengumpat seperti "Makan daging saudara sendiri". Ya Allah betapa besarnya dosa itu. Perbuatan itu sangat-sangat keji Ya Allah. Mohon di jauhkan dan ampunilah segala dosa insan-insan yang pernah melakukan perbuatan ini. Wahai wanita, jaga segala tutur kata anda. Jaga segala-galanya tentang kita. Aurat kita, tutur kata kita, dan lain-lain.

Hidup ini tak seindah yang kita sangka. Tak semudah yang kita fikirkan. Segala amalan kita sehari-hari akan dicatit. Hidup seorang anak Adam sebenarnya penuh ranjau dan liku. Bermulanya kelahiran hinggalah kematian, segala amalan itu akan di bawa ke alam sana nanti. Buat teman-temanku di luar sana, ingatlah. Hidup tak seindah mimpi.

19 November 2011

Pantai

Assalamualaikum wbt..

Hari ni, CW nak share Pictures yg pernah CW tangkap di Terengganu. Apa yg anda tahu tentang TERENGGANU? Op coz la Pantai yg Indah rite?
Yappp! Oke..juz tgk aje this Pict..wanna drop ur Comment? OK..most Welcome babe!




Lets story abot pantai..Sememangnya indah bukan? Ya. Yes.Yezza!
Apa yg boleh buat bila di pantai?.Picnik (berkelah) ..Ya! CW sgt suka. Masa2 kecil CW, byk di habiskan di sini. Bersama teman2..mandi manda or berkelah.Like it. Tp, bila musim tengkujuh, (Terengganu around Disember) memg takut nak ke pantai. Ombak besar mengganas. Dangerous!

Dulu, CW suka ke pantai, bwk kertas Lukisan & Water Colour. CW akn melukis sesuatu yg CW suka. Mainly sejambak bunga & Vase. Bunga ros yg belum kembang di warnakan dgn color merah. Sangat Seronok! Itulah kepuasan bg CW. CW minat seni lukisan. Minat untuk menconteng.

Skrg, jauh dgn pantai. Dan jarang-jarang/kadang-kadang ke pantai. Rindu. Pantai itu adalah kenangan...

Wassalam.

18 November 2011

Di Kejauhan...Coretan JUmaat 181111...


Today is Friday. 3 minggu berada di LLM(Lembaga Lebuhraya Malaysia). Dan sebanyak itu juga seluruh hidup CW di habiskan di Kajang Selangor. Alhamdulillah, CW dapat kenal kawan-kawan baru. Best!. Di tempatkan di bahagian Kewangan, sangat mencabar! Betol! Tak Tipu.
Really tired but Happy. Syukur pada Allah. Kawan-kawan OK (sambil tgn bt peace!) . Mereka baik-baik aja donk.!

Kewangan dan Pengurusan Aset, di anggotai oleh, Kak ZImah, Kak Marina, Kak Sarina, Kak Hana, Kak Reny, ABg Refizan, ABg Zairi, Kak Sue , Kak Baniah, Kak yuhaiza, Kak Mas, Kak Haya dan Bos2...CIk Sue, En, Hariz, Cik LIa, EN. RUsli & Puan NOrLaila. Best Kenal Korang! Ops one more, Abg Zai...huhu..

[At my Desk...huhu..saje gediks snap gmbr]


1st day at LLM, rasa cam asing sangat. Nasib baik ada kawan yg sudi berkawan. Aisyah, from Kuala Berang. Alhamdulillah. Ada jgk kawan senegeri. Aisyah is a Nice Person. Like my Own Sister. Skrg, menyewa bersama dia di Taman Sri Ramal. Kawan2 serumah pon OK.

Hari ni, tiba-tiba je rasa sedih semacam. Sampaikan salah buat AP! Rindu kat Family & Si Dia. Sungguh! Nak call Mak, takut nangis nanti. Memang Nangis punya. Sabar je dulu. Abg cakap, Sabar & bersyukur dgn apa yg ada skrg. InsyaAllah abg. Sangat bersyukur jua punya Tunang spt Hafizullah. Memahami dan sentiasa Sabar dengan CW. Semoga Allah kuatkan Ikatan jodoh kami. Amin.

12 September 2011

Alhamdulillah~ saya dh bertukar status~


A'a...ni bukan kabo hangin yeppp..ni betol2..Alhamdulillah..CW selamat sudah di tunangkan dengan Encik Mohd Hafizullah..Majlis serba ringkas di adakan di kediaman CW pada 3 Sept 2011..ermmm..dah bertuko status d..weee..Tak sangka plak..^__^...Also tengs so much bt kwn2 CW yg hadir pada tika itu..Even status bertuko, tp...pangai CW masih x bertuko lagik...haha...cm tu jgk..Kwn2 de ckp, nnti da tunang, tade la nk kwn ngn kite lagik..hoho...CW bukan owg cmtu la der..still same cm dolu2..gila2..happy2..Friends & encik tunang, sama je tauw!

Bad news..salah sorg teman CW, dh remove CW dr list friends dia..Terkilan..sanggup beliau bt cmtu..Sedey lorh! to, Mr.J..i hope u happy without me..u can put the blame on me J..CW tpksa tolak kamu sbb perbezaan negara~ hukhuk...CW hrp J jmpa org yg sesuai...bkn CW ..segala pahit manis dlm persahabatan kita, CW simpan baek2 dlm kotak minda nih..Thanks for everyth
ing J..

Takmo sedey2..hip hip hoorey!! pas ni ley la survey Pelamin yg tantek2...reka tema kawen plak..berangan tak habis! hakhak...

Oh ya..nieyh ade 1 2 gambaq mase CW tunang..gambaq tunang takdak k~ RAHSIA..


wit BAKAL MAK MERTUA ^_^

Sayang Mak Mertua saye! hahaha..peace!





18 May 2011

Rezeki Ilahi

Hidup kita, tak seindah mimpi kan? Betul.Setuju. Semua orang mengimpikan hidup bagai seorang Hartawan, harta menggunung tinggi, melimpah ruah, berkereta mewah. Semua datangnya dari usaha kita. Rezeki datangnya dari Pencipta kita, Allah s.w.t. Kita, sebagai manusia, sebagai makhluk ciptaanya, perlu berusaha untuk mencapai apa yang dihajati. Untuk merealisasikan impian bukan mudah. Hanya dengan memetik jari, impian akan terlaksana. Begitu?. Tidak sama sekali. Impian, satu perkataan yang sangat mudah untuk disebut, tapi untuk melaksanakannya? . Hanya kita sahaja yang tahu dan juga Allah Maha Esa.

Beberapa detik yang lalu, saya sering mendengar luahan teman-teman yang baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat Universiti. Antara dialog yang sering dituturkan , “ Susahnya nak cari kerja sekarang. Semunya nak guna Kabel. Buat ape belajar tinggi-tinggi, Menyesal tak sudah”. Mengeluh dengan nasib sendiri. Simpati dengan perihal teman-teman. Bukan keluhan, malah tangisan juga mengiringi.

Buat teman-teman sekalian, rezeki kita bukan datang dari manusia. Semuanya datang dari Allah s.w.t. Kabel, salah satu jalan untuk memudahkan kita mendapat sesuatu pekerjaan, khasnya dalam sektor kerajaan. Al-maklumlah, sebut sahaja kerajaan, terbayang sudah masa depan kita kan?. Boleh memohon untuk pinjaman, dan banyak kemudahan lain termasuklah elaun, bonus dan sebagainya. Ya teman-teman. Sangat beruntung bukan bagi sesiapa yang berjaya menduduki tempat di sektor kerajaan. Bagi teman-teman yang gagal, anda sebenarnya bukan gagal, tapi mungkin bukan rezeki.

Seorang teman saya pernah mengadu akan masalah yang dihadapinya. Pekerjaan. Memang susah untuk beliau menghadapinya. Sebagai anak lelaki dalam keluarga, beliau merasakan satu tekanan yang sangat berat buat dirinya. Kadang-kadang, malu terhadap adik-beradik yang lain. Kadangkala, keadaan dirinya menjadi bualan orang-orang kampung. Tertekan bukan?.

Saranan saya, bersabarlah wahai teman-teman sekalian. Rezeki untuk kita tetap ada, Cuma lambat atau cepat, semuanya urusan Allah s.w.t. Setinggi mana usaha kita pun, jika tiada rezeki, bersabar dan terus bersabar. Allah itu Maha Penyayang. Maha Adil dan Maha Pemurah. InsyaAllah, ini adalah ujian kecil sahaja buat kita. Apa yang penting, selepas berusaha, perlulah kita berdoa agar rezeki berpihak untuk kita.

Walaupun sibuk dengan urusan dunia, jangan sesekali urusan kita dengan Allah s.w.t. Doa adalah segala-galanya. PadaNya tempat kita mengadu. Dan juga solat sunat. Itu yang penting. Contohnya, solat sunat dhuha dan solat sunat hajat. Mohonlah segalanya dengan DIA. InsyaAllah.



Darwiena Muhammad

25 April 2011

Sifat Dengki dan Cemburu ..Sama Takkk?

Soalan : Kamu pernah dengki tak? or Jelaous? (cemburu..)

Saye pernah !! (angkat tangan!!) . Saye memang kuat dengki, kuat cemburu. Tahu tak kenapa? sebab apa yang ada pada orang atau benda yg saye dengki @ cemburu, saye takde. Sedey rite?? But, dun wory. Dengki dan cemburu saye positif la. Mase skola dulu, memg kuat perasaan ini. Sebabnya, dengki ngan kawan2 yg dpt banyak A dlm exam. Justeru, Dengki berubah jadi persaingan. Kalo dia boleh , tentu saya boleh. Rite?..^__^

Jadi, saye pon bersunguh-sungguh nak setadi, nak dpt banyak A. Usaha sudah, tawakkal aje. Dengki dan cemburu saya meluat2 bila saye berada di tingkatan 6. Saye dengki kwn2 yg dpt CGPA tinggi. Saya? Berlari2 skuat tenaga, memecut, meloncat dengan lebih tinggi untuk dapat macam--------> DIA!! Finally, i got wat i want. Berada di menara gading. Sangat Seronok! Di sana jua saya kuat Dengki. Takpe la, dan saya bangga dan Grad skrg. Nak senyum jap..^______________________^

Venue : Berada di kampung. Di alam pekerjaan. Dengki sangat2, tengok kawan2 dah dpt keje..best2..saya?? Macam biasa. Tapi Saya punya plan untuk berjaya macam Kak Maznah, Pengusaha Mat Salai yg skrg dah sgt2 maju. Saya cemburu dengan kejayaan Usahawan Wanita Malaysia. Seperti, Kak Maznah, Datin Azlina, Pengasas sendayu Tinggi. Mereka sangat2 bermotivasi...!! I like.. Boley x i nak jadi cam MEREKA?? Agak2 boley X?


Untuk Mereka yang dah berjaya,
Nah!!

--------------<@

untuk Kamu.

Terima kasih. Kerana kamu, saya punya semangat makin menggunung spt Everest Mount...hehehe....


.!!

24 April 2011

Coteran Ahad

Bosan la…!!

Ngape ngan perangai comeii saye ni..Susah sgt ke nak jadi baik..susah sgt ke nak jadi Solehah! Tepuk dada Tanya iman..

Nape perangai saye camni sejak akhir2 ni..Hot tempe aje..nk mrh suke2 hati..serba tak kena..Sedar la wahai Cik Wan..Dosa bt cmtu..Ya Allah..tulun2..

Wan, xde yg boleh menolongmu kecuali dirmu sendiri..Gimme more tips please..!!

X kire la tips ape pon..asal hati saye ni baik..perangai saye baik..saye rase sy melampau..Melampau sgt2..Mulut saye ni x leh senyap..bising aje.bile kena sakat skit..mula la saye..membebel aje..mula2 leh tahan agy..last2 lupa plak yg diri ini sdg menahan amarah Hot tempe..

Kawan2 yg terbace belog saye ni..bg tips skit..!!

Tips2 yg leh bt sy jd baik!! Baik cam Fatimah Az-zahra..Baik cam Zainab Al-Kubra..Baik cam Aisyah Humaira’…mcm serinkandi dalam cite Sirah Nabawiyah…Puteri2 Rasulullah s.a.w,,,dan juga Isteri2 Rasulullah s.a.w…

Terdetik di hati..

kenapa saye dilahirkan di zaman yg very2 moden..Y2K la..Milennium la..Yg kdg2 sgt mempengaruhi hidup sy sehari2 harian…Tersgt moden..dr hujung kaki smpai ke hujung rambut…dan juga segala supplement utk idup..semuanya moden..Saye rase bukan salah mak ayh saye mendidik..tp slh saye yg selalu terpengaruh..Ya Allah..

Camne nk Jauhi sifat mazmumah ni..camne nk wujudkan miss Mahmudah dlm jiwa sy..Sudah ada..tp terlalu sedikit dan kecil nilainya..Sukarnya nak menepis debu-debu dunia ini.

Tapi, memg hari ni cite saye sgt panas. Saye sgt2 malu. Kerana Miss Acer saye bt hal..sy rujuk pada yg Pakar. Adik Iwan. Adoi. Mr Maher plak menginterupt..lepas je Adik Iwan repair, Mr Maher pon nk repair gak. Back to Destroy! Laptop jadik jahanam..!

Geram nye kt Mr Maher ni. Mmg la dye mahir. Tp agak la. Saye sgt sakit hati dgn dia. Sabar. Tapi geram..Uwaaaaaaaaaaaa

Semua hot2 ni..syuh…syuh….get out from my heart!! My Soul…I want to be a good little girl…solehah girl…and become a Solehah Wife (future)…

To my Future Husband

(dunno who..) – didiklah saye jd wanita solehah…spt serikandi di Zaman Rasulullah s.a.w..dgn dihiasi akhlak yg terpuji..yg senang di mata kamu…



diconteng Oleh Darwiena Muhammad

21 April 2011

Selamat Ulangtahun Mak

Semalam birthday mak kite. Umor mak kite dh 53 tahun. Kite hrp sgt, lepas ni, rezeki Mak kite Murah sgt2..Kite nak Mak kite ke Mekah. Tunaikan haji. Kite nak mak kite bahagia , kite xnak mak kite sedey2. Moga termakbul segala harapan kite dan Impian Mak kite.

Semalam, Kite Wish guna kad je. Hehe..Skali dgn Hadiah. Sepasang Sutera Kaler Pink Belacan. Cantik. Ini adalah permintaan kakak kite, dye ckp Mak tak pernah punya baju yg diperbuat daripada Kain fabrik Sutera. Ye la, mana taknya. Mak cari duit untuk besarkan anak-anak je. Tak sempat nak fikir untuk puaskan keinginannya sendiri. Semalam, hadiah tu pon kite kongsi dgn abg n akak kite.

Semalam, kite x sempat nk celebrate. Sbb kite sangat sibuk dengan keje. Cuma kite sempat suprisekn mak kite sblm p keje. Kite ltk Hadiah tu kt katil Mak time mak tgh breakfast. lepas tu, kita salam ngan Mak, terus p keje. Kite mintak maaf mak. Malamnye plak, niat kite nk wt jamuan ckit. Tp kite keje, kite busy sgt. Sbb kite kena pikul amanah dan tanggungjawb yg Boss kite kasi.

Mak, kite nak ucap terima kasih banyak2..sbb besarkn kite dan adik2, abg2, dan kakak2 kite. Kami sume banyak sakitkn hati mak. Smpai skrg, Impian mak lom tercapai. InsyaAllah, kite akn cuba sedaya upaya utk itu. Utk kebahagiaan Mak dan Ayah. Insyaallah..

" Kite sayang Mak..dan kite mintak Maaf..."
Selamat hari Lahir Mak...


^__^



Coretan Oleh Darwiena Muhammad

07 April 2011

Warkah Cinta Terakhir


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah...

Seandainya telah Engkau catatkan...

Dia milikku tercipta buatku...

Satukanlah hatinya dengan hatiku...

Titipkanlah kebahagiaan antara kami...

Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...

Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani...

Seringkanlah kami melayari hidup ini...

Ketepian yang sejahtera dan abadi...

Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...


Seandainya telah Engkau takdirkan

Dia bukan milikku...

Bawalah dia jauh daripada pandanganku...

Luputkanlah dia dari ingatanku...

Dan periharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...

Berikanlah aku kekuatan...

Menolak bayangannya jauh ke dada langit...

Hilang bersama senja yang merah...

Agarku sentiasa tenang...

Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...

Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu...

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan

Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...

Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...


Ya Allah...

Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...

Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini...

Jangan Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia ini mahupun di akhirat...

Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran...

Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...

Ke jalan yang Engkau redhai...

Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...

Dan periharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal 'aalamin.

21 March 2011

I am Busy Woman..SuperWoman...

Salam Bulan Mac bt semua!! Bulan Mac terlalu sibuk bt saye..Bg sape2 yg mengerti, baguslah..hehe..Ramai sgt yg kawen bulan ni..smpaikan sy sedri terlupa tarikhnya..Pas tu kepala mula sakit, sebab banyak makan Gulai Daging...adois...
Alhamdulillah, skrg rezeki mencurah. Mula mendapat tempahan untuk Hantaran Perkahwinan & Pertunangan. Baru je lepas, Pertunangan My BoSs, dengan tema Purple+ White. Penat jgk mencari idea utk beliau. Bila siap sumenye, Lega sangat..hehe..InsyaAllah , lepas ni akan bukak tempahan utk sape2 yg nk kawen bg bulan 6 lak..hehe..tp, tugas yg sedia ada lom laksanakan lg. hantaran untuk My bro sdrik..mybe tema Purple gak kot..sape2 yg nak bt tempahan, sila choppp dlu tauw..2 bulan sblm tarikh perkahwinan..

HANTARAN PERKAHWINAN AISYAH

HANTARAN PERTUNANGAN EN,MAHERAN

sbb Cik wann sorg je yg bt..yg paling susah..Gubahan Sirih..susah2..atoiiiiiiiii...Pening kpla..tp enjoy la..smpai x tolong mak masak kt dapor..haha.kntoi anak dara sorg ni..mak fhm jek..anak dye cri rejeki...hehe..Mula2 nk wt biz ni, agk takut..sbb customer ni mcm2 ragam kn?? sbb sblm ni.bt juz utk abg2 jek..bila rse yakin ckit, bru utk kwn..1st customer, Cik Aisyah Aziz...alhamdulillah, dia sgt2 berpuas hati..Dye ckp, nmpk mewah la plak..hehe..xde la mewah sgt...juz for u Aisyah..tu je wan leh bt yg terbaik..hehe..