01 February 2011

Kini, Ku Kenal Erti Hidup.....^__^

Hari ini memang penat. Bukan hari ini je, tapi hari-hari kecuali weekend. Hanya Ya Rabb je yang tau. Selepas 3 tahun berhempas pulas, menggunakan segala keringat otak yang satu, serta akal yang sedikit pintar anugerah Allah yang Esa, mencari secedok ilmu. Kini, selepas dinobatkan sebagai graduan UM, baru ku kenal erti sebuah kehidupan. Kehidupan ini juga pernah dilalui oleh kedua ibu dan bapaku. Bekerja untuk mencari nafkah, meneruskan hidup demi sesuap nasi, untuk anak-anak yang tersayang. Terima kasih Ayahanda dan Bonda.

Selepas bulan 5 2010, hati kian runsing memikirkan masa depan. Sesampainya di kampung halaman, tidak senang duduk. Risau. Tentang kerjaya masa depan. Kerjaya Impian. Entah bila boleh memegang status CEO, atau Guru atau Pegawai Tinggi.Aduh, Besarnya impianku. Otak sentiasa ligat berfikir. Walaupun tika itu, baru je habis belajar. Lalu idea datang. Bekerja di opis lama. Alhamdulillah, Boss masih menerima aku dengan hati terbuka. He is a kindman. Tabik Spring!!

Sekarang, masih terkial-kial. Mencari arah tuju. Siang malam bekerja. Namun, rezeki hanyalah itu sahaja. Betul, rezeki datang dari Allah. Akan tetapi, manusia harus berusaha. Kini, itulah yang kurasakan. Mencari sesuap nasi bukannya seperti memetik jari sahaja. Kehidupan ku kini tidak seperti dahulu yang tiap harinya ke kuliah dan juga menghadapi peperiksaan. Siang di Pusat Urusan Zakat, dan malamnya di Tadika Tahfiz dan jika ada tempahan online, alhamdulillah, rezeki masuk. Namun, apa yang ku perolehi tidak mencukupi, kerna aku tak dapat membanggakan MEREKA yakni kedua orang tua ku.

Cuma di sini, ku cuma berdoa supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan sebuah kehidupan yang mat bermakna. Segala impian masih belum tercapai sepenuhnya. Yakin Boleh Cik Wan!!

No comments:

Post a Comment