08 November 2009

Piala Malaysia :Penyokong Kelantan " The Red Warrior" - Terlalu Ganas...






Semalam telah berlangsungnya Piala Malaysia yang mana pasukan Kelantan vs Negeri Sembilan, bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Yang menangnya ialah Negeri Sembilan. Apa yang tidak sedap didengar ialah, penyokong team Kelantan terlalu ganas sehingga wujudnya insiden yang tidak diingini berlaku iaitu membakar kerusi dan juga membaling mercun. Hmm..Betapa agresifnya mereka bila team mereka kalah. Mereka melepaskan kemarahan dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan. Ini akan mencemarkan maruah orang2 Kelantan. Kalah dan menang biasa sahaja..adat permainan. Kite sepatutnye menerima kekalahan itu dengan hati yang terbuka bukannya melepaskan emosi yang penuh dengan kemarahan dan merosakkan harta benda awam. Selain itu, jurukamera sebuah stesen TV juga terkena penangannya iaitu dibaling batu oleh Penyokong The Red Warrior ini. Tak pasal2, semua ni jadi kes Polis...Apa nak jadi wahai Kelantan? Terlalu emosional dan agresif.........................

No comments:

Post a Comment