Pengamal dan Pengedar Vitamin Semulajadi Setelah Apa Yang Diamalkan Berhasil. Sertai Saya dan Vitamin Organik Demi Kesihatan Sejagat.
06 November 2013
7 SUNNAH HEBAT NABI MUHAMMAD S.A.W
Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
Kedua:
Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh:
Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Zikrullah pengubat jiwa yang lara. Amalkannya selalu inshaAllah.
04 November 2013
::: TAHUN BARU 1435 HIJRIAH : DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN :::
Assalamualaikum..Wbt..
Alhamdulillah, pejam celik. Pejam celik, hari ini berakhirnya tahun 1434 Hijrah. Syukur Ya Allah, Cw masih bernafas di bumi-Nya . Masih diberi peluang untuk merasai kemanisan hidup. Terima kasih Allah. Sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah ini, marilah sama-sama kita manfaatkan waktu petang Tahun terakhir dengan Doa Akhir Tahun .
Alhamdulillah, pejam celik. Pejam celik, hari ini berakhirnya tahun 1434 Hijrah. Syukur Ya Allah, Cw masih bernafas di bumi-Nya . Masih diberi peluang untuk merasai kemanisan hidup. Terima kasih Allah. Sempena kedatangan Tahun Baru Hijrah ini, marilah sama-sama kita manfaatkan waktu petang Tahun terakhir dengan Doa Akhir Tahun .
01 November 2013
PENAWAR KENCING MANIS
Assalamualaikum wbt.
Salam 1 November 2013. Alhamdulillah, lagi satu bulan untuk melangkah ke tahun 2014. Selesai sudah closing untuk bulan Oktober. Ada anak-anak shaklee CW da dapat bonus pertama nanti. Sukanya!! Lagi suka, bila dengar promosi shaklee bulan ini ialah VIVIX.
BELI 6 PERCUMA 1!!!
Wah!! CW memang suka sangat2 dengan berita ni. Mana tidaknya, ayah pengguna setia VIVIX, tambahan pula, Abg ipar juga mahu consume VIVIX. Niat di hati ini juga ingin hadiahkan VIVIX untuk Suami tersayang. Kenapa mesti VIVIX? sebab VIVIX adalah untuk mengatasi keseluruhan masalah badan kita, Dari kepala sehingga kaki. Auw..hehehe..Comel je kan nama VIVIX ni.
Mari kita berkenalan dengan Mr. VIVIX TONIK AJAIB.
Apa itu VIVIX??
VIVIX adalah Revolusi Terbaru dari Shaklee. Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur
Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol.
Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian
tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan
semulajadi.
Polifenol merupakan anti oksidan jenis bioflavonois yang 100 kali lebih efektif daripada vit c dan 25 kali daripada vit E. Polifenol membantu menurunkan kadar kolestrol, menurunkan tekanan dan kadar gula dalam darah dan membantu melancarkan proses penghadaman/pencernaan. Selain tu, polifenol juga boleh melarutkan lemak dan mencegah kolestrol jahat.
KELEBIHAN VIVIX
♥ Anti penuaan-menggalakkan penuaan yang sihat
♥ Membantu mengelakkan kanser iaitu dengan merencatkan sel kanser
♥ Mengurangkan risiko penyakit jantung
♥ Mengurangkan komplikasi diabetis/kencing manis
♥ Meningkatkan dan menyokong kesihatan sendi serta melindungi saraf
♥ Membantu dalam proses penurunan berat badan
♥ Menyokong kesihatan mata
♥ Meningkatkan sistem imun badan
Polifenol merupakan anti oksidan jenis bioflavonois yang 100 kali lebih efektif daripada vit c dan 25 kali daripada vit E. Polifenol membantu menurunkan kadar kolestrol, menurunkan tekanan dan kadar gula dalam darah dan membantu melancarkan proses penghadaman/pencernaan. Selain tu, polifenol juga boleh melarutkan lemak dan mencegah kolestrol jahat.
KELEBIHAN VIVIX
♥ Anti penuaan-menggalakkan penuaan yang sihat
♥ Membantu mengelakkan kanser iaitu dengan merencatkan sel kanser
♥ Mengurangkan risiko penyakit jantung
♥ Mengurangkan komplikasi diabetis/kencing manis
♥ Meningkatkan dan menyokong kesihatan sendi serta melindungi saraf
♥ Membantu dalam proses penurunan berat badan
♥ Menyokong kesihatan mata
♥ Meningkatkan sistem imun badan
Siapa yang sesuai menggunakan VIVIX?
VIVIX sesuai digunakan oleh :
- Pesakit Kencing Manis/Diabetis > boleh menurunkan kadar gula dalam darah
- Pesakit jantung
- Pesakit Gout
- Pesakit kanser
- Pesakit SLE
dan lain-lain kegunaan untuk kesihatan tubuh badan.
ANDA SIHAT, ANDA HEBAT
I'm Your Shaklee Independent Distributor
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Tel: 013-2321416
SHAKLEE ID :88940
I'm Your Shaklee Independent Distributor
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
Tel: 013-2321416
SHAKLEE ID :88940
Email: puteribongsu33@gmail.com
31 October 2013
Demam Lagi
Assalamualaikum wbt...
Semalam tak sempat nak update . Bukak je, nak menulis pos takde mood. Hero kesayangan mama demam, selsema, dan batuk. Dah 2 hari, semalam baru ke klinik, tapi CW x ke klinik biasa, CWlebih suka ke klinik homeopathy. Sebab, ubat klinik biasa mungkin tak sesuai dengan bayi seusia Yusuff. Lagipun, cw x suka ubat berasaskan bahan kimia, semulajadi adalah pilihan CW. Mujurlah ada emak semalam, emaklah yang menemani CW ke klinik, boleh la emak meriba Yusuff sementara CW memandu.
Klinik Homeopathy pilihan CW ialah Pusat homeopathy Wanita dan Kanak-kanak (Dr. Latipas) yang terletak di Losong Tangki Air Kuala Terengganu. Dr Latipas bagi CW adalah doc yang terbaik la bagi perubatan homeopathy ni. Alhamdulillah, ramai yang ke klinik beliau dah sihat dengan IzinNya. Hari ini, Yusuff da nampak perubahan skit selepas 2 hari makan ubat. Selsema da berkurangan, batuk pon sama. Cuma kahak masih lagi belum hilang. Kesian anak mama. Malam tadi tak cukup tido, asyik menangis sebab tak selesa.
Semoga cepat sembuh anakku..Lepas ni, kita jalan-jalan dengan papa ye. Sabtu papa cuti sempena Deepavali, Selasa pon sama. Plan nak jalan-jalan, cepatlah sembuh anjeeeee mama...
Ya Allah, sembuhkanlah sakit yang ditanggung anakku...amin..
Semalam tak sempat nak update . Bukak je, nak menulis pos takde mood. Hero kesayangan mama demam, selsema, dan batuk. Dah 2 hari, semalam baru ke klinik, tapi CW x ke klinik biasa, CWlebih suka ke klinik homeopathy. Sebab, ubat klinik biasa mungkin tak sesuai dengan bayi seusia Yusuff. Lagipun, cw x suka ubat berasaskan bahan kimia, semulajadi adalah pilihan CW. Mujurlah ada emak semalam, emaklah yang menemani CW ke klinik, boleh la emak meriba Yusuff sementara CW memandu.
Klinik Homeopathy pilihan CW ialah Pusat homeopathy Wanita dan Kanak-kanak (Dr. Latipas) yang terletak di Losong Tangki Air Kuala Terengganu. Dr Latipas bagi CW adalah doc yang terbaik la bagi perubatan homeopathy ni. Alhamdulillah, ramai yang ke klinik beliau dah sihat dengan IzinNya. Hari ini, Yusuff da nampak perubahan skit selepas 2 hari makan ubat. Selsema da berkurangan, batuk pon sama. Cuma kahak masih lagi belum hilang. Kesian anak mama. Malam tadi tak cukup tido, asyik menangis sebab tak selesa.
![]() | |
| Cian anak mama..Get Well soon anje mama.. |
![]() |
| 3 jenis ubat yang diberikan oleh doc.. |
Ya Allah, sembuhkanlah sakit yang ditanggung anakku...amin..
29 October 2013
Kelebihan Collagen Powder Shaklee
Assalamualaikum...
Ce teka ape nih??
hihi..Inilah menu sebelum sarapan pagi..
![]() |
| ESP , COLLAGEN, DAN VITAMIN C ..BE GOJES! |
Sekarang Kolagen Shaklee tengah promosi, beli 6 kotak percuma 1 kotak. Ape lagi, awal2 bulan rembat 3 kotak. 1 untuk makan sendiri, dan 2 kotak lagi untuk customer setia. Alhamdulillah. Harga biasa mahal gilerr berbanding harga promosi . Memang jimat cermat lah. Jimat wnag ringgit, sebab x perlu makan 2 3 4 jenis produk, Hanya makan kolagen je. Berbaloi-baloi. Kesan paling awal untuk nampak perubahan selepas berkolagen ini hanya 8 minggu, bersamaan 2 bulan.
Semalam sorang Pengedar shaklee, a.k.a nenek shaklee Cw berkongsi tentang pengalamannya berkolagen shaklee nih. Katanya, memang best. Licin je kulit2, yang best, suami xmo berenggang ngan dia. Siap suh pakai baju zaman2 bujang dulu. Uikss..tak salah kan berdandan untuk suami. Best je dengar testimoni dia.
Ini adalah sedikit maklumat tentang kolagen keluaran Shaklee.
Ramai sebenarnya yang tak tahu tentang kelebihan kolagen. CW pon sama. Dulu CW ingat kolagen ni untuk cantikkan muka je, tapi tidak. Ianya untuk kesihatan sendi, rambut , kuku dan kulit badan. Wow!! Kalo gitu, hanya makan kolagen da dapat semua kelebihannya kan.
Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Kelebihan Collagen Powder Shaklee :
1. Anti penuaan - Mengecilkan liang pori-pori , menghilangkan kedutan dan garis-garis halus
2. Mengembalikan keanjalan kulit- menjadikan kulit lebih anjal , lembut dan tegang
3. Meningkatkan pergerakan iaitu dengan menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang
4. Menyubur iaitu menjadikan rambut lebih sihat , tidak mudah gugur dan bercabang serta melebatkan rambut dan menjadikannya bersinar
5. Membantu menegang dan menganjalkan payudara
6. Mencerah dengan mengurangi pigmentasi, jeragat dan tona kulit tidak sekata
7. Melembapkan kulit bagi mengurangi rasa gatal dan kering pada muka
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
013-2321416
SHAKLEE ID :88940
28 October 2013
Saya Pengedar Vitamin Organik Shaklee
Assalamualaikum..
Comel tak saya???
![]() |
| PERMATA HATI, MUHAMMAD YUSUFF |

I'm Your Shaklee Independent Distributor
WAN ZAINAB BT WAN MUHAMMAD
013-2321416
SHAKLEE ID :88940
07 June 2012
Akhirnya , Kami Bersatu..
Assalamualaikum buat semua teman2 sekalian. Diri ini teramat sibuk sekali untuk menulis di blog tercinta ini. Maklumlah, proses pembinaan sebuah masjid bukannya mengambil masa yang singkat. Sedar tidak sedar, sudah 7 hari saya bertukar status dari cik menjadi puan, dari gadis menjadi seorang isteri. Apa yang saya harapkan daripada proses ini adalah sebuah perhubungan yang kekal hingga ke syurga serta di sulami dengan bunga-bunga cinta dan haruman kasih sayang. InsyaAllah.
Sejak daripada mengenalinya, impian saya hanya satu, ingin menjadi yang terbaik untuknya, bermulalah dari ikatan pertunangan bukan hanya berakhir di jinjang pelamin, bahkan cita-cita saya untuk bersamanya sangat besar. Ingin menjadikan masjid yang telah terbina ini indah bercahaya dan boleh di ibaratkan dialah iman di dalam masjid kami yang serba indah ini. Saat lafaz sakinah. hati saya berbunga riang bercampur kelegaan yang saya tunggu sehingga saat itu.
Berwalikan bapa tercinta, Wan Muhammad dan juga kekanda menjadi saksi, segala impian termakbul dengan sekali lafaz , "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin tersebut itu". Alhamdulillah. Segala bahagia mungkin tidak berkahir di sini, masih banyak lagi lebuhraya yang perlu kami tempuhi. Bahtera rumahtangga bukannya mudah dan tidak juga payah. Hanya si isteri dan si suami sahaja yang perlu cerdik untuk mengemudinya. Indahnya sehingga sekarang tidak dapat saya gambarkan. Buat suami tercinta, Mohd Hafizullah bin Mansor saya amat menyayangimu dan yang selebihnya biarlah hati ini yang tahu.
17 May 2012
Busana Pengantin Pilihan
Setiap orang punya impian, punya citarasa tersendiri. Tidak kira dari segi apa sekalipun. CW mempunyai minat yang mendalam terhadap fesyen pakaian pengantin dan dahulu pernah memasang impian untuk menjadi pereka fesyen terkenal dan juga memiliki sebuah butik pengantin. Tetapi, itu hanya angan-angan sahaja. Untuk busana pengantin kali ini, CW lebih suka yang mempunyai ciri-ciri islamik yang mana menutup aurat, longgar dan tidak nipis . Selain itu, busana ala-ala Arab juga menjadi pilihan CW.
Baru-baru ini, seorang senior CW semasa di kampus dulu, Kak Fatni telah melangsungkan perkahwinannya pada 5 Mei 2012. Perkahwinan yang dilangsungkan di sebuah dewan di Putrajaya berlangsung dengan gilang gemilang dan tema perkahwinan Kak Fatni ialah pink. Memang cantik dan sepadan dengan orangnya. Kak Fatni merupakan seorang yang mementingkan fesyen, gaya dan yang penting, menutup aurat. Pernah juga CW chat dengan beliau tentang fesyen Muslimah. Bagi Kak Fatni, dia lebih mementingkan pakaian yang labuh dan tudung juga menutupi dada. CW sangat sukakan penampilan dan gaya berpakaian beliau kerana , fesyen yang digayakannya amat emnepati ciri-ciri muslimah sejati dan lain daripada yang lain.
Mana tidaknya, Kak Fatni sendiri pernah memberitahu CW yang beliau tidak suka terikut-ikut dengan fesyen semasa dan mengambil ilham daripada barat. Apa sahaja yang digayakannya, sejuk mata memandang , diselitkan pula dengan sikap dan sifatnya yang lemah lembut sebagai wanita muslim. Fesyen yang digayakan Kak Fatni adalah ilhamnya sendiri, malah Kak Fatni merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baru. Ditambah pula dengan kariernya sebagai Pensayarah di sebuah Kolej Matrikulasi, menyerlahkan lagi penampilan beliau dan sejuk mata student yang memandang serta yang mendengar syarahan beliau.Selain itu, Kak Fatni juga merupakan keturunan Acheh dan sangat cantik orangnya.
This is Kak Fatni..Very Beautiful Person..Sweet In Pink..
Busana pengantin pink menjadi pilihan Kak Fatni sangat-sangat cantik. Sangat suka apabila kak Fatni masih kekal dengan imej muslimah, yang mana tudungnya masih litup dan menutupi dada. Sangat manis. CW juga terpesona dengan solekan yang dikenakan yang masih mengekalkan wajah asli Kak Fatni.
14 May 2012
Hari Sukan PERNITA 2012 LLM
KUMPULAN PERSONA
KUMPULAN PREVE
07 May 2012
Barakallahuma Mieza & Yazid
Minggu sudah, 29/4/2012 seorang Opismate CW telah mendirikan Masjid. Sayangnya CW tidak dapat ke majlis Cik Mieza kerana pada waktu tersebut CW berada di kampung halaman. Sekalung Tahniah di tujukan khas buat Cik Meaza dan juga pasangan, Yazid. Semoga Cik Mieza dan suami, berbahagia selalu dan semoga rumahtangga Cik Mieza berkekalan hingga ke anak cucu serta dirahmati Allah selalu.
Ini adalah balasan email daripada Puan Nur Hamizah..
Ini adalah balasan email daripada Puan Nur Hamizah..
Hati
Memberi, Tangan Menerima,
Tanda
Ingatan Kasih Cik Wan & Cik Umi buat Kami
Semoga
Allah memberkati Jasa Semua,
Menunggu
tiba hari berbahagia kalian berdua tidak lama lagi.. ^_^
Sekalung
Penghargaan dan ucapan Terima Kasih di atas tanda ingatan dari kawan -
kawan yg chomel2 ni dari kami,
Nur Hamizah
Karim & Yazid Bin Mat Isa
Hanya
Allah yang dapat membalasnya..
Terima
Kasih…
Ini Dia gambar-gambar kiriman Beliau dan Suami....Sangat Cantik Anggun dan Cun...hehe.
Cik Wan Doakan Semoga Puan Mieza & Suami bahagia selalu dalam melayari bantera rumahtangga..Semoga setiap langkah beliau dirahmati Allah serta semoga cepat2 dapat penyeri rumahtangga (cahayamata)
InsyaAllah..
Subscribe to:
Posts (Atom)

















