13 October 2012

Jalan Yang Terbaik




Sangat-sangat lama tak mengadap benda alah ni..(my blog)...huhu.Syukur alhamdulillah, blog CW belum pun bersawang..berhabuk & so on~..lalala..Girang hati tidak terkata..Alhamdulillah. Allah dah tunjukkan jalan yang betul, benar dan lurus buat CW.
 Akhirnya, CW kembali bersama di sisi suami tercinta selamanya. Segala derita (kononnya larh!) akhirnya menjadi gula. CW dengan rela hati meninggalkan bumi Selangor dengan meletakkan jawatan di LLM. Cukuplah 4 bulan berulang alik dari Terengganu ke Selangor kerana kerjaya.
 Lantas CW pilih untuk selamanya berada di Terengganu. Rezeki boleh di cari di lain tempat dan di mana-mana pun rezeki itu berada. Terserahlah kepada Allah s.w.t sama ada cepat atau lambat. Lagipun , buat masa sekarang CW perlu merehatkan diri dari sebarang tekanan dan bebanan kerja. Kerana, CW kini hamil 2 bulan. Syukur, Alhamdulillah rezeki dan hadiah yang sangat2 berharga kurniaan Allah s.w.t.






 I'll be mommy soon..Thanks Allah..InsyaAllah, i want to be a great Mommy & A good wife to my husband