31 October 2013

Demam Lagi

Assalamualaikum wbt...

Semalam tak sempat nak update . Bukak je, nak menulis pos takde mood. Hero kesayangan mama demam, selsema, dan batuk. Dah 2 hari, semalam baru ke klinik, tapi CW x ke klinik biasa, CWlebih suka ke klinik homeopathy. Sebab, ubat klinik biasa mungkin tak sesuai dengan bayi seusia Yusuff. Lagipun, cw x suka ubat berasaskan bahan kimia, semulajadi adalah pilihan CW.  Mujurlah ada emak semalam, emaklah yang menemani CW ke klinik, boleh la emak meriba Yusuff sementara CW memandu.

Klinik Homeopathy pilihan CW ialah Pusat homeopathy Wanita dan Kanak-kanak (Dr. Latipas) yang terletak di Losong Tangki Air Kuala Terengganu. Dr Latipas bagi CW adalah doc yang terbaik la bagi perubatan homeopathy ni. Alhamdulillah, ramai yang ke klinik beliau dah sihat dengan IzinNya. Hari ini, Yusuff da nampak perubahan skit selepas 2 hari makan ubat. Selsema da berkurangan, batuk pon sama. Cuma kahak masih lagi belum hilang. Kesian anak mama. Malam tadi tak cukup tido, asyik menangis sebab tak selesa.

Cian anak mama..Get Well soon anje mama..





3 jenis ubat yang diberikan oleh doc..
Semoga cepat sembuh anakku..Lepas ni, kita jalan-jalan dengan papa ye. Sabtu papa cuti sempena Deepavali, Selasa pon sama. Plan nak jalan-jalan, cepatlah sembuh anjeeeee mama...

Ya Allah, sembuhkanlah sakit yang ditanggung anakku...amin..

No comments:

Post a Comment