Hari ini hari minggu. Masih berada di Kajang. Tiada perancangan untuk ke mana-mana. Bangun lewat dan terus sarapan. Dan minum 1 sudu madu. Untuk kesihatan CW. Sebenarnya CW mengalami jerawat yang serius sekarang. Semua orang termasuk mak, ayah, abg hafiz, dan kawan-kawan mulai risau. Terima kasih kamu semua. CW akan ikhtiar untuk mengatasinya. Yang lain-lain terserahlah kepada Allah s.w.t. Sakit itu adalah ujian.Walaupun sedikit berat untuk memikulnya, redha adalah segala. Malu sentiasa wujud kerana wajah yang ada sekarang membuatkan diri CW tidak seselesa dulu. CW sentiasa ingatkan diri CW bahawa, semua yang CW hadapi sekarang adalah UjianNya. Tidak kisah akan semua itu, asal CW masih di beri peluang untuk bernafas di bumi Allah dan masih berpeluang untuk menatap wajah-wajah kesayangan.
Entah kenapa, CW terasa ingin menulis entri tentang kehidupan. Selama dua bulan di sini, pelbagai ragam manusia CW jumpa. Manusia, ciptaan Allah s.w.t. Di ciptakan sesempurna mungkin untuk menjadi khalifah di muka bumi. Bukan untuk membangga diri, bukan untuk "enjoy" , dan segala macam bukan. Tapi, ingat satu tugas khalifah Allah, adalah taat dan patuh segala arahanNya, segala perintahNya. Ingat, dosa dan pahala yang kita tanggung nanti. Neraka atau Syurga adalah di tangan kita sendiri.
Awas, segala perbuatan, amalan dan pergerakan kita, Allah Maha Melihat.Malaikat kiri kanan mencatat segala amalan kita. Dua bulan di LLM, berbagai perkara CW pelajari. Diri ini masih ingat akan pesan Ayahanda dan Bonda. Terutamanya pesanan Ayahanda. Jaga diri dan ingat Allah selalu. Masih terngiang-ngiang di telinga ini. Ceramah Ayahanda 1 jam lebih awal sebelum berangkat ke Kajang benar-benar terkesan. Mohon dijauhkan segala anasir-anasir jahat yang mendekati. Lindungi CW Ya Allah. Bagi wanita yang belum berkahwin, ingatlah, segala dosa anda ayah anda yang tanggung selagi anda belum bersuami. Selepas berkahwin, Suami anda akan memikul amanah dan tanggungjawab. Dosa dan pahala anda ditanggung pula oleh suami. Berhati-hati wahai wanita. Sayangi Ayah dan Suami anda wahai wanita. Peringatan ini juga untuk CW.
Seorang Ustaz sentiasa berpesan kepada golongan seperti CW. Jangan mengumpat. Sesungguhnya dosa mengumpat seperti "Makan daging saudara sendiri". Ya Allah betapa besarnya dosa itu. Perbuatan itu sangat-sangat keji Ya Allah. Mohon di jauhkan dan ampunilah segala dosa insan-insan yang pernah melakukan perbuatan ini. Wahai wanita, jaga segala tutur kata anda. Jaga segala-galanya tentang kita. Aurat kita, tutur kata kita, dan lain-lain.
Hidup ini tak seindah yang kita sangka. Tak semudah yang kita fikirkan. Segala amalan kita sehari-hari akan dicatit. Hidup seorang anak Adam sebenarnya penuh ranjau dan liku. Bermulanya kelahiran hinggalah kematian, segala amalan itu akan di bawa ke alam sana nanti. Buat teman-temanku di luar sana, ingatlah. Hidup tak seindah mimpi.
No comments:
Post a Comment