13 October 2009

:::Pengorbanan Seorang Abang::

Buzz.!!Aku me'buzz Alang di laman chatting Yahoo Mesengger. Alang, merupakan abangku yang keempat dan juga ex student UM, Kos Perakaunan. Amboi, seronok sangat dia dengan jualan di internetya, Ebay. Makin laris agaknya. Alang ialah penganggur yang berjaya. Walaupun menganggur, dia masih melalukan bisnes melalui internet. Alhamdulillah, bisnesnya amat bagus. Aku, adiknya sekadar berkongsi sedikit rezeki yang diperolehinya. Alang, telah banyak berkorban untukku. Terutamanya dari segi menampung perbelanjaanku di sini. Aku sangat2 bersyukur kerana masih ada yang mengambil berat akan diriku, menjaga kebajikanku sepanjang di Universiti Malaya ini. Pinjaman PTPTN tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaanku disini. Yuran pengajian pula mencecah angka RM2000.Ini tidak termasuk makan dan minumku di sini. Kadangkala, keluarga di kampung juga memberi sedikit wang belanja.
Pada semester ini, berlaku sedikit kegawatan ekonomi terhadap diriku. Kekurangan wang untuk menampung kehidupan di sini. Alhamdulillah, aku amat bersyukur kerana, Alanglah yang banyak membantuku. Menyokong kewanganku dan tidak putus asa menyokong aku untuk terus belajar. Tanpa dia, aku takkan berada di UM. Dialah segalanya dari aspek pembelajaran, terutamanya masa aku di Tingkatan 6 (STPM), dialah sumber inspirasiku hinggalh aku memperolehi keputusan yang agak cemerlang yang menempatkan aku di sini (UM). Alhamdulillah, aku bersyukur kerana mempunyai abang yang sangat penyayang n caring.


Buat Alangku,
WAN ABDUL HAFIDZ WAN MUHAMMAD
aku amat berbangga kerana dilahirkan menjadi adikmu.
InsyaAllah....InsyaAllah juga akan dikenang..
InsyaAllah..akan dibalas dengan setimpalnya..

No comments:

Post a Comment