01 September 2009

::Charity::

Jumaat yang lepas, Wann berpeluang untuk mengikuti satu program yang dirancang oleh PERMATA iaitu lawatan ke Asrama Darul Falah (rumah anak yatim). Seramai 12 orang geng PERMATA termasuk MT dan Exco menyertai program ini. Wan dan kawan-kawan ke sana dengan motosikal sahaja kerana asrama tersebut bukannya jauh sangat, lokasinya di Bangsar sahaja. Kedatangan kami disambut oleh ustaz Fahmi dan juga Kak Maria. Di sana, Wan dan kawan-kawan ditugaskan untuk membimbing anak-anak yatim di situ dan mengajar mereka berkaitan dengan pelajaran mereka. Alhamdulillah, mereka menyambut baik niat kami walaupun mereka belum bersedia. Sebenarnya, mereka bukanlah anak yatim. Mereka masih lagi mempunyai ibu dan ayah. Mereka adalah kanak-kanak orang asli bimbingan PERKIM yang didatangkan dari Cameron Highlands dan juga Perak. Jumlah mereka hanya kecil sahaja iaitu seramai 54 orang. Menurut Ustaz Fahmi, mereka dibimbing untuk menunaikan solat, mengaji dan sebagainya. Terdapat juga antara mereka yang ibu dan ayahnya masih lagi belum memeluk agama Islam. Selain itu, anak-anak ini ada yang belum pandai membaca dan menulis. Alangkah sedihnya. Kekadang, hati ini sedih melihat keadaan mereka. Walaupun, kehidupan orang asli kini sudah berubah, namun mentaliti atau pemikiran mereka belum sepenuhnya berubah.
PERMATA Geng..Sedia untuk merempits..hehehe..Ketuanya ialah Abba..
Ewah2...Serikandi PERMATA..Sempat Posing ek..


Adda & Adik ANgkatnyer Nyet YAna..Keh3..Abg Rusydi Tumpang sekaki..


Adda Yang TErteKun MengajAR SI YAna Nyet,..hehehe..

Selepas menunaikan solat Asar di sana, wann dan kawan2 yang lain berangkat pulang ke UM. Wan ingatkan akan terus pulang ke UM,tiba-tiba si Hafiz lak buat plan nak berbuka puasa kt KFC PJ.Apa lain, "Pucuk dicita,ulam mendatang". Ramai yang menyokong. Disamping untuk berbuka puasa, kami juga mengadakan sedikit perbincangan tentang aktiviti PERMATA yang seterusnya. Tepat jam 7.22 minit malam, azan maghrib berkumandang,ape lagi,si Hafiz terus melantak ayam kentukinya itu yang berjumlah 3 ketul semuanya..huhu.sunggoh dasyhat..hehe..Lepas Makan-makan, ape lagi..Pulanglah ke Sarang masing2,,hehehe,,











































No comments:

Post a Comment